KCK: |١|FA

539 44 29
                                    

"Trauma di masa silam yang belum sembuh."





          "TAKNAK! bentak gadis itu.

"Dah aku kata taknak! Taknak lah! PERGI! PERGI JAUH!" Gadis itu mula meracau seperti orang yang terkena histeria. Menjerit histeris tak ingat dunia.

"Pergi! Lelaki semua tak guna!! Pergi aku cakap! Keluar!" jerkahnya lagi. Wajahnya sudah berubah merah padam. Mata mencerlung tajam ke arah dua jejaka itu seperti helang yang ingin menerkam mangsanya.

"Astaghfiruallah hal azim! Bawa mengucap anak ummi. Bawa mengucap sayang. Itu walid dengan abang kamu. Bukannya orang lain." Wanita yang sedikit berumur itu cuba untuk mendekati anak gadisnya namun sempat dihalang oleh suaminya.

"Aku tak peduli, kau siapa! Aku nampak jantan tu ada sekali dengan kau! Dah! Pergi!" bentak gadis itu lagi. Rambut diramas kasar. Gigi mula menggigit kuku di setiap jemarinya.

"Tak apa honey. Hubby rasa emosi anak kita tak berapa nak stable lagi. Takut dia serang awak je nanti." Halang suaminya. Masih cuba berusaha untuk membantutkan niat si isteri.

"Saya tak kisah dah! Apa nak jadi pun, jadilah. Saya nak anak saya balik! Anak yang selalu ceria, tersenyum, sentiasa tenang dan selalu ingat Allah. Sekarang saya tengok anak kita. Ya Allah hubby, nampak tak terurus sangat. Dengan rambut kusut masai. Katil bersepah. Barang dibalingnya merata. Lagipun, dah nak masuk hampir setahun hubby, anak kita dekat dalam ni. Saya nak anak kita yang dulu hubby. Nak anak kita yang dulu hubby!" Digoncang laju tubuh tua itu. Tanpa disedari, mutiara jernih mula membasahi pipi wanita tua itu.

"Honey, kita kena redha dengan ketentuan Allah SWT. Ada sebab kenapa Allah turunkan ujian seberat ini untuk kita sekeluarga. Mungkin sebagai peringatan untuk kita. Do not trust anybody eventho we know all about them. Hubby dah cuba yang terbaik untuk lindungi anak kita tapi hubby tahu, hubby seorang ayah yang gagal. Gagal untuk melindungi anak sendiri." Lelaki tua itu mula jatuh tersungkur di hadapan kerusi hospital itu. Mana mungkin dia mampu untuk melupakan peristiwa 'hitam' yang menimpa diri anak gadisnya itu. Tembok tangisan lelakinya mula pecah.

Jejaka yang memakai songkok itu dari tadi hanya mampu memandang suasana itu dengan perasaan penuh hiba. Rasa prihatin mula hadir di dalam diri. Hampir setahun juga dia datang melawat gadis itu tanpa henti. Namun, dia takkan masuk ke dalam, kerana takut terlihat aurat gadis itu yang sedikit terdedah.

"Hubby, tolong. Benarkan saya, benarkan saya untuk tengok anak kita... sekejap pun tak apa. Nak peluk, lepaskan rindu. Saya tak sanggup dah tengok dia meracau dan terus mengamuk tak tentu hala," rayu isterinya. Ibu mana yang sanggup melihat keadaan anak sendiri yang kian tak terurus? Sakit sangat rasanya.

"Baik, hubby benarkan. Cuma minta tolong Liza, temankan awak masuk ke dalam ya? Boleh tak Liza?" pinta bapak mertuanya. Wajah ditolehkan ke arah gadis itu.

Gadis itu laju mengganggukkan kepala. "Boleh walid. Tak apa ummi, kita masuk perlahan sikit. Sebab takut mengganggu Sha. Emosi dia tak berapa nak baik lagi tu."

Kebetulan menantunya merupakan doktor di wad psikiatri itu. Dan dia juga doktor yang bertanggungjawab dalam menjaga dan melihat perkembangan kesihatan mental adik iparnya.

Liza menolak daun pintu wad itu perlahan. Dia dan ibu mertuanya pun berjalan perlahan ke arah katil gadis itu. Ditilik sayu wajah lelah itu. Lelah kerana keadaan mental yang dah hampir setahun tak stabil. Lelah dihantui masa silam. Lelah dihantui bayangan jejaka durjana yang membuatkan jiwanya tidak tenteram.

"Sha... ummi datang ni," serunya lembut.

"Ummi rindu sangat dekat Sha. Ummi rindu anak ummi yang selalu ceria. Ummi rindu nak spend time dengan anak ummi. Ummi rindu nak tengok senyuman manis anak ummi ni." Bibir menitikan setiap luahan hati yang sudah terperuk lama di jiwa.

Kesetiaan Cinta Kita| OngoingWhere stories live. Discover now