KCK: |٢|FA

256 33 18
                                    

TRIGGERED WARNING : Jika anda pernah mengalami trauma atau peristiwa yang sebegini rupa, dilarang untuk membaca bab ini. Tapi jika anda ingin juga, semuanya di bawah tanggung jawab anda sendiri. Terima kasih.

"Bertemu tanpa sebarang rasa di hati."





"Cik Ayana?" soal jejaka itu sambil ibu jari miliknya dituju tepat ke arah gadis itu.

"Ya saya. Encik pula siapa ya?" soal Falisha pula. Dia cuba berusaha untuk mengingati wajah jejaka itu namun gagal.

"Ouh! Tak mengapa, saya rasa mungkin Cik Ayana susah nak ingat muka saya ni. Biasalah muka awam hahaha!" tambah jejaka itu lagi.

Falisha hanya tertunduk menekur ke lantai. Tiada rasa geli hati atau terhibur dengan gurauan jejaka itu. Mungkin disebabkan hatinya sudah terkunci buat semua lelaki. Jadi sebarang lawak jenaka dari mana-mana lelaki tidak mampu membuatkan dirinya tertawa.

"Saya, Falikh Ayden. Cik Ayana dah ingat sekarang?" Jejaka itu pun memperkenalkan dirinya. Dengan lagak gaya yang penuh sopan santun.

"Ouh! Ingat." Bibir hanya mampu menitikan dua patah ayat itu. Dia tidak mahu berlama-lama di meja ini. Meskipun jejaka itu duduk di meja ini bersama adik perempuannya.

"Maafkan saya Cik Ayana sebab mengganggu. Saya sekadar datang ingin menanyakan khabar. Tapi kalau saya buatkan Cik Ayana rasa kurang selesa atau sebaliknya. Mohon beritahu ya?" Jejaka itu seperti pandai dalam membaca perkara yang bermain di mindanya. Tukang tilik ke apa jejaka ini?

"Er... tak apa. Duduk je. Saya okay je. Jangan salah faham ya Encik Falikh. Saya cuma terkejut saja tadi. Tak ada kena mengena dengan apa yang dimaksudkan oleh Encik Falikh tadi," dalih Falisha. Diramas jari jemarinya. Terasa berpeluh semacam.

"Ya Allah... kenapa aku panik sangat sekarang ni. Rasa trauma tu... ra-rasa... tu dah datang balik..." Dada kian terasa sesak. Dia cuba untuk menarik nafas selaju yang boleh namun gagal lagi.

Pandangannya kian terasa berbalam. Gelap. Kabur. Tapi di telinganya kedengaran... satu suara! Suara yang mampu mengganggu hidupnya. Suara yang menghantui hidupnya. Suara yang mampu menggelapkan dunianya sebentar. Suara yang menimbulkan rasa trauma di hati.

                              *****




























                              *****

"Hmm... kau ni perempuan bodoh," bisik suara itu di gegendang telinganya.

"Mudah sangat kau percaya dekat aku eh? Aku cakap nak buat homework sama - sama pun kau sanggup datang sini sebab percaya? Huh... lembab juga kau ni ya?" Mulut gadis itu ditekup dengan agresif. Kerana si gadis masih cuba untuk melawannya.

"Haih... Fal... Fal..." Jejaka itu terus tersenyum sinis. Rupanya mudah sekali untuk dia mengenakan gadis ini. Dasar mudah tertipu!

Falisha cuba melawan sekuat mungkin. Namun gagal. Tubuh jejaka itu lebih besar dan kuat berbanding dirinya. Kenapalah? Kenapa dia tidak mendengar cakap Alongnya tadi? Rasa menyesal sudah hadir di dalam diri...

"Angah... nak Along temankan tak pergi rumah A tu?" tanya Farish. Dilihat dengan tekun si adik yang sibuk menyusun buku teks dan latihan miliknya.

"Hm... mungkin tak kot Along. Sebab Along kan memang selalu temankan sebelum ni. Jadi, kalini adik kena pergi sorang, sebab katanya sekejap je harini." Falisha mengukir senyum manja. Ditilik wajah kacak milik Farish.

Farish mengeluh panjang. Degil juga ya adiknya yang seorang ini.

"Angah yakin ke ni? Along rasa tak sedap hatilah dik..." jujur Farish. Hatinya sungguh rasa kurang enak di saat ini. Seperti, ada sesuatu yang tak baik bakal terjadi.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 07 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Kesetiaan Cinta Kita| OngoingWhere stories live. Discover now