PART 7

902 39 3
                                    

     Pintu kayu di tolak, Puan Maria yang dari tadi berada di dapur berlari anak menuju ke pintu rumah utamanya. Keningnya diangkat apabila tersedar seorang dari dua orang gadis itu sudah pun bermandi air kopi. Muka Adriana sudah bermasam seperti cuka. Erghh !!! Tak ada mood la aku.

Tanpa berkata kata, gadis itu terus menyalami tangan ibunya dan terus menuju ke arah bilik yang berada di pertengahan antara dapur dan ruang makan.

Tuala yang bersangkut di almarinya dicapai, kemudian toilet di dalam bilik itu dituju untuk membersihkan diri.

Pakaian yang sudah bercorak seperti peta antartika itu diletak di dalam baldi. Ishhh !!! Tak pasal pasal aku yang kena sental baju ni.

Puan Maria yang hairan dengan tingkah laku anaknya terus memandang pelik ke arah Deena. Tadi sewaktu mahu keluar bukan main senyum hingga ke telinga, ini bila balik monyok pula.

Kenapa tu ? Macam mana baju boleh basah sampai begitu sekali ? Tanya Puan Maria. Pasti ada sebab yang membuatkan mood anak keduanya ini berubah 180 darjah.

Tadi waktu di mall, ada seorang perempuan dia langgar Adriana dan perempuan tu berjalan sambil main telefon bimbit. Tangan sebelahnya pula memegang secawan kopi sejuk. Lepastu berlagalah bahu dia orang, waktu tu baju Adriana basah teruk dengan kopi perempuan itu. Bernasib baik kopi tu sejuk, kalau panas, memang bertambah sakitnya lagi. Terang gadis itu satu per satu supaya wanita yang berumur 50-an itu faham apa yang dia sampaikan.

Ibu tahu tak apa yang minah tu buat lepas langgar Adriana tu ? Tanya Deena seakan akan menunggu jawapan dari Puan Maria.

Puan Maria tidak bercakap tetapi menunjukkan isyarat kepala yang bermaksud ''apa dia ?''

Minah tu pergi sound Adriana. Dah lah suara dia tu boleh tahan kuat juga, habis sampai satu mall boleh dengar suara dia. Dia dah lah bercakap tu sampai semua orang yang ada dekat level itu tengok kita orang. Macam tak malu, padahal dah terang terang dia yang bersalah tapi masih lagi nak salahkan Adriana. Ujar gadis itu dengan nada yang tidak puas hati.

Panjang lebar Deena menceritakan apa yang sebenarnya terjadi pada rakannya itu pada Puan Maria.

     Askara huruf di atas kertas dilihat dengan penuh teliti, cuba untuk memahami apa yang dicetak pada kertas itu, dibelek satu per satu muka surat. Apabila dia sudah berpuas hati dengan isi fail itu, dia menutup semula dan menghulur fail tersebut pada Hayn.

Dareen menolak pintu bilik kerja Harraz. Sekarang ini mereka hanya bekerja di rumah ibu bapa Harraz. Selepas mendapat ancaman daripada musuh mereka, jejaka itu terus mengambil keputusan untuk duduk di rumah keluarganya. Cukup hanya sekali dan dia tidak akan membenarkan kejadian itu berlaku lagi.

Dareen menghulur satu fail yang berwarna hitam. Hayn hanya diam dan memerhati gerak-geri rakannya. Banyak pertanyaan yang bermain di fikiran. Kalau dilihat dari luar fail itu, fail tersebut bukanlah tentang urusan kerja.

Ini maklumat perempuan yang kau suruh aku cari tu. Seperti yang di duga oleh Hayn. Harraz tersenyum sinis. Inilah yang dia tertunggu-tunggu dari tadi.

Fail sudah bertukar tangan. Harraz membelek helaian kertas, wajah gadis itu dilihat.. lama.. sungguh lama. Apabila tersedar dari lamunannya, riak wajah jejaka itu berubah menjadi serius semula.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 13 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Harraz's Obsession Where stories live. Discover now