AK&HR-1

8 1 0
                                    

"Assalamualaikum mama."

"Walaikumsalam, ehh Khair anak mama dah sampai." Sahut puan Kamira apabila melihat anak lelakinya sudah sampai di rumah.

Adam Khair menyalami tangan sang ibu dengan lembut dan sopan. Puan Kamira tersenyum melihat kesopanan sang anak.

"Mana papa, mama? Tak nampak pun. Selalunya ada dengan mama sekali kat ruang tamu ni." Soal Adam Khair apabila kelibat sang papanya tidak kelihatan.

"Papa kamu keluar kejap, katanya ada kerja sikit kat luar nanti baliklah tu." Balas puan Kamira lembut. Mereka berdua jalan beriringan ke ruang tamu keluarga.

"Ni kamu balik sini tak ada kerja ke? Cafe kamu tu tak ramai ke pelanggan. Selalunya susah sangat nak balik sini sebab alasan ramai pelanggan." Tanya puan Kamira dengan sedikit nada sindiran. Mana tak nya kalau nak balik jenguk mama dan papanya pun kemain susah.

Dengan alasan, cafe ramailah, tak ada siapa nak jagalah. Bermacam alasan diberi.

Adam Khair tersenyum sumbing bila ditanya seperti itu.

"Tak adalah mama. Hari ni Khair tutup kafe tu, saja nak cuti-cuti hehe." Ujar Adam Khair sambil tersenyum.

"Eh budak ni, mentang lah dia tu bos suka hati dia je nak buka tutup kafe ye." Marah puan Kamira sambil mencubit manja peha anak lelakinya itu.

"Aduh sakitlah mama, mana ada Khair main buka tutup kafe. Cuma hari ni je Khair rasa malas nak buka kafe tu, saja nak melawat mama dengan papa, orang rindulah." Ucap Adam Khair manja. Puan Kamira menggeleng kecil. Manja betul anak laki dia sorang ni.

Mana tak manjanya kalau dah dia je anak lelaki dalam keluarga ni, sebab dia anak tunggal lah dia manja hihi.

"Owh ye, petang ni jom teman mama ke rumah kawan mama."

"Alah.. Khair malas lah mama, Khair nak tidur je ni. Mama pergi dengan papa lah ye orang nak tidur." Balas Adam Khair malas. Dia bukan apa. Dia lari kerumah mama papa pun sebab nak tidur je sebab rindu katil rumah ni.

"Aipp! Jangan bantah, kamu kena ikut juga mama dengan papa petang ni." Tegas puan Kamira berkata.

"Alah tapi mama.."

"Tak ade tapi-tapi, kamu degil mama tak nak kawan dengan kamu, mama tak nak masak makan malam kegemaran kamu malam ni." Ugut puan Kamira sambil tersenyum sinis apabila melihat wajah cemberut anak lelakinya.

"Ish mama ni.. yelah yelah Khair ikut." Tiada pilihan lain yang boleh di buat jadi terpaksalah ikuti juga kemahuan mama kesayangannya ini.

•♪•♪•♪•♪•

"Nur Hawa Rizqah!! Apa tidur kat  ruang tamu ni. Eh budak ni bangun, bangun nanti kawan umi datang nampak anak dara tidur macam ni buat malu je." Marah puan Hana garang.

"Emm.. 5 minit lagi umi. Hawa ngantuk lah." Rengek Hawa Rizqah apabila tidurnya diganggu oleh umi kesayangannya.

"Tak ada, tak ada! Kejap lagi kawan umi datang, cepat bangun tolong umi kat dapur." Puan Hana menggeleng kepala apabila melihat anak daranya sorang ni. Liat betul nak bangun nya.

Hawa Rizqah membuka matanya perlahan-lahan. Dia menggosok-gosok matanya sebelum menguap kecil. Dia memandang umi nya dengan wajah mencuka.

"Kita nak tidur lah umi.. kita ngantuk tau tak hmm." Rengek Hawa Rizqah lagi. Dah lah semalam di tidur lambat sebab nak habiskan cerita K-drama tau.

