Senyuman penyejuk hati

0 0 0
                                    

Tentatif hari seterusnya adalah aktiviti csr, pergi ke masjid untuk membantu menyucikan masjid. Aktiviti kemasyarakatan. Sebelum bertolak, aira melihat sahaja gerak geri azlan yang sedang bertugas mengawal peserta peserta kem. Peserta kem dibahagikan kepada dua kumpulan yang akan pergi ke tempat yang berbeza.

Bertapa gembiranya aira, apabila dia melihat azlan turut menyertai mereka untuk ke tempat yang sama. Sampai di masjid, kumpulan aira ditugaskan untuk mengemaskan kebun. Mencabut rumput dan pokok liar disekitar tumbuhan yang ditanam oleh komuniti kebun masjid tersebut. Seusai selesai, aira duduk dimeja yang tersedia. Matanya sekali lagi melilau mencari azlan. Tidak berapa lama azlan muncul dihadapannya. Dia bersama sama fasi lain sedang berbual sambil turut menyucikan masjid.

Sekejap sekejap dia melihat kearahnya, risau lirikan matanya diketahui. Azlan kelihatan berbual mesra dengan piqa yang juga seorang fasi. Hatinya terasa sedikit sakit.

'Dorang tampak mesra, dorang nampak secocok. Azlan hensem, piqa cantik.' aira bermonolog sendiri. Dia mengalihkan pandangannya.

...

Azlan sedang bertugas menyucikan kipas, sambil tu dia turut berbual dengan piqa. Dia terasa hangat seperti ada orang yang mengawasinya. Sebelum ini, dia juga turut kerap merasa diperhatikan. Seorang pelajar perempuan yang tidak diketahui namanya, dan langsung tidak pernah bercakap dengannya tampak kerap kali memerhatikannya. Sering aja bertembung mata, namun perempuan itu tak pernah mengalihkan pandangannya. Kejadian itu membuatkan azlan keliru bahawa adakah perempuan tu betul betul memerhatikannya atau hanya memandang ke arahnya.

Kali ini azlan menoleh kearahnya, tapi aira tidak memandang kearahnya. Sekali lagi dia keliru tentang perasaannya seolah olah diperhatikan namun aira langsung tidak memandang kearahnya. Aira tampak agak kelam, mungkin kepenatan sangkanya. Azlan hanya menepis itu ketepi dan meneruskan tugasnya.

Seorang pelajar yang sedang menyucikan kipas hampir sahaja jatuh daripada tangga, segera azlan berlari mencapainya. Saat ini dia merasa sekali lagi dia diperhatikan. Dia terus menoleh kearah aira. Mereka bertembung mata lagi, tapi kali ini aira tampak gelisah dan terus mengalihkan pandangannya. Azlan tersenyum.

'Dia suka aku', bisik hati azlan sedikit bangga.

...

Sampai di bas, aira dapat duduk di baris kedua daripada depan dan kedudukan azlan berada bertentangan dihadapannya. Aira mulai menyapa fasi aina hanya untuk berbasa basi.

"Kak aina, balik ni terus masak ke?" Aira bertanya.

"Balik ni rehat kejap, masak. Penat?" Jawap fasi aina.

Tanpa sedar azlan sedang memerhatikannya, sambil aira berbual dengan fasi aina. Dia turut mencelah.

"Korang nak tidur ke?" Katanya sambil tersenyum.

Aira terkejut, kali ini mereka betul betul bertembung mata. Kerana malu, segera dia menjawap dan menutup matanya.

"Nak tidur, bestnya tidur." Seraya menutup matanya sambil ketawa lembut. Seraya itu dia membuka matanya, azlan sudah menghadap ke depan. Kerap kali dia menoleh kebelakang, sekerap itu aira menutup matanya tapi hatinya berbunga suka.

...

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 04, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Crush 4H3MWhere stories live. Discover now