Motor Besar Abah Punya

22 5 0
                                    

Belakangan ini,
Selalu fikir,
Di mana-mana pun,
Otak sentiasa berkarang,
Cara bagaimana lagi untuk lenyapkan diri,
Hilang dari radar ingatan manusia,
Hilang dari dunia.

Saban fajar,
Di atas kusyen motor besar Abah,
Semasa perjalanan ke sekolah,
Berfikir jika dia jatuh ke belakang,
Apa cukupkah cara itu,
Untuk mati?
Apa akan ada saki baki nyawa
Sekiranya berbuat demikian?

Lelah sudah,
Dengan duka yang datang bertandang tak berhenti.
Berhentilah wahai diri,
Menjadi pembawa sial yang tak digemari makhluk bumi.

luahan orgilWhere stories live. Discover now