K.A.I -1

3 0 0
                                    

Matahari pagi yang menusuk ke dalam bilik tidur yang besar itu membuatkan Raehana Ateesya menggeliat.

"Rae! tak nak bangun ke?" Suara lelaki dari luar pintu bilik Raehana buatkan Raehana mengeluh kecil. Malas sungguh ingin bangun! Kaki dipaksa untuk ke pintu bilik

"You nak apa boy?" Tanya Raehana sambil melihat lelaki yang tegap itu menayangkan muka kacaknya itu. Huh! Sungguh dia tak suka melihat muka kacak lelaki itu. Raehana tahu lelaki di hadapannya ini inginkan sesuatu

"Baby...jom teman I cari kasut sukan" Mata lelaki itu dikelip beberapa kali.

"Gosh Rafique Ayden?! You ada lesen kan?Pergi sendiri tak boleh ke?" Tanya Raehana. Suaranya hanya biasa-biasa tetapi dalam hati sudah geram dengan sikap adik kembarnya itu. Ya! Rafique Ayden ialah adik kembar kepada Raehana Ateesya.

"No! I rindu you baby. Temanlah I." Pujuk Rafique lagi.

"You sebenarnya ada niat lain kan Ayden?Cakap dengan I betul-betul" Raehana tayang muka geram. Dia kenal lelaki di hadapannya ini. Mereka bersama dari dalam perut. Raehana tahu mesti ada sesuatu yang Ayden ingin buat. Ayden bukanlah budak-budak lagi. Dia kalau ingin buat sesuatu,dia boleh sahaja buat seorang diri. Entah kenapa hari ini dia mengacau Raehana

"Good! You tahu...hehehe tolong teman I pergi shopping sebab 'budak' tu kacau I lagi" Kata Ayden sambil membuat muka menyampah. Terletus suara lunak Raehana ketawakan adik kembarnya itu.

"Dia kacau you lagi?Dia follow you balik ke?" Tanya Raehana

"No lah! Dia kacau sampai bagi bunga dekat tempat I kerja. I ni lelaki mana suka bunga" Ayden memuncungkan mulutnya. Itulah akibat jika muka sentiasa segak. Tak dapat dinafikan, adik kembarnya itu sangat segak dan kacak. Mata coklat terang lelaki itu membuatkan ramai gadis terpikat. Disebabkan itulah, Ayden selalu bersama dengan Raehana. Biar orang ingat kakak kembarnya ini ialah teman wanita Ayden.

"Kalau I ikut you shopping,I dapat apa?"Tanya Raehana.

"I belanja pandora" Ayden tersengih. Ceh! Tahu aje apa yang Raehana suka.

"Okay! I teman you,tapi ingat eh belanja I" Raehana tersengih apabila dia dapat mengikis adik kembarnya itu.

"You boleh jalan perlahan sikit tak?" Tak puas hati sungguh dengan Ayden ini. Tahulah tinggi, tak perlu kot untuk jalan laju-laju. Walaupun mereka kembar, ada dua benda membezakan mereka. Satu jantina. Dua ketinggian.

"Cepatlah baby" Rengek Ayden kepada Raehana.

"Ayden?" Terasa kesat di kerongkong apabila dengar nama lelaki itu disebut. Ayden menoleh ke kiri. Tiya! Gadis yang sangat menyukai Ayden tika ini.

"Tiya" Sapa Ayden tanpa nada. Dah agak! Gadis ini memang suka shopping, sebabtulah Ayden membawa Raehana supaya dia tidak dikacau.

"Hai, tak sangka jumpa. Jodoh kan?" Kata Tiya sambil gelak manja. Sungguh Ayden rasa ingin menyepak gadis itu.

"Baby! Tadi I nampak ada aiskrim dekat situ. Jom beli baby" Tiya memandang ke belakang Ayden. Gadis itu panggil Ayden baby? Wah nak kena ni!

"Siapa ni Ayden?" Tanya Tiya. Raehana hanya membuat muka tak bersalah

"Someone special. Nak aiskrim?Jom baby kita beli" Makin membulat mata Tiya apabila Ayden juga memanggil gadis itu dengan gelaran Baby

"I dengan baby Ayden pergi dulu ye. muahh" Sengaja Raehana memanaskan Tiya. Sempat lengan Ayden dipeluk oleh Raehana. Ayden pula hanya buat muka kosong. Tetapi dalam hati sudah bersorak suka apabila Tiya marah. No more fans now!

Kesayangan Afwan Iskandar (OG)Where stories live. Discover now