"keem.." aku terkedu melihat sosok tubuh yang berada di depan mata aku sekarang
sumpah aku rindu giler dengan abang aku
hakeem juga terkejut melihat aku yang sudah berdiri di depannya
"kau ingat aku kan?.. Citra" soalku cuba untuk menahan air mata aku dari gugur
"gila aku tak ingat" hakeem perlahan lahan mendekatkan dirinya dengan aku
aku terus memeluknya.. dengan itu air mata aku memang aku tak dapat nak tahan akhirnya gugur juga
"aku rindu kau, abang" ucapku perlahan
"aku rindu kau jugak" hakeem mengusap belakang kepala aku
secara tak langsung kami berdua telah menarik perhatian member member dia
ayam pun mengelap air matanya dengan tisu yang entah dari mana muncul
member member dia pun pelik tiba tiba ada perempuan muncul kat asrama lelaki lepastu tetiba peluk si hakeem ni
"siapa tu we?" lelaki berbaju jersey bola keranjang tu menyoal lelaki yang memakai sleeveless convers tee berwarna kelabu
lelaki berbaju sleeveless tu menjungkitkan bahunya tanda dia pun blur jugak
3orang in total
selepas melepaskan pelukan, lelaki berbaju jersey bola keranjang tu terus tanya hakeem
"siapa ni keem?" soalnya.
"ni? adik aku" balasnya menepuk bahu aku
sebagai balasan, aku jeling je
"adik?" terkejut beruk semua member dia
"sejak bila kau ada adik pun aku taktau la" kawannya yang berbaju sleeveless tu kata
"korang je yang tak pernah tanya" hakeem tergelak
"bang, dorang tu member kau ke?" soalku memberikan isyarat mata kepada hakeem
"lah.. aku lupa nak kenalkan" hakeem menepuk dahinya
"yang pakai tshirt merah tu fahmi, yang pakai jersey tu zahrin pastu yang pakai baju warna kelabu tu kahar" jelasnya
so thats kahar.
"ermm kalau takde apa apa aku nak pergi dulu la ya?" ayam said awkwardly
"terima kasih yam bawakkan adik aku" hakeem memberikannya senyuman
"sama sama.. ha gerak dulu" ayam melambai tangannya
"eh dik, jom la lepak sekali.. lama tak jumpa kau" hakeem meletakkan tangannya atas bahu aku
"cantiknya we adik kau" ujar zahrin
"kau jangan sampai sandal jepun saiz 15 aku ni melekat kat muka kau" hakeem acah acah membuka seliparnya mengundang tawa kami semua
"garang abang kau dik" fahmi tergelak
semua gelak kecuali mamat kahar tu.. dia duk pandang macam nak tembus muka aku dipandangnya
tapi aku ignore je pandangan dia and fokuskan sepenuhnya attention aku pada abang aku
"kau sini sorang ke?" soal hakeem
"gila ke ayah nak hantar aku sorang? ada lagi 2 kawan adik tapi kat dorm la" jelasku
"kawan sekolah ke?" soalnya lagi
"iye ler" balasku
"oi kahar senyap betul tu" fahmi menegurnya
"asal?" soal kahar
