17

202 9 1
                                    

pagi ini indah. matahari terik menyinar, menerangi bumi kecil ini. hari ini, aku dan kahar akan keluar pergi museum seperti yang dijanjikan oleh kahar.

aku mengenakan seluar berwarna cream, kemeja putih dan dikenakan dengan vest berwarna sky blue bercorak checkered. rambut di ikat separuh dan diletakkan ribbon biru cair di ikatan tersebut. kasut? converse highcut berwarna putih.

hari ini, aku soft girl.

bunyi ringtone menghentikan lamunan aku. aku menoleh ke arah telefon bimbit, kahar. aku menekan butang accept dan menjawab panggilan tersebut.

"mana kau? aku dah kat bawah ni" - K
"sabaq sat nah, tengah pakai kasut" - A
"pat sikit kang tutup museum tu" - K
"bro relax, baru pukul 10pagi tau" - A
"still, dear. cepat kalau tak aku tinggal" - K
"ey jangan si- yelah sabar" A

aku memutuskan panggilan. tangan ligat mengunci pintu rumah. selesai sahaja, aku terus berlari ke lift untuk turun ke main entrance condo ini.

pintu lift dibuka. aku terus nampak kahar sedang duduk di sofa lobby, menunggu ketibaan aku. aku pergi ke arah kahar dan menjerit sedikit.

"hi boyfriend" jerit aku, senyum.

kahar menoleh. nampak sahaja kelibat aku, kahar terus tersenyum lebar. dia bangun dan bergerak ke arah aku.

"hi girlfriend. kau cantik harini" puji lelaki yang memakai tshirt plain putih bersama seluar kargo. simple but perfect. aku tersenyum malu tapi acah cool.

"memang setiap hari cantik pun. asal?" aku memuji diri sendiri sambil mengibas rambut aku tanda bangga.

kahar ketawa besar. "yelah aria" jawab dia dan menarik tangan aku. "jom gerak"

kami berjalan masuk ke dalam museum beriringan sambil berpegangan tangan. aku rasa, kalau orang yang tak kenal siapa kitorang, mesti dorang ingat kitorang ni adik beradik sebab height difference kitorang.

"weh kahar, aku rasa macam nak melukis lepastu pamer dekat museum ni do" aku berangan angan.

"nanti takde orang nak datang museum ni sebab lukisan kau, aria" usik kahar. aku menjeling dia. boleh dia cakap macamtu? dia ingat dia siapa? menteri?

aku memulaukan sahaja kata kata kahar tadi. aku berjalan perlahan, menghayati dan mengagumi akan lukisan lukisan yang ada di situ. aku seolah olah dapat membaca mesej yang ada di lukisan tersebut. tanpa sedar, kahar dari tadi mengambil gambar aku yang sedang menikmati lukisan yang dipamerkan.

kahar duduk di satu bangku kecil. dia memandang aku sambil menyanyikan satu ayat daripada lirik lagu Fell in Love in October yang dinyanyikan oleh Girl in Red iaitu,

"admiring from afar." ucap kahar.

setelah habis meneliti satu persatu lukisan. aku berlari ke arah kahar dan berkata. "kahar, jom pergi mr diy. nak beli canvas" kahar memandang aku pelik.

"nak buat apa beli canvas?" soal kahar.

aku membesarkan mata. "duh, melukis lah sayangku. takkan nak makan pulak" kataku.

kahar menggeleng. "yelah, jom" kami pergi ke destinasi seterusnya iaitu mr diy.

"KAHARRRRERRRRR" jerit aku. kahar membesarkan mata. gila ke apa perempuan ni jerit jerit.

"shhh diam. ha asal?" kahar menutup mulut aku. aku mengerutkan dahi. tangan kahar ditolak ke tepi.

"sorry sorry. nah bayar" aku menghulurkan dua canvas putih sederhana besar. kahar menyambut dan membelek canvas putih tersebut.

best part | abd. kaharWhere stories live. Discover now