Hari yang Hangat

9 2 1
                                    

  "AHHHHHH!!!!", rengek Raina kepada teman-temannya .

  "Kenapalah banyak-banyak hari...hari ni juga la kau nak panas wahai langit"

  "Alaa....baru panas dunia Raina, belum lagi panas akhirat"

  "Iyalah Syaira....aku tau la kau tu dah tau beza panas dunia dengan akhirat......so....bila kau nak log in balik akhirat"

  "HAHAHAHAHAHA!!!!!.....kan dah kena Syaira....jangan kau kacau si Raina tu kalau dia dah panas"

  Seperti itulah sembang kosong tiga orang sekawan ini pada tiap hari ingin ke kelas. Pada petang itu mereka harus pergi ke kelas pada waktu petang kerana pensyarah menunda kelas mereka ke waktu petang kerana ada hal yang harus beliau selesaikan pada waktu pagi. Ditambah pula pada waktu itu mereka tidak dapat naik kereta mereka kerana jalan yang sesak akan banyak kereta pada waktu petang, maklumlah kawasan bandar. Mereka tidak mahu terlambat ke kelas kerana kesesakan tersebut.

 
  "Syaira, Farah....jom ke cafe itu sekejap...dah kering dah tekak aku ni....sekali aku nak sejuk kan sikit tekak aku ni"

  "Jom....idea yang bagus juga Raina"

  "Jom!!!!"

  Mereka yang merasa lelah pun singgahlah ke cafe yang berada tidak jauh dari laluan mereka untuk ke universiti mereka.Cafe itu mempunyai dekorasi yang klasik dan membuat pengunjung merasa selesa unutuk melepaskan lelah. Mereka pun bergegas ke meja kaunter untuk memesan pesanan mereka. Tak disangka yang menjaga kaunter tersebut ialah salah satu dari rakan sekelas mereka, Zack.

  "Lah....Zack...kau kerja kat sini ke?"

  "Iya Raina, aku kerja part-time je dekat sini"

  "Oooo....lepas tu....nanti kelas kau pergi ke tak?"

  "Ehhhh?...ada kelas ke petang-petang ni, Farah?"

  Zack yang bengang dengan pernyataan mereka bertanya.

  "Ni mesti kau tak check dekat group whatsapp kelas ni"

  "Alamak....ok la...aku nak cakap dekat boss aku dulu yang aku nak kene pergi kelas"

  "Eh....sabar-sabar....kitorang tak order kitorang punya air"

  "Aduh......cepatlah.....aku nak kene bersiap lagi ni"

  Zack pun mengambil pesan mereka dengan terburu-buru dan terus menuju ke bilik pengurusnya untuk memberitahu bahwa dia harus pergi ke kelas pada hari ini. Mereka bertiga hanya mampu tertawa melihat gelagat Zack yang tergesa-gesa sambil menunggu pesanan mereka sampai.

  Sesudah mereka mendapatkan pesanan mereka, mereka terus menuju ke kelas mereka tanpa terlambat. Dan sesampainya mereka bertiga dikelas, Tanpa angin, tanpa ribut, sesuatu yang diluar dugaan terjadi......

APAKAH YANG TERJADIWhere stories live. Discover now