"Sayang, bangun!" Suara Asher kedengaran sambil pipiku ditepuk-tepuk lembut. Aku membuka mataku, perlahan-lahan. Kepalaku masih pening-pening lalat kesan dari ubat semalam.
Wajah Asher kelihatan di hadapan mata. Aku cuba menggerakkan tanganku. Ternyata ikatan sudahpun dileraikan. Aku menghela nafas lega.
"You pergi mandi dulu. Nanti I sediakan sarapan," ujar Asher penuh kelembutan.
Aku cuba bangun daripada pembaringan. Keadaan sekeliling aku perhati. Masih sama seperti hari-hari sebelumnya. Asher sudah pun keluar dari bilik seusai memberi arahan kepadaku.
Aku melepaskan keluhan kecil. Gadis itu benar-benar buatkan aku tidak senang duduk. Kadang-kadang, aku keliru dengan perubahan gadis itu. Sekejap psycho, sekejap baik.
Aku terus bergerak ke bilik mandi yang terletak di hujung bilik. Sebelum itu, tuala dan sepasang baju berwarna biru tua yang telah disediakan oleh Asher diambil.
Seusai menyiapkan diri, aku terus bergerak semula ke katil. Pintu kedengaran dibuka dari luar. Aku cuba mencuri pandang ke luar bilik namun di luar hanya gelap tanpa cahaya.
"Sayang, aku buatkan breakfast!" Kata Asher dengan riang sambil berjalan ke arahku.
Dulang makanan diletakkan di atas meja bersebelahan katil. Aku hanya diam melihat dia mengambil semangkuk bubur dari atas dulang itu.
"Nah, aku buatkan bubur yang paling kau suka. Bubur ayam!" Ceria sahaja kedengaran suara Asher ketika itu. Sudu diambil lalu dia menyuapkan aku.
Aku membuka mulutku. Menerima suapannya.
"Comotnya dia makan," ujar Asher seolah-olah sedang bercakap dengan kucing sambil mengelap bibirku menggunakan ibu jarinya.
"Kau tak nak makan ke?" Tindakannya terus terhenti. Anak mataku dia pandang.
"Meh, aku suapkan kau pulak!" Kataku segera mengambil sudu dan mangkuk dari tangannya. Terkedu dia dengan tindakan pantasku.
Lalu aku mencedokkan sedikit bubur menggunakan sudu sebelum menyuakan ke arah Asher. Dia membuka mulutnya, luas.
"Sedap, kan?" Tanya aku pula. Dia menganggukkan kepalanya.
Setelah selesai menjamu selera, Asher menyuruhku berbaring terlebih dahulu. Dia pula keluar dari bilik bersama-sama dengan dulang yang dibawa tadi.
Setelah memastikan kelibatnya benar-benar sudah hilang, aku terus bangun dari katil. Tingkap bilik yang berada di atas kepala katil aku pandang. Dengan segera, aku membuka langsir putih yang menutup jendela itu.
Pintu tingkap aku buka. Namun jantungku terus berdegup kencang apabila melihatkan bilik yang aku berada ini terletak di tingkat yang paling tinggi. Kesemua kenderaan yang lalu-lalang bagaikan semut di atas tanah.
Mata aku cuba melihat kawasan sekeliling yang aku mungkin boleh jadikan sebagai bukti. Sebuah gereja di seberang bangunan menangkap deria penglihatan. Namun saat otakku cuba mengenalpasti dimana aku berada, aku dapat rasa badanku seperti ditolak ke belakang.
Aku terkejut. Wajah serius Asher kelihatan di hadapan mata. Dia menarik aku menjauhi tingkap tempat aku duduk. Tingkap segera ditutup begitu juga dengan langsir yang tadi terbuka luas.
"Kau buat apa? Aku suruh kau ikut je arahan aku. Kenapa degil sangat ni!?" Pipiku ditampar, kuat.
Aku terus memegang pipiku yang kini berasa pijar. Aku langsung tidak berani mengangkat wajahku saat gadis itu menghamburkan kemarahannya.
"Pandang sini bila aku bercakap!" Rahangku dicengkam kuat. Anak matanya tajam melihat anak mataku.
"Sa... Sakit," ujarku, buatkan Asher terus melonggarkan cengkamannya.
"Aku dah tak nak tengok kau buat perkara bodoh macam tu lagi. Kalau tak, siap kau!" Dia terus menolakku jatuh ke atas tilam.
Lantas gadis itu terus berlari keluar dari bilik. Aku pula menangis teresak-esak: mengenangkan bagaimana gadis bernama Asher itu buatkan aku berasa takut dengannya.
Malam itu aku berasa dingin sekali. Aku cuba mengintai di luar bilik melalui liang kecil di bawah pintu. Gelap. Seolah tiada pencahayaan langsung di luar sana.
Adakah Asher sengaja meninggalkanku seorang diri di situ? Sudahlah makanan juga tidak disediakan kepadanya.
---------
Sorry guys I will be on hiatus. I will be busy because of my studying. So I hope you all can still support and wait for this book to be updated. Thank you <3
YOU ARE READING
Obses (✔️)
Short StoryAsher Itulah nama gadis yang menculik dirinya. Shaf Mangsa penculikan gadis itu. Obses. Itulah yang berlaku pada Shaf. Dirinya telah diculik oleh seorang gadis yang tidak dia kenali. Dibawanya ke satu bilik yang asing dan bertutup rapat. Dia mencuba...