BAB 7

288 13 5
                                    

Siang telah pun melabuhkan tirainya. Aku bangun dengan mata terpisat-pisat melihat dalam kegelapan. Kelibat Asher cuba dicari dalam keadaan gelita. Namun, kelibatnya langdung tidak kutemui.

Aku mengerutkan kening. Selalunya gadis itu pasti sudah berbaring di sebelahku. Mataku melihat keadaan sekeliling dalam keadaan gelap itu. Serentak itu, anak mataku menangkap muka pintu yang seperti sedikit terbuka.

Selimut yang menutup kakiku ditolak ke tepi. Kakiku dilunjurkan ke bawah sebelum tergesa-gesa menghampiri pintu yang tidak bertutup rapat. Setelah memastikan bahawa semuanya selamat, aku segera menolak pintu, luas.

Keadaan gelap di luar buatkan aku hampir terlanggar bucu meja. Tanganku cuba meraba-raba dinding: mencari suis lampu. Terus aku hidupkan lampu saat tanganku berjaya mencari pemetik suis. Maka, terang-benderanglah tempat aku berdiri.

Namun, aku terkejut dengan apa yang aku lihat di hadapanku. Aku melihat sebuah potret yang dilukis menggunakan aku sebagai model. Potret itu jelas menunjukkan diri aku seolah-olah sedang tersenyum di hadapan kamera.

Serta-merta, mindaku menerawang kepada kejadian sebelum aku berada di sini. Kejadian yang mengingatkan aku perlahan-lahan tentang potret di hadapanku ini.

"Shaf! Cikgu Asher nak jumpa kau kat bilik seni," panggil seorang pelajar lelaki dari arah muka pintu hadapan kelas.

Aku yang ketika itu sedang mencoret sesuatu di atas kertas terus menghentikan tindakanku. Kerusi terus diseret ke belakang sebelum bangun menuju ke luar bilik darjah. Dalam fikiran aku asyik tertanya-tanya sebab cikgu itu mahu bersemuka denganku.

Sebaik sahaja sampai di hadapan bilik seni, pintu terus diketuk beberapa kali. Aku terus membuka pintu saat suara Cikgu Asher kedengaran dari dalam: menyuruhku masuk ke dalam bilik itu.

"Kenapa cikgu cari saya?" Tanya aku dengan wajah berkerut. Aku bukanlah seorang yang mempunyai bakat melukis jika itulah sebab guru perempuan itu memanggil.

"Jemputlah dulu duduk kat kerusi tu," arah Asher tanpa memandang wajahku. Hanya pergerakan tangannya sahaja kelihatan bergerak di atas canvas.

Aku terus bergerak ke sebuah kerusi yang terletak di hadapan canvas tanpa banyak tanya. Aku hanya menunggu arahan gadis itu. Namun, Asher langsung tidak bersuara sedari tadi.

"Cikgu, saya-," tanpa sempat aku menghabiskan ayatku, Cikgu Asher terus memotong percakapanku.

"I know you have class after this. Don't worry. Cikgu Isha tak masuk hari ni."

Aku terkedu. Bagaimana dia boleh mengetahui jadual waktu kelasku? Adakah dia mengambil tahu jadual kelasku untuk mengetahui kekosongan supaya dapat memanggilku ke sini hari ini?

"Jadi model aku sekejap, boleh?" Pinta Asher, lembut.

"Model?"

"Yup. Aku nak lukis potret seorang gadis yang cantik untuk dipertandingkan dalam pertandingan art tahun ni," balas Asher, mula memberitahu tujuannya mahu bertemu denganku.

"Boleh. But with one condition."

Asher kelihatan tersentak. Dia menghentikan gerakan tangannya lalu memandang wajahku dengan pandangan yang tertanya. Aku tergelak melihat reaksinya.

"Kalau cikgu menang competition tu, aku nak hadiah tu bahagi dua. So that aku dapat bahagian aku as a model," jelas aku.

Asher mula mengukirkan senyuman. "Okay. Deal!"

Ingatan aku pada waktu itu buatkan kepalaku tiba-tiba diserang sakit yang amat. Aku jatuh terduduk di atas lantai. Memori apakah itu?

Aku menggelengkan kepalaku beberapa kali sebelum berusaha bangun berdiri dari dudukku. Kakiku terus berlari menuju ke pintu bilik tanpa menghiraukan lagi potret wajahku yang berada di situ.

——————————

Aku membuka pintu bilik. Mataku bagaikan tidak percaya melihat isi dalam bangunan yang aku berada sekarang ini. Beberapa buah loker kelihatan di sebelah kiri dan kanan laluan koridor. Keadaan luar dari bilik ini jelas menunjukkan yang aku kini berada dalam kawasan persekolahan.

Aku berpusing ke belakang. Papan yang bertulis 'Art Room' jelas kelihatan di atas pintu bilik. Aku mengerutkan keningku. Jadi selama ini, aku berada di dalam kawasan persekolahan? Kenapa tiada seorang pun yang datang mencariku di bilik seni?

Malas mahu berfikir, aku terus berlari menuju ke koridor: mencari anak tangga untuk cepat-cepat keluar dari situ. Aku tidak mahu bertemu dengan Asher memandangkan dia adalah seorang yang bahaya dan boleh melakukan apa-apa je ke atas dirinya

Sampai sahaja di tangga yang terletak di hujung koridor, aku terus berlari menuju ke tingkat paling bawah. Aku hampir terjatuh namun cepat menyeimbangkan badanku. Mataku meliar melihat kawasan sekolah yang kelihatan sunyi. Perlahan-lahan rasa seram menjalar dalam diri.

Suasana seram itu buatkan aku mahu cepat-cepat beredar dari situ. Sedang berjalan melalui koridor tingkat bawah, aku terdengar bungi sepasang kasut sedang bergerak mahu menaiki anak tangga. Cepat-cepat aku menyorokkan diri di dalam sebuah bilik stor berdekatan.

Aku sempat mengintai di luar. Kelihatan Asher sedang berjalan menuju ke anak tangga: mungkin mahu kembali ke bilik yang dia kurung aku tadi. Selepas sahaja kelibat gadis itu menghilang, aku terus keluar dari tempat menyorok dan berlalu ke pintu masuk sekolah. Di situ, kelihatan sebuah pintu yang besar menyapa pandanganku.

Segera aku mencapai tombol pintu namun berkunci! Aku cuba beberapa kali. Tetap juga tidak berjaya. Keluhanku terlepas.

"Shafa!" Suara seseorang kedengaran memanggil dari arah anak tangga di hujung koridor. Aku tersentak sebelum berpaling ke belakang.

Nota kaki:
Sorry lambat update. Enjoy! ;)

Obses (✔️)Where stories live. Discover now