"Banyaklah mengantuk kamu. Dah cepat bangun tolong umi buat apa yang patut kat dapur. Nanti ada orang nak datang." Kata puan Hana sebelum berlalu pergi meninggalkan anak perempuannya di ruang tamu itu.

"Hm yelah." Hawa Rizqah bangun dari sofa yang dia tidur sebentar tadi dan berjalan menuju ke dapur. Dapat dia lihat babah dan kakaknya sedang menikmati minum petang itu.

"Haa bangun pun tuan Puteri sorang ni ye. Dahlah tidur berdengkur macam harimau." Tegur Hasna Rafia kakak kepada Hawa Rizqah. Hawa Rizqah menjeling tajam kakaknya itu sebelum dia mengambil cucur udang buatan umi nya.

"Sapa yang nak datang tu umi, makcik Suzy ke?" Tanya Hawa Rizqah ingin tau. Selalunya kawan umi yang datang kerumah mereka makcik Suzy je. Maklumlah makcik Suzy suka membawang dengan umi.

"Tak, ni kawan lama umi dengan babah. Dia dah lama nak jumpa umi dengan babah tapi tak ada masa. Baru hari ni dia dapat datang." Hawa Rizqah hanya mengangguk faham sambil mengunyah makanan didalam mulutnya. Dia ingin mengambil lagi cucur udang itu tapi di halang oleh umi nya.

"Aipp.. Tu untuk tetamu kita nanti, kalau nak pergi buat sendiri." Puan Hana terus mengambil pinggan yang berisi cucur udang itu ke ruang makan hadapan. Cemberut wajah Hawa Rizqah.

Tidak lama kemudian kedengaran bunyi hon kereta yang datang dari halaman rumahnya. Dengan cepat Hawa Rizqah naik ke atas dan memasuki biliknya untuk mengambil sehelai tudung sarung. Tak akan lah nak tayang pula aurat kita kan.

"Assalamualaikum Hana." Puan Kamira memberi salam sebelum bersalaman dengan sahabat baiknya ini.

"Walaikumsalam Mira, lamanya tak jumpa kau. Meh meh masuk buat macam rumah sendiri eh." Pelawa puan Hana kepada tetamunya itu.

Hawa Rizqah bergegas turun untuk menyalami tetamu yang sampai. Nanti tak salam macam kurang ajar pula. Hawa Rizqah menyalami tangan puan Kamira dan senyuman kepada suami dan anak puan Kamira itu.

"Ni anak kau yang mana? Kakak ke adik." Tanya puan Kamira ingin tau. Dia mengambil satu cucur udang dan menyuakan kedalam mulutnya.

"Ni anak aku yang bungsu, yang tu baru si kakak. Kenapa berkenan ke?" Puan Hana mengangkat keningnya beberapa ingin mengusik sahabatnya itu. Tertawa kecil kedua pasangan itu.

"Tak adalah Hana, cantik betul anak kau ni ye. Nanti kalau aku berkenan aku bagitau kau ye. Bukan apa ni ha si Khair ni dah lama membujang sian pula aku tengok dia sunyi je." Kata puan Kamira bersahaja. Tersedak Adam Khair mendengarnya. Wajah Hawa Rizqah pula sudah memerah.

"Mama! Apa cakap macam tu. Malu lah Khair." Rengek Adam Khair perlahan. Mereka semua tergelak kecil melihat wajah memerah Adam Khair hanya Hawa Rizqah sahaja menunduk malu.

"Samalah dengan anak aku ni, nanti kalau ada rezeki kita berbesan lah ye. Teringin juga aku nak berbesan dengan kau." Ujar puan Hana, puan Kamira mengangguk setuju.

"Erkk.. umi Hawa nak duduk luar kejap ye." Ujar Hawa Rizqah meminta izin ingin keluar. Dia terus bangun dan melangkah pergi dari ruang tamu itu.

"Khair pun sama. Orang izin keluar kejap ye." Adam Khair terus berlalu pergi dan mengejar langkah Hawa Rizqah.

Orang tua mereka hanya memandang dan tersenyum penuh misteri. Haih cepat betul nak berkenalan ya.

-----------------------------------------------------------

Another new story★
Enjoy ok and kalau baik vote cikit🫂

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 28, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

CINTAKU YANG TERAKHIR Where stories live. Discover now