BAB 39 ♥️

398 12 4
                                    

Bab 39

"PAPA, jom main dekat playground" ajak Amir dan Aiman sambil menarik tangan Amirul

"Ok pergi main, papa duduk dekat kerusi tu ya?" kata Amirul lalu membiarkan Amir dan Aiman bermain manakala dia mengawasi Amir dan Aiman dari tepi

Kemudian Amir dan Aiman bermain bersama, ada satu tangisan, ada seorang kanak-kanak menangis kerana tidak dapat aiskrim, Amirul melihat suasana itu, satu bayang mula muncul di dalam kepalanya.

Ingat sesuatu.

Apabila Amirul kembali ingin mengawasi Amir dan Aiman, dia dapati Amir dan Aiman tidak ada bersamanya, tidak ada langsung kelibat mereka berdua itu di taman permainan tersebut

"Amir!!! Aiman!!!" jerit Amirul memanggil dua nama itu, tetapi tidak ada kelibat

Amirul mula gelisah, kemudian dia mencari pula di sekitar kawasan itu

Semasa mencari Amirul perasan jam tangan Amir jatuh di atas tanah, kemudian Amirul berfikir sejenak, anaknya diculik! Dan Amirul sudah dapat agak siapa yang menculik anaknya

"LEPASLAH!!"  marah Amir kepada Danial yang sedang mengikat kaki dan tangannya

"Hey budak, kau boleh senyap tak?" marah Danial pula, Aiman hanya diam, tapi tidak bagi Amir, lagi Danial marah lagi Amir melawan, Aiman pula sekali Danial marah dia terus senyap, dia tahu ayahnya itu bagaimana orangnya

"Lepaskan aku la!!! Kau ingat buat semua ni elok sangat ka?" pergh Amir, berani ko eh cakap macam tu uhuhuhu

"Hey budak, berani kau eh? Kau tahu tak aku siapa? Silap orang lah kau nak cari pasal dengan aku" penuh sinis Danial berkata

"Aku tak takut la dengan kau, betul kata abang Asif, kau pembunuh! Kau bunuh adik aku..." marah Amir, lagi melawan ni

Danial agak bengang, mukanya menahan marah, kemudian tubuh Amir dipukulnya sebanyak lima kali sehingga Amir terbaring dan tidak dapat bangun, namun Amir tetap bertahan, dia tidak mengeluarkan sebarang kata

"Kau dan bapak kau dua-dua sama ja" kata Danial

"Dah nama pun anak bapak, mestilah sama" walaupun tubuh Amir lemah akibat dibelasah tetapi dia masih dapat menjawab

Selepas mendengar tentang balasan Amir lagi bengang Danial dibuatnya, kemudian Amir dibelasah sekali lagi, lalu selepas dari itu, Danial meninggalkan Amir dan Aiman di dalam bilik itu

"A...amir, kau ok?" tanya Aiman dalam keadaan ketakutan

"A...aku ok" balas Amir walaupun dalam keadaan terbaring tetapi dia masih mampu untuk bersuara

"KAU jangan gelabah Amirul, sabar" kata Aiden, dia dapat tahu tentang penculikan Amir dan Aiman

"KAU NAK AKU SABAR MACAM MANA LAGI AIDEN? HA? DIA TU MEMANG NAK KAN AIMAN, APA-APA JA DIA BOLEH BUAT DENGAN BUDAK TU, AMIR PUN DIKAUT SEKALI TAU?" marah Amirul

"Amirul, mengucap oi" kata Aiden, kalau dulu Amirul pernah baling cawan kali ini tak teragak nak baling meja kaca pula, tak mustahil!

"Amirul, mengucap banyak-banyak, istighfar" kata Aiden, ingin meredakan keadaan, Amirul sangat marah hari ini, dia tengking sampai satu rumah agam tu dengar

Amirul naik baran lagi, dia menumbuk dinding rumah dengan sangat kuat

"AKU TAK NAK AMIR DAN AIMAN CEDERA. DANIAL PERNAH TIKAM KAU DEN. AKU TAK NAK DIA TIKAM ANAK ANAK AKU" marah Amirul lagi, dia pun tak sedar yang tangan dia tu dah berdarah akibat menumbuk dinding

Amirul Hazeer : Revenge Mission ©  [ C ]Where stories live. Discover now