sampai rumah je terus aku tanya ayah
"ayah nak bincang apa?" soalku
"citra pergi la rehat dulu"
"takpe citra nak tau" i insisted
"ayah nak pindahkan citra kat sekolah baru"
gugur jantung aku mendengar apa yang ayah cakap
"why?" soalku tak puas hati
"citra kena dengar cakap ayah.. it is for your own good" tegas ayah
aku nak je lepaskan amarah aku sekarang ni tapi tak nak la nanti kena label anak derhaka so aku hanya merengus kasar
"don't worry.. anggun dengan ayu ikut citra jugak"
mak ayah dorang setuju ke? berapa banyak ayah bayar nak dorang setuju dengan plan gila ni?
but at least sedap la sikit hati aku bila 2 ketul tu ikut
tapi aiman macam mana? takkan la aku nak tinggal dia macam tu je.. dia boyfriend aku kut
tanpa berkata apa apa aku terus naik atas
aku menutup pintu bilik aku dan duduk di atas katil
time tu jugak la ada orang nak call
rimas la
"anggun" tertera di telefon
aku terua angkat telefon ready nak marah anggun
"citra.. sorry do"
"kau tau tak sebab kau bagitau ayah, kita kena pindah sekolah?" soalku geram
"aku tau.. tula aku nak mintak maaf" balas anggun sayu
"aku taknak cakap dengan kau.. nanti tunggu aku dah cool down baru kita cakap" ujarku
yela sebelum aku maki dia baik aku undur diri slow slow cool down
"okey... aku sorry"
dengan itu aku meletak telefon dan baring di atas katil
menatap siling dengan wajah kosong
sejujurnya memang aku taktau nak fikir atau nak buat apa sekarang ni
aku dah malas nak fikir semua benda ni
serabut.
aku perlahan lahan menutup mata aku
—
"SEMUA NI SALAH KAU! SEMUA KAWAN KAWAN KAU MATI SEBAB KAU CITRA!"
suara itu berulang ulang
"ALISSA, MARINA JUNITA, KEREK, ZITA, TINI SEMUA MATI SEBAB KAU!"
makin kuat dan makin kuat
otak aku seperti mahu pecah sekarang ni
"KAU YANG PATUT MATI BUKAN DORANG!"
semua ni bukan salah aku.. aku tak salah
"BUKAN SALAH AKU! BUKAN SALAH AKU BUKAN SALAH AKU" aku meronta ronta
"citra! citra! bangun citra!"
"BUKAN SALAH AKU!" jeritku buat kali terakhir sebelum membuka mata lalu terduduk
penglihatan aku yang kabur sudah menjadi jelas
wajah ayu, anggun dan ayah berada di depan aku
"ayu.. anggun" dengan itu aku terus memeluk mereka berdua
dalam keadaan ketakutan.. trauma
"takpe citra.. kitorang ada" ayu menenangkan aku manakala anggun mengusap belakang aku
