Asrama

29 2 1
                                    

Ini adalah sebuah kisah benar yang telah berlaku pada aku pada awal tahun 2021. Ketika itu aku berumur 18 tahun dan merupakan batch pro max yang sedang menduduki peperiksaan spm yang telah lama ditangguh akibat pandemic covid- 19. Aku merupakan seorang ketua pengawas dan juga merangkap sebagai ketua asrama pada ketika itu, kisahnya bermula begini-

Pada awalnya kesemua pelajar tingkatan 5 diwajibkan untuk menetap di asrama sekolah untuk memudahkan pelajar mengulang kaji pelajaran dan menghadiri peperiksaan spm. Kejadian ini berlaku pada malam sebelum peperiksaan sejarah. Aku pada waktu itu tekun mengulangkaji pelajaran bersama rakanku di dewan makan sehingga kami tidak perasan bahawa jam telah menunjukkan pukul 1 pagi dan kami adalah orang yang terakhir berada di dewan makan tersebut. Kawan aku, fauzan menegurku dengan berkata " weyh mat, jom ah gerak bilik kang terlajak tidur tak bangun kita esok ni", saya mengangguk tanda setuju lalu segera mengemaskan segala benda yang ada di atas meja.

Pada waktu perjalanan pulang ke bilik kami, si fauzan dengan mulut celuparnya menegur satu bau busuk yang entah datang dari mana, dia berseloroh dgn berkata "weyh bangsat kau pijak taik kucing ke apa sial, busuk babi" aku dgn perasaan yg tidak sedap hatinya memandang fauzan lalu berkata " haah sorry do aku kentut tadi, tiba2 lak perut aku masuk angin ni haa". Sebenarnya, aku tidak ada kentut atau mahupun terpijak sebarang najis, aku hanya berkata sedemikian rupa untuk menenangkan hatiku dan berharap fauzan tidak bercakap apa2 yang mengarut lagi.

Setelah sampai di bilik asrama kami, aku memberitahu fauzan agar mengejutkan aku pada pukul 4 pagi untuk menyambung mengulangkaji pelajaran walaupun aku tahu harapan untuk dia mengejutku amat tipis kerana dia merupakan seorang manusia yang tidur mati dan seringkali akulah yang mengejutkannya dari tidur. Fauzan mengangguk tanda faham dan terus berbaring di atas katilnya. Untuk perhatian para pembaca, di dalam bilik kami hanya terdapat kami berdua kerana aku mendapat kebenaran dari pengetua sekolah untuk menetap di bilik ketua dorm berkenaan kerana sebab yang tertentu. Katil aku terletak tepat bersebelahan dengan tingkap dan bilik kami berada pada tingkat yang kedua. Tanpa melengahkan masa, aku terus baring di atas katil dan tidak lama selepas itu aku telah masuk ke dalam alam mimpi.

Ketika aku sedang lena dibuai mimpi, entah bagaimana aku dapat merasakan seseorang mengusap bahuku lembut seperti sedang mendodoikan aku seolah seorang ibu yang sedang mencuba untuk menidurkan anaknya. Usapan lembut yg aku rasakan semakin lama menjadi semakin kasar dan laju seolah olah seperti dicakar oleh sesuatu makhluk yang tidak dapat aku bayangkan. Tiba-tiba, usapan yang dapat aku rasakan itu berhenti dan ditukarkan kepada satu genggaman erat di bahu dan lenganku, badanku ditolak-tolak dan digoyangkan seolah-olah cuba dikejutkan oleh sesuatu.

Dengan mataku yang kelat, aku tersedar dari tidur lena dengan anggapan bahawa fauzanlah yang cuba mengejutku dari tidur untuk mengulang kaji pelajaran. Akan tetapi, dengan cahaya lampu jalan yang samar dari luar tingkap, aku dapat melihat fauzan sedang nyenyak tidur di atas katilnya yang terletak tidak jauh dariku. Dengan keadaan mamai dan keliru, aku masih dapat merasakan genggaman yang erat pada bahuku. Aku perlahan memusingkan badanku yang membelakangi tingkap dan alangkah terkejutnya, aku dapat melihat sekujur tangan yang pucat serta kuku yang panjang sedang erat memegang bahuku. Aku turut dapat melihat wajah seorang wanita tua dengan mata terbeliak yang sedang tersenyum lebar kepadaku jelas menampakkan lidahnya yang panjang dan bercabang. Dengan keadaan yang ketakutan, aku menepis tangan tersebut dan berkata " AKU NAK TIDUR SETAN, JANGAN KACAU AKU " lalu dengan cepat aku menyebulungi badan dengan selimut. Tak lama selepas itu aku pitam dan tidak sedarkan diri sehingga keesokan harinya.

Tepat pukul 6 pagi, fauzan mengejutkan aku dari tidur untuk solat subuh dan mempersiapkan diri untuk peperiksaan sejarah yang bakal berlangsung tidak lama lagi. Setelah Fauzan menarik selimut dari badanku, dia mengucap panjang, dia terkejut dengan kesan cakaran dan lebam yang terdapat pada badanku yang entah dari mana datangnya .Lantas dia bertanya kepadaku, " Apa yang jadi dekat kau weh?? ", aku memandang tepat pada matanya dan mengukir senyuman sinis di wajah lalu berkata, " esok dia datang dekat kau pulak.. "


⁃ TAMAT -

 ⁃ TAMAT -

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Kisah Seram Musibat BangsatWhere stories live. Discover now