"Pergi mana val" tanya dato' irham yang berada di sofa sebaik melihat kelibat valisya yang melintas melalui ruang tamu
"Shopping" jawab valisya sambil menunjukkan beg beg kertas yang dibelinya. Dia yang hendak naik ke bilik terus menukar langkah pergi ke bapanya
"Again?" cermin mata dan buku di letakkan atas meja lalu mata naik memandang valisya
"Alah papa sekali sekala"
"Yalah sekali sekala sampai kan tak masuk meeting iyntan valisya" naik sedikit suaranya kerana terlampau geram dengan sikap sambil lewa valisya
"Sorrylah papa. Ni limited so val pergi lah beli" dengan muka tak bersalah valisya menerangkan satu persatu kepada dato' irham
"Haih apa nak jadi lah kamu ni kerja memain asyik shopping je"
"Sorrylah pa"
"Dahlah abang. Benda dah jadi kan" ujar datin rida
"Ini lah awak asal abang nak mengajar anak je awak back up. Ni sebab budak ni jadi macam ni sangat ni" bebel dato' irham dengan tangan yang naik mengurut kepala sendiri. Haih stress dengan perangai seketul valisya ni
"Dah val pergi naik atas" kata datin rida. Val yang menerima arahan itu terus berlalu pergi dan sempat dia mengangkat thumbs up kepada datin rida
"Abang tak boleh lah macam ni. Biasalah orang muda mestilah have fun dulu"
"Lagipun janganlah disebabkan dia tak masuk meeting abang nak marah" back up datin rida
"Projek ni penting rida lagipun dia yang lead projek ni tapi dia pula yang memain"
"Anak awak ni semakin hari semakin naik lemak" kata dato' irham
"Apa kata kita kahwin kan je dia. So husband dia boleh lah bimbing dia kan bang" cadang datin rida. Bukan suaminya sahaja yang geram dan risau dengan perangai anaknya tapi dia sebagai seorang ibu turut merisaukannya. Dahlah kadang kadang tu lewat balik entah ke manalah valisya tu merayap
"Tah lah nantilah abang fikir" dia meletakkan tangan di dahi lalu memejamkan mata. Kalau dah berkaitan valisya meatia ada sahaja yang akan memeningkan mereka
"Oit asal lambat" tanya hanz sebaik rayde duduk
"Jalan jem"
"Lama tau aku tunggu. Merajuk lah macam ni" memuncungkan mulutnya
"Dia datang pun dah nasib baik dah kau. Ni nak merajuk pula" kata seorang lelaki yang datang dari belakang mereka
Rayde yang mendengar suara itu terus menoleh lalu membulat matanya melihat gerangan di hadapannya
"Hai bro" sapa lelaki itu lalu mendepakan tangan. Jejak itu tersenyum dengan kening yang diangkat saat melihat wajah rayde yang jelas terkejut
"Hai. Bila kau balik" dia yang tadi terpinga dengan kehadiran lelaki itu terus bangkit untuk bersalam. Tangan dihulurkan dan mereka bersalam. Setelah itu mereka melagakan buku lima seperti bersalam cara lelaki
"Semalam" jawab jarrel. Jarrel adalah sepupu yang dia paling rapat dan kawan rapat mereka bertiga
"Tak roger aku pun" kembali duduk diikuti jarrel. Hanz hanya melihat mereka berbual maklumlah dia dah jumpa dah tadi tu yang relax je kalau tidak mesti terkejut beruk
"Asal kau nak merajuk macam hanz juga ke" mengerling hanz di tepinya
Hanz yang dengar namanya disebut terus menjuling matanya ke atas. Asyik astik aku je
"Ni mesti mamat ni dah tahu kan" tebak rayde. Kalau tidak mesti hanz dah buat drama. Macamlah dia tak tahu rakannya yang seorang ni suka sangat berdrama
"Dia yang pergi jemput aku" ujar jarrel
"Aku lahni yang terakhir tahu"
"Surprise bro" rayde hanya menjulingkan matanya lalu minuman yang dipesan oleh hanz disisipnya
"Eh eh mamat ni sesedap kau je eh minum air aku" mata dikecilkan memandang rayde yang selamba minum air yang dipesannys
"Sharing is caring bro" jawab rayde mengundang rasa menyampah hanz. Eh eh mamat beku ni
"Ni dah lewat malam dah aku balik dulu lah" kata rayde sebaik jarum jam sudah berdiri tegak menandakan sudah pukul 12 pagi
"Hmm aku pun dah nak balik ni. Esok kerja kan" kata hanz yang turut bangun dari kerusi
"Kau jack nak tidur mana malam ni? Ke balik rumah mama kau" tanya rayde memandang jarrel. Jack ialah panggilan mereka terhadap jarrel. Lagi lagi jarrel ialah seorang pilot dan lebih sukakan kenderaan seperti jet
"Aku tumpang kondo kau eh" kata jarrel dengan mata yang dikelip kelip. Hanz yang melihat itu membuat muka menyampah
"Hmm yalah jom balik" kata rayde
"Kalau macam tu aku tidur rumah kau juga lah bro"
"Eh eh kau banyak songeh nampak"
"Alah boleh lah please" muka comel sedaya upaya dibuat di hadapan rayde
"Jarang tau kita dapat berkumpul macam ni. Nanti kau dah nak kahwin tak boleh dah macam ni" pujuk hanz
"Eh kau dah nak kahwin ke bro? Asal aku tak tahu pun" mata jarrel terkalih memandang rayde
"Since when pula aku kata aku nak kahwin ni hanz naufal" wajah garang ditayang kepada hanz. Suka suki je mamat ni eh
Kata kata rayde diabaikan lalu dia menyambung katanya
"Alah kau tahu tak jarrel sepupu kau ni dah jatuh cinta"
"Iya? Dengan siapa tu weh" dengan terujanya jarrel bertanya. Boleh jadi gossip keluarga mereka nih
"Nak tahu nanti kau datang office" kening diangkat berulang kali dan jarrel membalasnya dengan senyuman penuh makna
"Tak payah dengar kata hanz tu jarrel kang dua dua aku sekeh" kata rayde tapi diabaikan oleh mereka berdua. Esok mesti riuh dengan budak berdua ni dekat officenya dan semestinya kerja dekat office itu akan bertambah banyak
Semakin ke laut ke?
YOU ARE READING
Mr. Iceberg Miss Diva (OG)
RomanceDia bagaikan ais-dingin, misteri, dan sukar didekati. Dia pula bagaikan api-berani, lantang, dan penuh keyakinan. Bila dua dunia bertembung, adakah cinta akan mekar atau hanya akan tinggalkan luka? Rayde Isaac adalah seorang CEO yang tenang, dingin...