BAB 4 🌻

102 11 0
                                    


Kini.

Motosikal dihentikan di satu tempat. Helmet ditanggalkan lalu enjin dimatikan. Bunga yang dibeli tadi dibawa ke sisi jalan. Tebing yang terbentang di bawah sana dipandang dengan seribu satu perasaan.

Penghadang jalan menjadi halangan untuk lelaki itu dari terus mendekati tebing. Angin subuh menyebabkan rambut membuai perlahan. Bunga yang dia pegang dipandang.

Bunga Matahari.

Bunga yang paling disukai oleh seseorang. Dia menunduk lalu meletakkan tiga kuntum bunga tersebut di sisi jalan.

"Selamat ulang tahun kakak."

"I tell you one is enough though. Kenapa beli sampai tiga? Membazir saja." Suara seorang perempuan berdegung di telinga.

Anak mata berubah sinarnya buat seketika.

"Kalau dulu, kau sangat sukakan bunga ni sampai sanggup tak makan masa waktu rehat. Semata-mata nak kumpul duit untuk beli bunga ni dan tunjuk pada aku. Tapi, sayangkan impian kau nak beli bunga matahari ini tak sampai hingga ke akhirnya." Jika dulu insan di sebelahnya ini hendak sangat melihat bunga matahari depan-depan. Tetapi, sayangkan hajatnya itu terhenti dek satu peristiwa.

"Nampak macam sangkaan aku betul. Bunga matahari ni memang cantik bila lihat depan-depan macam sekarang." Bau vanilla menusuk ke dalam hidung.

Ayman sudah mendongakkan kepalanya ke atas. Menahan sebak yang semakin menghimpit jiwa. Mata yang bergenang dipejam rapat, menghirup udara pada pagi yang masih hening. Suasana sepi tetapi dia tahu bahawa insan itu masih ada di sebelahnya.

"Aku minta maaf." Halus sahaja lelaki itu berbicara.

"Untuk apa? Aku tak rasa kau ada buat salah apa-apa pun."

Ayman memandang ke sisi. Kini, jelas di pandangannya bahawa dia mampu melihat seorang gadis berpakaian baju putih sekolah dan kain biru sedang mencangkung memandang bunga yang dia letakkan tadi. Kakak kembaranya, Nur Khayra.

Lima tahun yang lepas tatkala mereka hanya mempunyai sebulan sahaja masa yang tinggal sebelum menduduki peperiksaan SPM, seluruh batch mereka bercadang untuk mengadakan lawatan ke ladang bunga matahari di Perak. Sekolah mereka menyewa 2 buah bas, satu untuk pelajar perempuan manakala yang satu lagi untuk pelajar lelaki. Itu sekaligus bermakna Ayman dan Khayra akan pergi secara berasingan.

Hari yang sepatutnya penuh dengan gelak tawa bertukar menjadi tragedy gelap buat semua pelajar tingkatan lima tahun itu. Bas yang dipenuhi dengan pelajar perempuan tiba-tiba sahaja terbabas lalu merempuh penghadang jalan dan terus termasuk gaung. Seramai 15 orang pelajar perempuan maut manakala selebihnya mempunyai kecederaan berat. Salah seorang yang tercedera merupakan Khayra yang sehingga kini koma tanpa sebarang petunjuk untuk sedar.

"Kakak ..." Khayra tersenyum sebelum bangun dari mencangkung.

"Kau tak salah. Semua yang terjadi sudah tertulis, jangan fikir lagi. Teruskan hidup kau dik. Kemalangan itu memang meninggalkan kesan yang mendalam buat semua. Tetapi itu sudah berlalu. Jangan kekal di sini. Kau kena move on, Ayman."

"Aku minta maaf."

Khayra mengeluh.

"Kau nak minta maaf buat apa? Bukannya salah kau pun aku kemalangan. Kau ke yang rancang bas tu terbabas? Kau ke yang tentukan hidup aku macam mana? Tak kan." soal Khara bertalu-talu menyebabkan Ayman terdiam.

'Jaga diri baik-baik dik. Cukuplah ini menjadi pertemuan kali terakhir kita di sini. Lepaskan aku, boleh? Aku kena pergi sekarang." Sekali lagi tubir mata Ayman bergenang.

Kemalangan yang berpunca dari tayar yang haus membuatkan mereka kehilangan insan tersayang. Semua pelajar yang terlibat dalam kemalangan itu diberikan pampasan yang boleh tahan lumayan juga. Dam duit pampasan itulah yang Pn Ruqayyah guna buat Khayra.

Ayman tidak heran dengan itu kerana sekolah mereka boleh dikatakan sekolah yang mahal. Dia dan Khayra masuk ke situ pun dengan tawaran biasiswa dari sekolah tersebut. Kalau tak dikeranakan biasiswa, rasanya mereka berdua sudah tentu akan masuk ke sekolah menengah biasa saja.

"Perlu ke kau pergi?" tanya lelaki itu perlahan.

Ayman tahu. Dia sangat tahu memandang doktor yang merawat kakaknya juga sudah memberitahu hal yang satu itu. Saat ini, keadaan tubuh dan otak Khayra berada di tahap yang tidak bagus. Pn Ruqayyah yang sememangnya sudah pasrah terus ingin membawa kakak kembarnya itu pulang ke rumah. Biarlah Khayra pergi di tempat yang dia selesa. Itu yang ibunya kata dulu.

"Aku dah terlalu lama di sini. Lepas ni kau balik terus, tengokkan ibu. Kuatkan semangat kau, Ayman. Hanya kau seorang sahaja yang ibu ada sekarang ni."

"Aku baru nak tunjukkan ladang yang aku dah usahakan untuk kau, kak."

"Apa kata kau jadi mata aku? Kau boleh tangkap beberapa gambar untuk memori kau." Tenang Khayra berkata tetapi lain pula yang adik kembarnya tengah rasa pada saat itu.

Kelopak mata dipejam lalu oksigen di hirup. Minda cuba ditenangkan manakala hati cuba dilapangkan. Buka sahaja kelopak mata, Ayman pandang ke sisi.

"Ah! Aku rasa aku lupa nak cakap sesuatu." Nada suara Khayra itu ternaik sedikit.

Ayman diam merenung.

"Selamat hari lahir juga, Ahmad Ayman. Kau dah 22 tahun sekarang. Tadi kau dah ucap, aku lupa nak balas balik. Hehehe." Khayra mengukir sebuah senyuman manisnya buat sang adik. Ayman melempar sengehn sebelum menggelengkan kepalanya.

Whoshhh.

Angin pagi menampar wajah. Kelihatan beberapa buah kereta mula meluncur laju di jalan itu. Bunyi yang tadinya sepi kini sudah mula bising dengan deruman enjin kereta.

"Selamat tinggal, kesayangan kakak." Halus suara Khayra memecahkan lamunan Ayman.

Lelaki itu dongakkan wajah dan buat beberapa detik, dia membalas semula ucapan itu.

"Selamat pergi, sengal." Hujung bibir membentuk sebuah senyuman. Dia mendengar kakaknya ketawa kecil sebelum sesaat, hanya kesunyian sahaja yang menemani dia bersama satu bau yang Ayman sangat kenal. Bau vanilla.

Setitis air mata mengalir tanpa dia sedar.

'Jumpa di sana nanti, kakak.'

AYMAN KHAYRA [C]Where stories live. Discover now