"Nak ke mana rayde" tegur hanz kepada rayde yang juga masuk lift
"Balik"
"Aikk awalnya kau balik harini ada apa apa ke" hairan dia dibuatnya. Demam ke mamat beku ni
"Asal? Aku tak boleh nak balik awal ke" ikutkan hati memang lah nak balik lambat tapi dah janji nak hantar si diva tu so kena lah cepat
'aik caring pula kau rayde' kata hati rayde. Tak tahulah kenapa dengan valisya ni watak yang iceberg pun terus tukar jadi annoying. Pelik rasanya
"Tak.. cuma pelik je biasanya pukul 10 11 malam baru kau balikkan"
"Hmm dah lah aku pergi dulu" tanpa menjawab pertanyaan hanz dia terus keluar dari lift
Hanz hanya mengangkat bahu melihat bayangan rayde pergi. Begitulah kebiasaannya kalau bercakap dengan mamat beku ni
"Lambat" kata rayde sebaik valisya masuk ke dalam perut kereta
"You yang terlebih punctual"
"Masa itu emas valisya. So you have to appreciate it" kata rayde sebelum kereta keluar dari perkarangan S'Z holding
"Alah you ni biasalah I ni kan pekerja terbaik takkanlah tepat pada waktu nak terus keluar. Mestilah I kena siapkan dulu my task" kata valisya. Eleh padahal tadi dia terlewat kerana sibuk membetul mekap nya
"Lantak kau lah iyntan valisya"
"Suka sangat panggil nama panjang orang"
"practise makes perfect"
"Hah? What do you mean ray?"
"Mana tahu one day aku nak akad kau jadikan isteri kan so aku dah hafal nama panjang kau" selamba rayde berkata. Sungguh tika ini dia tidak maksudkan apa apa
Berkerut kening valisya mendengarnya. Okay tak okay mamat ni? Asal pelik sangat and banyak cakap pula
"Are you okay ray?"
Rayde hanya mengabaikan soalan itu dan fokus ke pemanduannya. Valisya pula mencebik apabila soalannya tidak dijawab. Suka sangat macam tu
"Assalamualaikum" salam diberi sebaik kaki melangkah masuk ke rumah
"Siapa hantar" tanya datin rida dengan wajah yang garang
Terkejut dia yang baru membuka pintu. Mana tidaknya kalau dah dia buka pintu tiba tiba datin rida dah terpacak depan dia
"Kawan"
"Lelaki perempuan"
"P-perempuan" aduh asal mama serius pula kali ni
"Asal gagap" reaksi garang masih dikekalkannya. Saja je nak mengusik anak daranya ini. Maklumlah ini pertama kali dia lihat si diva ni balik dengan orang lain tambahan lagi lelaki
Macamlah dia tak tahu tiada sorang pun kawan mahupun lelaki yang bertahan dengan anaknya ini kerana sikapnya yang diva dan suka merendahkan orang. Ingat lagi dia masa valisya berkawan dengan sorang lelaki ni tak sampai seminggu sudah putus. Katanya sebab tidak tahan dengan perangai valisya
"Mana ada" dalih valisya
"Pergi naik mandi busuk" usiknya seraya menutup hidung
"Mama" membulat mata valisya. Mati mati dia ingat mamanya nak marah
Datin rida hanya ketawa melihat muka bengang valisya. Itulah suka usik orang kalau orang usik dia mulalah melenting
"Siapa hantar balik tadi" tanya dato' irham seraya melabuhkan duduk
YOU ARE READING
Mr. Iceberg Miss Diva (OG)
RomanceDia bagaikan ais-dingin, misteri, dan sukar didekati. Dia pula bagaikan api-berani, lantang, dan penuh keyakinan. Bila dua dunia bertembung, adakah cinta akan mekar atau hanya akan tinggalkan luka? Rayde Isaac adalah seorang CEO yang tenang, dingin...