Kosong

0 0 0
                                    

Hari kedua agak membosankan dan sangat menyakitkan. Aira dan pelajar-pelajar yang lain dikerahkan untuk mendaki hutan menuju ke sungai. Ketibaan mereka di sungai tersebut memberikan kegembiraan yang sementara. Namun perjalanan pulang sama sahaja menyakitkan sepertimana perjalanan mereka datang.

Sakit seluruh badannya setelah itu. Harinya terasa kosong apabila kelibat azlan tak dapat dilihatnya. Lelaki itu seolah olah telah menjadi vitamin untuk menaikkan semangatnya semula namun langsung tidak kelihatan. Petang itu, mereka diarahkan untuk membuat aktiviti obstacle. Aktiviti yang kebiasaan dilakukan oleh tentera latihan atau sebagainya. Tangan aira cedera setelah activiti tersebut, perhatiannya hilang fikirannya kacau.

Dia terus terlupa akan lelaki yang disukainya kala itu, hatinya sakit badannya sakit mindanya sakit. Dia tidak menyukai situasi yang dialaminya saat itu. Namun dia hanya berserah pada takdir, beri dia yang terbaik dan jauhkan daripada segala keburukan. Hatinya mulai tenang. Dia mulai terima dan pasrah akan apa yang terjadi pada hari hari yang mendatang. Moga dipermudahkn segala urusan.

"Okay ?" Lembut suara yang menyapanya. Segera aira menoleh kebelakang, melihat tepat ke dalam mata azlan. Sekali lagi aira terkesima, dia terhenti beberapa saat sebelum menjawap.

"B-baik, but sakit tangan sebab obstacle yang tali tu," Jawap aira sambil tersenyum. Dia mengelak daripada melihat tepat ke dalam mata azlan. Risau isi hatinya diketahui orang yang disukainya itu. Azlan hanya tersenyum sebelum pergi meninggalkan aira.

Segala sakit yang dirasai hilang begitu sahaja. Sejuk hatinya, tapi degupan jantungnya semakin kencang.

'Aku tak jangkakan itu, tenang hati, tenang." Aira bermonolog sendiri.

Seusai itu, mereka dikerahkan untuk berkumpul semula didewan. Aira mulai mencari azlan di sebalik barisan fasi fasi di hadapan. Sekali lagi, mata mereka bertembung tapi kali ini aira lebih berani. Dia merenung mata azlan, dan berlakon seolah olah dia melihat pelajar lain yang sedang berdiri untuk memberikan ucapan. Oleh kerana pelajar tersebut berdiri di antara pandang mata aira dan azlan. Aira terus merenung ke arah azlan tanpa segan silu. Hatinya ingin terus menatap lelaki tersebut. Selepas kem ni, mungkin sahaja dia tidak mempunyai kesempatan untuk menjumpai azlan lagi.

...

Crush 4H3MWhere stories live. Discover now