PART 3

3.2K 106 2
                                    

ANGAHHH !!

ALONGGG !!

DEENAAA !!

UDEEE !!!

Meh turun makan nii, ibu dah siap masakkk !! Jerit Puan Maria, jika mahu memanggil anak dara, tidak sah jika tidak dijerit, kalau tidak.. ada saja benda yang tidak didengar.

Bunyi derapan kaki mereka berempat terdengar dari luar dapur, laju saja kedapur apabila dipanggil.. tambah pula dengan lauk yang dimasak oleh Puan Maria itu.. dari bilik sudah terhidu.

Adriana tersenyum lauk kegemarannya terhidang diatas meja bersama lauk pauk lain. Wah meriahnya ! Macam ada tetamu sajaa. Eh tapi memang ada pun.

Ouh iya buu, mana ayah ? dari tadi tak nampak ayah pun. Kepala Adriana menoleh kekiri dan kekanan kerana menu mencari sosok ayahnya. Tetapi malangnya, sosok itu tiada..

Ayah dekat surau, harini katanya ada gotong royong dekat sana.. nanti ayah kamu balik la tuu sebelum asar, dah jom makan.. pergi sana basuh tangan dulu. Ujar Puan Maria. Puan Maria adalah seseorang yang suka menjaga kebersihan, tidak kiralah dalam keadaan apa sekalipun, kebersihan itu harus diutamakan kerana kebersihanlah yang melambangkan peribadi kita sebagai seorang manusia.

Usai membasuh tangan, mereka melabuhkan duduk di kerusi. Nasi pun menjadi tujuan pertama untuk diletakkan diatas pinggan, lauk pun diambil dan doa pun dibaca oleh anak bongsu Puan Maria.

ʚɞ ⁺˖ ⸝⸝

KREKKKK !!!

Bunyi pintu kayu dibuka boleh seseorang, semua yang berada di ruang tamu itu memandang kearah pintu, terdapat sosok badan lelaki tua dihadapannya melangkah masuk ke dalam rumah.

EH AYAHHH !!! jerit Adriana sambil berlari anak menuju ke ayahnya. Encik Azhar memandang wajah Adriana dengan senyuman lebar. Rindu sungguh dia dengan anak keduanya ini. Puan Maria yang sedang berada didapur itu.. terus melangkah menuju ke ruang tamu apabila mendengar jeritan Adriana.

Tangan duhulur untuk salam dan terus dia memeluk ayahnya dengan erat. Rindu.. sungguh rindu. Iya la kan.. cinta pertama anak perempuan itu kan ayahnyaa.

Angah dah balik dah nii, angah rindu ayah.. ayah sihat ?? Menahan sebak Adriana bertanya semua itu.

Ayah alhamdulillah sihat, ayah pun rindu angah..

anak ayah dekat sana macam mana ?? okay tak belajar ?? Tanya Encih Azhar.

Deena hanya menghadiahkan senyuman saja pada Encik Azhar tanda dia hormat pada lelaki tua itu.

Ouh ye ayah, ni Deena.. housemate angah, dia tinggal dekat sini 2 minggu dengan kita tau. Adriana tahu, pasti Encik Azhar tidak terkejut dengan kehadiran Deena didalam rumah itu kerana Puan Maria pasti sudah memberitahunya.

Encik Azhar yang mendengar itupun menganggukkan kepalanya, dia faham akan ayat anaknya itu kerana Adriana sudahpun cerita mengapa Deena berada dirumahnya.

ʚɞ ⁺˖ ⸝⸝

Tumbukan bertubi-tubi itu membuatkan lelaki yang ditumbuk itu sudah tidak bermaya kerana kehilangan banyak darah, badannya disiat dan... kakinya usah dikata, sudah lemas dan tidak kuat.

Harraz's Obsession Where stories live. Discover now