rose 9

75 4 0
                                    

TW// perenggan pertama chapter ni cerita pasal kucing dan anjing. please skip if it's bother you.

aku pergi ke sekolah seperti biasa. cumanya mood aku tak berapa nak ceria pagi ni. mana tak nya, salah seekor kucing abang mati pagi tadi. semalam abang keluarkan diaorang, saja nak bagi jalan-jalan. sekali dah petang, dua ekor je yang balik, lagi sekor tak tau pergi mana. then pagi tadi kami tengok, kucing tu dah mati dekat tepi pagar rumah, disyaki kena gigit anjing. ya Allah sedihnya..

aku nangis tak henti dari rumah sampai lah ke sekolah. jadi untuk mengelakkan kawan-kawan aku soal, maka aku pergi tandas dan berkampung dekat situ selama sepuluh minit sebab nak hilangkan sembab mata. haih, dah lah satgi petang ada kawad kaki. letih lah nak hadap muka presiden kadet bomba tu (eceh sebenarnya suka)

tapi bak kata orang putih, a nice morning lead to a nice day. morning aku dah tak nice, adakah day aku pun sama? tak semena-mena aku mengeluh. kuat pula tu.

“oi nadh, pagi-pagi dah mengeluh. cuba senyum sikit.” kata farah. oh sekarang aku dah ada dekat dalam kelas. busuk pulak duduk dalam tandas tu lama-lama.

“malas la petang ni koko.” kataku. sejak peristiwa aku reveal identity aku tu, aku jadi takut nak join koko lagi-lagi kalau minggu turn badan beruniform. rasa nak demam!

“asal, pasal hanif ke?” soal farah separa berbisik. aku mengangguk lemah.

“ala, kau buat biasa sudah. anggap tak ada benda jadi antara korang.”

“hm— tidak semudah abc sahabatku.” aku letak kepala atas meja, menghadap farah. “aku nak move on faham tak? jumpa pulak dia, lagi lah berdebar jantung aku.”

farah tersengih. “tak, asal kau nak move on we? dia okay je kan. crush je lah dekat dia, boleh jadi pembakar semangat.”

“tak nak. aku tak suka la crush dekat boyfriend orang. rasa tak manis gitu.”

“oh haah kan. since hari guru haritu dah terbukti yang dia dengan kak syuhada memang couple. sejak tu jugak kau berubah jadi pendiam. heartbroken ke tu?” farah ketawa mengekek. aku jeling tajam. “diam lah kau.”

tak lama kemudian, cikgu sharifah, guru sains kami masuk ke dalam kelas dengan sebatang rotan di tangan. ah, what a day.

🌹

“kadet bomba! diminta berkumpul dalam masa lima saat! lambat satu saat, lompat bintang sepuluh kali. satu—” hanif dah mulakan kiraan. aku yang baru aje sampai, nak hilangkan lelah, terus berlari untuk berkumpul dengan ahli kumpulan yang lain. kami masing-masing berbaris dan berdiri dalam posisi sedia menghadap hanif.

“hari ni macam biasa, kita berlatih kawad kaki. tak lama lagi kita ada perkhemahan unit beruniform kan? so aku nak semua berlatih bersungguh-sungguh sebab setakat tahun lepas, kadet bomba juara bertahan dalam pertandingan kawad kaki. tahun ni, persaingan agak sengit antara kita dengan kadet polis. so aku harap kita dapat fokus buat yang terbaik. boleh tak boleh?”

“boleh!”

aduh, stress nya aku. aku cuma perlu berdoa dan berharap supaya aku tak akan buat kesalahan yang memalukan petang ni. kawad kaki dengan aku memang tak ngam!

🌹

aku perhatikan saja hanif yang sedang bercakap dengan jurulatih kami. muka dia nampak serious. kalau pandang sekali, nampak macam dia lah jurulatih kami. sumpah berkarisma gila! tak lama lepastu, dia datang semula dekat kami. asalnya tadi nak kawad dah, tapi dia suruh tunggu sekejap sebab dia nak cakap something dengan coach.

