BAB 2 ♥️

1.6K 45 4
                                    

Bab 2

"KAKAK balik?" kata Aidin apabila melihat Syiela pulang ke rumah.

"Ya, kakak balik. Kamu dah makan?" tangan kanan Syiela mengusap kepala adik lelakinya yang terlantar di atas katil itu.

Aidin hanya menggangguk. Sejak dia lumpuh. Sudah jarang sekali dia makan. Makan pun ala kadar sahaja. Sekarang badannya sudah kurus kering.

Syiela sambung mengusap kepala Aidin manakala Aiden hanya melihat dua beradik itu berbual. Aiden minta diri untuk keluar sekejap untuk menghubungi Amirul. Nanti merajuk pula kalau kata tak balik.

Aiden mengeluarkan telefon bimbitnya dan mengambil angin di luar rumah. Nombor telefon Amirul ditekan dan dia menghubungi Amirul.

"Assalamualaikum Amirul. Kau buat apa tu?"

"Waalaikumussalam. Nih aku tengah buat kerja. Kenapa?"

"Malam ni aku tak balik kut. Sekarang aku dekat rumah Syiela. Aku beritahu je lah takut nanti kau tunggu aku pula" Aiden menggaru kepala sendiri.

"Oh. Tak apa aku okay ja. Kenapa? Kau ingat aku nak merajuk ka huh?" Aiden ketawa kecil apabila Amirul tahu apa yang dia fikirkan.

"Memang itu pun yang kau selalu buat. Asyik asyik merajuk huh?!" Aiden mengeluh. Amirul pula ketawa apabila melihat reaksi Aiden itu. Ya dia memang suka merajuk tetapi Aiden tidak kisah. Dia lagi suka melayan kemanjaan Amirul daripada kemanjaan seorang pondan. Geli dibuatnya.

Bagi Aiden. Walaupun Amirul seorang yang lembut dia bukanlah seorang pondan. Dia hanya seorang lelaki yang mempunyai sifat kelembutan atau dipanggil 'gentleman'. Mahu pula Amirul yang mempunyai amnesia dan kisah silamnya juga tidak seperti orang lain.

"Alah kau macam tak biasa"

"Bekas ketua pengawas merajuk? Malu sikit boleh tak?" Aiden menyebut tentang jawatan lama yang pernah Amirul pegang ketika sekolah menengah dahulu. Amirul hanya ketawa. Jawatan yang dia pegang dulu langsung dia tidak ingat. Hari ini baru dia tahu...

"Baiklah wahai penolongku" Amirul mengangkat tabik walaupun Aiden tidak dapat melihatnya. Senyum Aiden mati...

"Mana kau tahu aku penolong kau? Aku tak pernah beritahu pun kan?" Aiden hairan. Bagaimana?

"T...tak tahu lah... A...aku teka ja..." Amirul tergagap. Dia sendiri tidak tahu sebenarnya. Dia hanya berkata tanpa dia sedar.

Aiden tersenyum. Dia tahu mungkin ingatan Amirul kembali pulih walaupun sedikit demi sedikit. Janji dia ingat juga walaupun perkara itu tidak penting pun.

"Ya la... Okay itu ja aku nak bagitau ya? Assalamualaikum"

"Waalaikumussalam"

Aiden kembali menyimpan telefon bimbitnya ke dalam poket seluar.

Ingin kaki melangkah masuk ke dalam rumah tetapi apabila dia terdengar satu kekecohan dia menghentikan langkahnya.

"KAU CUCI SEKARANG!" jerit seorang lelaki. Aiden mengerutkan dahinya apabila dia mendengar suara itu.

Familiar.

Aiden mengatur langkah untuk melihat dengan lebih jelas jeritan itu.

Ada seorang lelaki bersama seorang budak lelaki sedang terduduk di atas lantai kerana telah memecahkan pasu bunga di rumah itu.

"Aku kata cuci lah" tubuh budak lelaki itu ditolak kasar lelaki itu. Aiden yang melihatnya menahan geram. Tangannya digenggamkan dan kaki mula mengatur langkah ke arah lelaki itu.

"Hey bro" tulang belakang lelaki itu ditepuk Aiden dengan agak kasar. Lelaki itu menoleh dan melihat Aiden.

"Apa kau nak?" dingin dari lelaki itu.

Amirul Hazeer : Revenge Mission ©  [ C ]Where stories live. Discover now