PROLOG

10 0 0
                                    

TERLARANG

PROLOG

2011

Kringggggggggggggggggggg!

Bunyi loceng bertalu-talu di meja lampu mengganggu lena Haikal. Berserta keluhan berat, tubuh diangkat ke posisi duduk.

"Again, second times already", keluh Haikal.

Kedengaran pintu bilik di buka dari luar.

"Yee bu, breakfast arini ibu tak sempat nak buat, arini ibu balik lambat sebab ada meeting then besok pulak ibu outstation ke sabah, minggu depan baru ibu balik, duit belanja ibu dah letak kat meja makan, kalau lapa jangan masak, order kat luar kalau nak tidur umah Fizzi pastikan ayah tahu....... Betul?"

Kata kata Haikal membuatkan Lara terdiam. Tangannya masih lagi memegang tombol pintu bilik, lalu die menuju mendekati Haikal. Dia mengusap rambut anaknya itu sambil Menatap matanya.

"Aaaaaa, good, but...... how?"

"How...... what?" Haikal menatap mata Ibunya

"Nevermind, siap cepat Haikal, don't be late, first day of school, jangan lupa kunci rumah, love you" Jelas terpancar kerutan di dahi Lara. Dengan memberikan ciuman di dahi, dia pon berlalu pergi meninggalkan anaknya itu.

Haikal, seorang lelaki Pan Asian. Memiliki sepasang mata yang sepet bulat bersinar, berbulu mata pendek, berkulit halus putih melepak, berhidung sedikit kembang dan berdahi seluas 2 padang bola, perwatakanya yang pendiam dan lebih gemar berinteraksi dengan mindanya sendiri menyebabkan die dilabel sebagai seorang yang pelik malah sombong di kalangan pelajar sekolah.

Haikal mencapai telefon pintarnya membuka halaman utama google lalu membuat carian.

'UNIVERSITY MALAYSIA KELANTAN'

Berita Harian - by Elly Addina - Mac 14, 2008 @ 8:00pm

Cabinet Meeting approved the establishment of the university. Taglines such as "Entrepreneurship is Our Thrust" and "Entrepreneurial University."

"8 years from now, how many times do I need to suffer like this" Haikal bermonolog seorang diri, hatinya sayu, otaknya ligat berfikir, dia buntu, masih tidak mempunyai jalan keluar. Dia memegang kepala melepaskan segala keluhan.

Haikal bangun dari katil menuju meja belajar yang terletak di sudut sisi katil. Cubaan untuk membuka laci pertama ternyata sia sia, ianya berkunci. Haikal mengeluh, dia menunduk lemah, kerana dia tahu takdir sudah pun tertulis, akan tetapi masanya masih belum tiba, dia akur pada setiap garis yang perlu dia ikuti, Tuhan lebih Mengetahui, sedangkan dia hanyalah seorang hamba, Tidak ada satu pun manusia yang boleh melawan takdir Tuhan.

"keberadaan kau yang tidak masuk akal langsung, macam mana kewujudan kau boleh ada kat dalam ni?"

Haikal bercakap seorang diri sambil memandang laci yang berkunci itu. Dia seperti hilang akal. Masih memegang kepala yang tidak sakit.

Dengan berat Haikal mencapai tuala lalu melangkah menuju ke bilik air.

TERLARANGWhere stories live. Discover now