“okay boleh start.” hanif masukkan tangannya ke dalam poket seluar. dia memerhatikan setiap pergerakan kami.

stress part 2. kenapa dia tengok ya Allah! dah lah dia dekat pula tu dengan aku. muka aku dah panas dan aku yakin memerah macam kena panggang menahan panas + malu.

“baris, akan bergerak ke kanan! ke kanan, pusing!” entah macam mana, aku tersilap dengar arahan lalu aku berpusing ke kiri. aku gigit bibir bawah. ah mampus aku! terdengar derapan kaki menghampiri aku.

aku dapat rasa semua orang sedang memandang aku dengan rasa simpati apabila hanif berdiri tepat di hadapan aku. “kau berangan apa ain nadhirah?” soalnya, tak bernada. aku tundukkan kepala. ah, tak sukanya macam ni. rasa nak masuk underground!

dia mendengus. “aku tanya, apa yang kau berangan? kiri kanan pun kau tak reti nak beza ke?” nada suaranya naik seoktaf apabila aku diam tak menjawab soalannya. aduh, mata tolong jangan berair.

“tak ada apa. tersilap dengar tadi.” jawabku perlahan, harapnya telinga dia berkorek lah. “silly mistake! tolong avoid eh mistake macam ni waktu pertandingan nanti. jangan buat malu kadet kita.” katanya lagi. aku cuma mampu mengangguk. kepala masih tunduk.

“semua turun. pumping 15 kali.” arahnya. semua yang mendengar automatik mengeluh. memang dah biasa dengan cara hanif. kalau sorang buat salah, semua akan kena. ah sekarang aku pulak rasa bersalah dengan diorang.

🌹

“aku rasa aku dah jumpa reason yang boleh tolong aku move on.” kataku kepada farah sewaktu kami dalam perjalanan pulang ke rumah.

“mende?”

“tadi waktu kawad, aku tersilap ikut arahan. dia terus datang lepastu marah-marah. ah sebenarnya faham lah kenapa dia marah. tapi tak payah lah serious sangat! kawad kaki sekolah je pun.” aku sepak batu kecil, geram. ni lah sebab kenapa aku tak suka kawad, semua benda kena serious.

farah dah gelak. “so kau nak kata kalau dia marah-marah kau, kau boleh uncrush lah?”

“ya, betul tu. aku tak suka la lelaki macam tu. cuba cakap baik-baik, boleh lah aku terima. ni dia cakap aku berangan. well ada lah sikit aku berangan sebab dia dekat gila weh dengan aku! mana tak berdebar jantung aku.”

“ish ish, kuat betul eh penangan hanif ni?”

“iya we tak tipu! aku sumpah suka gila tengok dia pakai t-shirt bomba dengan seluar bomba! sumpah hot nak mampus.” kalau tak kenangkan aku tengah kecil hati dengan dia, aku dah terlompat-lompat dah dekat sini.

farah menghamburkan gelaknya sekali lagi. dia tampar bahu aku. “mende HAHAH angau dah kau ni!”

aku tersengih. haha ya Allah susah aku nak move on macam ni!

🌹

ting! bunyi notification masuk mengganggu sesi study aku. handphone yang tersadai atas katil aku capai.

hanif mikael
- assalamualaikum
- aku minta maaf sbb tertinggi suara dekat kau petang tadi.
- serious aku tak sengaja.

eh??? membulat mata aku pandang skrin telefon. serius ke ni?? ah aku nak reply apa ni.

nadhirah
- waalaikumussalam.
- takpe, memang salah aku 😅

hehehe emoji biar nampak innocent sikit walaupun sebenarnya dah berbakul aku sumpah seranah dia tadi.

hanif mikael
- aku harap kau tak simpan dalam hati

nadhirah
- tak tak. aku okay je 👍🏻

kemudian dia seen saja mesej aku. ah apakah ini semua? dia minta maaf weh?? baiknya ya Allah crush siapa ni..

kalau aku start move on minggu depan aci tak? minggu ni kita cheat days! kiki

btw author pernah masuk kawad sekali je tu pun waktu f2 so ingat tak ingat dah cara kawad haha 🤫

chapter ni totally rekaan sebab aku tak nak cerita benda sebenar 🤣 cerita sebenar dia tak menarik hoho

ctc confess to crush © Where stories live. Discover now