Macam² barang keperluan dibelinya. Yelah baru masuk rumah ni kan. Semua benda takda lagi.
Kami berdua pun masukkan barang² ke dalam peti ada yg perlu di masukkan dalam kabinet saja. Dapur dia nasib cantik seronok tengok.
"Bawak keluar sotong tu letak singki. Biar aku cuci." kata Aril. Aku pun mencari² mana sotong tadi aku letak. Setelah aku jumpa, aku pun bagi pada Aril.
"Kita nak makan luar kan harini. Jom lah Pasar Seni. Teringin nak pergi Mingle Cafe tu." macam budak merengek ajak ayahnya keluar saja gayanya.
"Iye iye. Nak pergi petang kan. Nak keluar lagi tengah panas² ni ke?" kata Aril sambil tangan masih tekun dengan sotongnya.
"Petang. Okay." jawab aku pendek tanda faham.
"Kau dah lapar ke?" soal Aril seperti aku tak menyabar.
Aku pandang Aril. Lalu aku angguk dengan muka sedih. Walaupun dah jamah maggi tadi. Maggi tak kenyang. Nak makanan berat.
"Bersiap lah lepastu kita keluar. Ni biar aku kemas. Kau naik atas sana." kata Aril.
"Okay" aku terus senyum gembira dan dengan gembiranya naik ke bilik atas untuk bersiap.
Aku mencari² baju yg sesuai. Baju cantik² yg pernah aku ada selalu dari Zalora, H&M, Uniqlo je lah. Jadi aku ambil satu baju putih kemeja dari Uniqlo dan aku kenakan dengan seluar jeans dari H&M. Aku capai tudung shawl putih. Aku gosok dulu baju dan tudung. Selesai gosok.
Aku ambil contact lenses yg berdiameter 20mm. Mata aku sesuai diameter besar ni yg berwarna hazel brown. Cleo Coco nama lens ni. Aku ambil barang makeup untuk berdandan. Bermula dengan primer - color corrector - foundation - concealer - contour - loose powder - eyebrows - eyeliner - eyeshadow - maskara - highlighter - setting spray. Sembur perfume Victoria Secret Pure Seduction di baju. Siap.
Tapi tulah siapnya hampir 1 jam juga. Haha. Tapi pelik si Aril ni tak bising pula lepas tu tak naik² bilik lagi. Lama betul dia kat dapur. Kemas apa lagi? Takkan tak tukar baju nak keluar kan?
Aku cari baju kemeja putih Aril juga dan kenakan dengan seluar jeans. Nak paksa dia pakai ni juga. Matching lah comel sikit ambil gambar nanti.
Aku masukkan phone, tisu, lipstick dan cermin kecil ke dalam beg silang aku warna putih. Aku ambil tripod kot nak guna dan turun kebawah cari Aril.
"Laaa. Tidur rupanya dia ni." aku nampak Aril di sofa ruang tamu sedang sedap tidur. Patutlah diam semacam.
"Aril." aku duduk lalu goncang² kan bahu dia untuk kejutkan Aril. Berkali² aku panggil nama dia baru terbuka mata. Penat sangat tu.
"Kau nak pergi ke tak?" tanya aku pada Aril. Aril mengubah kedudukan dari baring ke duduk dengan mamainya sambil mengosok² matanya.
"Nah baju. Aku dah ambilkan baju. Siap gosok dah. Tukar baju ni." kata aku lalu berdiri dan hulurkan baju ke Aril. Aril mencapai baju tersebut dan selamba buka baju disitu untuk di tukar terus. Aku agak terkejut sikit tapi dah mula terbiasa. Bila Aril mula nak buka seluar baru aku cepat² alih pandangan.
"Aku pergi panaskan enjin jap. Kau nanti kunci pintu." aku pergi dari situ lalu capai kunci kereta.
Setelah hidupkan kereta untuk panaskan. Aku ke passenger seat lalu aku keluarkan handphone. Belek² TikTok dan Whatsapp sambil tunggu Aril.
Beberapa minit lepastu, Aril muncul depan pintu. Aril kunci pintu dah masuk ke dalam kereta untuk keluar ke destinasi kami.
💋💋💋💋💋💋💋
Sesampai saja di Mingle Cafe kami terus order. Sambil menunggu ambil gambar sikit.
"Aril ambil gambar aku duduk sini." berposing² aku ambil gambar banyak². Aku paksa suruh Aril ambil banyak² guna handphone dia sebab Aril guna Iphone 14 pro. Aku guna Android Realme 10 pro je.
"Jap tengok." aku rampas handphone dari Aril.
"Hurmm" suaraku tak puas hati.
"Meh sini aku ajar kau. Cuba kau duduk sini aku tunjuk contoh." aku cuba mengambil angle yg sesuai.
