Air Soya Roti Sosej

63 8 9
                                    

Buku ni,
Bukan puisi,
Yelah bahasa ibunda pun ke laut,
Bukan sajak,
Nyanyi lagu ABC pun sumbang,
Bukan syair juga,
Naik pentas pun dah nak nangis.

Mana dapat ayat negatif?
Daripada ekspektasi orang lah.

Definisi rehat,
Cukup ke setakat air soya dan roti sosej yang dibeli di koperasi sekolah tu?
Cukup,
Dia ni je bermasalah,
Masih tercari-cari rehat yang sebenar-benarnya.

Tulisan hati yang tiada arah,
Dia tumpahkan ke sini,
Walaupun jasad yang membaca,
Pasti sukar mentafsir tiap bait bicara.

Dah cuba susun bagi kemas,
Satu demi satu patah perkataan dalam ni,
Nak tuan puan yang baca,
Faham,
Dia sedang runtuh,
Dia sedang hancur,
Dia sedang musnah.

luahan orgilWhere stories live. Discover now