Aiskrim mint choco setia di tangan Ayden. Sesekali sudu aiskrim disuakan kepada Raehana yang sedang membelek gelang barunya
"Cantikkan Ayden" Sudah kali ke-28 dia bertanya
"Ye baby, cantik. Can you stop asking me the same question?" Ayden sudah penat.
"Tanya je" Raehana memuncngkan mulut. Pandang sekeliling. Dia mengeluh sedikit
"Why?"Tanya Ayden
"Orang lain keluar dengan teman lelaki, kita keluar dengan adik kembar" Kata Raehana.
"Jangan mengada nak keluar dengan lelaki yang bukan mahram" Ayat yang sama tiap kali Raehana melontarkan penyataan itu. Ayden sangatlah menjaga Raehana. Lebih-lebih lagi tentang agama. Antara dia dengan Papa?Dia lagi tegas dengan Raehana. Ayden duduk di Jordan selama 4 tahun. Belajar tentang agama sudah tentulah dia tidak suka hubungan haram itu. Sebabtu jugalah dia tolak semua perempua untuk jadi teman wanitanya.
"Kalau macam tu bila I nak ada husband Ayden?" Tanya Raehana geram. Tahap overprotective nya Ayden ni sampai gadis itu dibenarkan untuk belajar dan tidak dibenarkan untuk bekerja. Ayden mengambil alih business papa selepas tamat degree nya. Manakala Raehana dipaksa untuk sambung Master. Walaupun begitu, Ayden selalu menanggung perbelanjaan Raehana.
"You nak tinggalkan I ke Raehana Ateesya?" Diam seribu bahasa Raehana tatkala namanya diseru sebegitu. Jika Ayden panggil seperti itu sudah tentulah dia sangat serius bercakap
" Mana ada" nafi Raehana
"Jom balik, Aiskrim dah habis. Dah nak masuk maghrib" Terus Ayden berlalu meninggalkan Raehana.
Mata yang berat kini terasa ringan. Raehana menggeliat sedikit lalu keluar dari bilik. Belum sempat dia menuruni Semi-D milik keluarganya itu. Puan Arisa menahannya
"Pakai tudung tu Rae,ada tetamu. Pergi mandi lah terus. Malu anak dara bangun lambat" Cuit Puan Arisa
"Tetamu papa?" Tanya Raehana
"Tetamu Ayden." Kata Puan Arisa lagi. Cakap pasal Ayden, selepas balik daripada shopping mall semalam, terus dia tak bercakap. Mesti dia merajuk lagi. Tanpa basa-basi, Raehana masuk semula dalam bilik untuk membersihkan diri.
Hampir 30 minit juga dia betapa di dalam bilik air, kemudian dia turun kebawah
Mata terus mencari kelibat Ayden. Sedang bergelak ketawa dengan 4 orang rakannya.
"Baby!" Terhinjut bahu Raehana apabila dipanggil oleh Ayden. Ingatkan dah tak mahu bercakap dengan kita! Humph merajukk
"Apa?" Tanya Raehana malas. Konon-konon nak merajuk dengan adik sendiri.
"Duduk sini,dengan I" Arah Ayden. Raehana patuh. Nak tengok juga lelaki-lelaki yang menjadi tetamu hari ini. Tadi dia ingin memandang tetamu lelaki itu. Tapi takut dijeling oleh adik kembarnya
"Ni akak kembar aku. Raehana Ateesya. Panggil Rae" Kata Ayden. Raehana menganalisa satu persatu. Semuanya tampan tetapi seseorang memikat hati dia untuk terus melihat
"His name is Afwan Iskandar" Seperti tahu sahaja si Ayden ini. Raehana terus memandang ke arah televisyen
"Jangan nak mengada pandang kawan I macam tu" Suara Ayden perlahan tetapi berbaur amaran. Hai lah kan dia dah cakap! Ayden tak akan bagi chance untuk bercinta
"You nak apa boy?I duduk sini buat apa?" Tanya Raehana. Dah tak dapat usha nak buat apa je kat sini
"Oh ni, I nak cakap yang you nak sangat kan kerja?" Tanya Ayden. Terus tersengih Raehana. Mama! Dengar tak?! Rafique Ayden bagi I kerja mama!
"You boleh bekerja tapi ada syarat!" Kata Ayden. Tak kisahlah syarat kena kahwin paksa pun tak pe, janji dapat kerja
"Bekerja bawah Iskan"Kata Ayden. Aku pandang lelaki yang Ayden pandang. Afwan Iskandar?