"Buat mcm ini. Dia lens camera ni kena selaras ngan mata aku. Pastu phone pegang macam ni." aku ajar Aril. Aril reti je ambil gambar tapi angle dia tak lawa. Aril kaki gambar juga. Kalau tak takda lah style cemtu. Siap minyak rambut sikit tadi. Rambut Aril memang lurus so adjust sikit je dah nice dah.
Aril cuba ambil gambar aku lagi sekali. Aku tengok baru puas hati.
"Nanti lepas makan kat depan pula. Cantik sikit. Ada cahaya." kataku sambil belek² gambar dalam handphone Aril. Cantik² hehe. Puas hati. Makeup pun on point.
Setelah makanan sampai. Mestilah gambar lagi. Haha. Dah selesai bergambar semua. Video makan pula. Hahaha. Aril ikutkan saja. Cantik juga buat video kat sini.
"Selfie lah pula." kata Aril lalu dihalakan handphone miliknya bersedia untuk selfie.
"Sini lah, Ana." Aril tarik aku rapat ke dia.
Aku teruk berposing. Makeup ngam pula dalam camera. Suka. Pertama selfie, normal. Kedua selfie, abnormal sikit. Sebelum selfie ketiga, aku ketawa sebab hodoh benar muka dua².
Bersedia selfie ketiga, ayu sikit. Aril kira 1... 2... cup. Pipiku dikucup. Aku terkejut. Aku menoleh ke Aril. Aril senyum gembira.
"Yang last ni video." kata Aril sambil kenyit mata sebelah.
"Haaa." aku blur.
Aril bergerak ketepi dan mahu melihat hasil tangkapan dari handphone dia.
"Nak tengok juga." aku kata pada Aril.
"Eiii sabar aku nak tengok dulu." kata Aril lalu berpindah ke tempat duduk asalnya iaitu berhadapan Ana.
"Cepatlah, Aril. Nak tengok gambar selfie tadi." kataku sambil mula menyuakan makanan ke mulut. Akhirnya, makan juga ya.
"Cantik je kau dalam ni." kata Aril terus masukkan handphonenya ke dalam poket seluar lalu menyuakan makanan yang masih elok belum disentuh.
"Dah lah makan. Lepas ni nak ambil gambar lagi ke kau nak pergi mana²?" tanya Aril megubah topik. Aku mencebik.
"Last ambil gambar kat luar kedai lepastu kita tengok wayang lah. Ada satu cerita hantu aku teringin nak tengok." kataku excited.
"Okay"
"Sedaplah. Hurmm. Nak rasa kau punya." kataku pada Aril. Aril terus menyuakan sudunya ingin menyuap aku. Aku hanya buka mulut. Senang bukan.
"Sedaplah. Ni tadi apa eh nama dia? Salted egg juga en?" tanyaku.
"Fried Chicken with Salted Egg Yolk Sauce with Ulam Rice. Kau punya Pasta Salted Egg kan?" kata Aril sambil cuil sedikit dari pinggan aku untuk merasa.
"Sedap juga." komen Aril.
"Tapi kan aku lagi suka kau punya lah Aril sebab nasi dia sedap pula. Nak lagi." kataku meminta lagi dengan sengih.
"Nak tukar ke?"
"Tapi taknak tukar. Pasta pun sedap." kataku sambil pandang saja Aril punya makanan. Padahal sebenarnya lebih kurang sama je. Tapi Aril punya ayam dengan sos salted egg lagi terasa.
Aril secara spontan menyuakan lagi sesuap ke aku. Aku buka mulut jelah. Tapi banyak sos Aril letak kat sudu tadi sampai comot mulut.
Aril pandang lalu sapu comot dengan jari lalu dijilat saja. Dah macam Aril jaga anak².
"Aril, nah" aku punya menyuakan pasta ke dia. Aril hanya mengikut tanpa banyak soal. Aku tersenyum sebab Aril pun comot. Aku pun buat balik benda sama yg Aril buat tadi.
Aril pandang aku yg baru jilat sos comot dari bibir dia tadi. Aku senyum manis. Mulut kami masih mengunyah² makanan yg disuap.
"Kau nak goda aku ke, Ana?"
"Hahahaha. Mana ada. Nak lagi?" aku minta lagi disuap. Macam takda tangan saja gayanya.
Aril hanya melayan kerenah aku. Sampailah habis makanan kami.
YOU ARE READING
Marriage for SEX 💋
RomanceAku nak kahwin dengan Aril tapi benda yg tak diduga terjadi. Aku kahwin dengan Aril tanpa aku rancang. Memang plan nak kahwin dengan dia. Tapi rancangan aku berubah. Apa yg berlaku aku masih keliru. "Aku tak boleh lah tengok dia. Aku mesti horny."...