1

81 4 1
                                    

Kelihatan seorang gadis berambut panjang dan beralun serta berwarna perang tak lekang melihat jam tangannya sambil memandang ke luar cafe. Sesekali dia mendengus geram

"Mana minah ni ni? Kata dah nak sampai" gumamnya

Tidak lama kemudian kelihatan seorang gadis yang memakai dress separas lutut menghampirinya dengan wajah yang berpeluh

"Weh sorry lambat" ucap irene rafazya aka sahabat dan juga sepupunya

"Heh lambat. Kau tahu tak aku banyak kerja lagi kat office" rungut gadis itu

"Alah sorrylah Iyntan valisya dato' Irham yang diva biasalah lunch hour kan jem. Hmm sorry ok" kata rafazya sambil membuka comel

Iyntan Valisya dato' Irham itulah nama aku. Cantik bukan? Diva? Itu gelaran yang selalu orang beri kerana cara dan pemakaianku yang sedikit diva. Sedikit je tau tak banyak pun diva aku

"Ni yang kau berpeluh sakan ni kenapa? Bermarathon dengan siapa?"

"Biasalah lunch weh parking penuh terpaksalah aku park jauh tu yang berpeluh ni hah" jelas rafazya yang mencapai tisu untuk mengesat peluh

"Heh yelah tu. Dahlah order aku lapar tau tunggu kau" kata valisya seraya menjeling manja sepupu nya itu

"Waiter" panggil rafazya mengangkat tangan

"Ya miss nak order apa" tanya waiter tersebut

"Kau nak makan apa val" tanya rafazya sambil menyelak helain menu untuk melihat menu yang hendak di makan

"Hmmm lamb chop and ice lemon tea" jawab valisya yang sedang melihat menu

"Lamb chop, 1 chicken chop 1, ice lemon tea, 1 apple juice 1" order rafazya menutup menu di tangannya

"Itu sahaja ke cik" tanya waiter itu

"Ya"

Selesai mencatat pelayan itu berlalu

"So memandangkan aku lewat and buatkan miss diva kita ni macam nak meletup aku belanja harini" kata rafazya

"Serious ra" tanya valisya menayang muka tak percaya

"Ya kenapa" hairan pula dia apabila valisya menayang riak begitu

"Taklah biasanya kau kan kedekut tahi hidung masin" kata valisya selamba

"Heyy kau! Habis yang aku belanja kau sebelum ni tu apa"

"Yelas miss rafazya" menjulingkan matanya ke atas

Sementara menunggu makanan tiba mereka pun bergosip dan saling bertukar cerita. Biasalah kalau perempuan sama perempuan berjumpa mesti ada je benda yang diumpatkan lagi lagj si valisya yang diva ni

"Eh kau tahu si Meen tu budak college kita dulu"

"Meen? Meen mana pula ni ra" dengan muka berkerutnya dia menyoal

"Alah Aminah yang budak kampung tu"

"Ouh budak kampung yang acah kaya tu ke. Datang bandar je terus tukar nama jadi Meen"

"Itulah tu sekarang ni dah buka tudung tau and dengar kata dia dah nak kahwin"

"Kahwin? Dengan siapa"

"Anak tan sri mana entah"

"Wah anak tan sri ya"

"Tapi dengar kata anak tan sri tu baik macam alim lah sikit"

"Hmm macam mana lah boleh tersangkut eh"

"Entah tapi aku harap lah anak tan sri tu boleh ubah dia jadi baik macam sebelum ni" ya pada awalnya budak itu baik tapi disebabkan terdedah dengan kawan kawannya terus jadi macam tu

"Yalah dengar kata bertutup sikit dah"

"Perlahan lahan lah tu kan"

Sebaik melihat pekerja itu menghampiri mereka. Mereka terus mematikan perbualan

"Enjoy your meal" kata waiter tersebut selepas meletak makanan

"Thank you"ucap mereka serentak

Mereka makan dengan senyap. Sesekali sempat mereka bergosip tentang isu yang tengah hangat di media sosial dan kedengaran gelak ketawa yang mampu menarik pelanggan untuk melihat ke arah mereka

"Kau ni ra ketawa lah perlahan sikit habis orang pandang sini" menepuk perlahan tangan rafazya yang sedang ketawa lantang

"Weh hahaha aduh tak boleh blah lah aku dengan dia ni tau" ketawa rafazya lagi sambil tangan menampar lengan dan bahu valisya

Valisya sudah membuat muka apabila tiada tanda rafazya akan berhenti ketawa kerana kalau rafazya dah ketawa tangannya tidak akan duduk diam mesti ada je benda nak menampar menepuknya. Dia yang ketawa suka pun tidak macam tu. Tidak boleh cover langsung si rafazya ni lah

"Ha itulah pasal berani dia kacau aku memang aku simbah lah dengan air panas" cerita valisya

"Hahah memang padan lah muka minah tu"



"Dah" tanya rafazya sambil mengelap mulutnya dengan tisu

"Dah jom" kata valisya seraya menyangkut slingbagnya ke bahu

Selesai membayar mereka berlalu beriringan pergi ke parking lot

"Thanks belanja aku ra. Aku balik office dulu lah" kata valisya setelah tiba di keretanya

"Ya aku pun nak balik office terus ni. Kau tu jangan duk melencong ke lain pula" kata rafazya. Macamlah dia tak kenal dengan valisya ni

"Ya tahulah aku" kata valisya lalu masuk ke dalam perut kereta

Pin pin hon valisya

"Bye ra" ujarnya selepas menghonkan kereta

"Bye" lambai rafazya lalu pergi ke parking  keretanya



Sedang valisya memandu tiba tiba dia terpandangkan pavilion

"Hmm nak berhenti ke tak eh"

"Tapi aku takde meeting penting pun kan harini"

"Singgah je lah" putus valisya lalu memberi signal untuk memasuk ke parking

Dia mengunci pintu keretanya lalu masuk ke pavillion

"Nak pergi mana dulu eh"

"Menyesal pula tak ajak ra kalau tidak boleh gosip sambil sambil jalan" sedang matanya melilau memandang sekeliling dia terpandangkan seorang budak yang sedang menangis

Dia menghampiri kanak kanak itu

"Hai adik buat apa kat sini"

"Mama" jawab budak itu sepatah

"Cari mama ya. Mama adik mana? Kenapa adik seorang je kat sini"

"Mama beli lepastu ite nampak mainan iba iba mama ilang"

"Jom aunty tolong cari mama adik" katanya lalu membawa budak itu ke kaunter untuk membuat pengumuman

Selang beberpa minit selepas pengumuman kelihat seorang wanita berlari anak ke kaunter dengan raut wajah yang risau

"Efrina" terus meluru memeluk anaknya

"Mama"

"Ya Allah sayang mama kenapa tak tunggu mama dulu nak pergi mana mana? Risau mama dibuatnya"

"Saya Erin. Ibu Efrina" kata wanita itu selepas perasan ada seseorang yang memerhati

"Terima kasih ya cik. Tolong anak saya" ucap Erin ibu kepada Efrina

"Hmm lain kali jaga anak ni elok elok kang hilang naya je" dengan muka angkuhnya dia berkata

"Dah lah I pergi dulu"

"Bye girl" tunduk melambai budak yang paras lututnya sahaja

"Bye aunty" balas budak itu sambil melambai ke valisya

"Baik tapi sombong" gumam erin lalu dia mengangkat bahunya tanda tidak mahu memikirkan asbab kenapa valisya bersikap begitu

Mr. Iceberg Miss Diva (OG)Where stories live. Discover now