TIDIDID~TIDIDID~TIDIDID
"Aahhh~ Selamat Pagi Dunia!", jeritan yang diberikan Raina untuk memberikan semangat untuknya pada setiap pagi.
Setelah bangun dari tidur, seperti biasa Raina akan memasak air panas dahulu sebelum mandi. Raina selalunya akan bangun awal pagi seperti pukul 7 atau 8 pagi, selepas menadah air dia akan terus mandi untuk menyiapkan diri, kerana pada pagi itu dia mempunyai kelas yang harus dihadiri. Selepas mandi dia akan membuat air, seperti biasa dia selalu membuat nescafe panas kerana kegemarannya terhadap kopi memang tidak dapat dihindarkanm, selesai sahaja dia minum dia terus memulakan perjalanan menuju ke kampus.
Jam menunjukan pukul 9:30, seperti biasa mereka tiga sekawan akan bersarapan di cafe kampus, mereka akan bersarapan dan setelah itu mereka akan terus masuk ke kelas. Tetapi itu kalau hari seperti biasa~.
TIDIDI~TIDIDID~TIDIDID
"Aahhh~ macam mana aku lambat bangun ni!", jerit Raina kerana terlambat untuk bangun.
Raina terlambat bangun kerana secara jujurnya dia terlambat tidur kerana masih memikirkan hal yang terjadi semalam, dia pun bergegas mandi kerana masa untuk kelas bermula lagi 30 minit. Tanpa fikir lama Raina terus mandi dengan cepat dan terus memecut laju ke kampusnya. Didalam perjalanan dia melihat banyak panggilan masuk daripada kedua-dua rekannya itu. Setelah sampai di depan kampus, dia melihat kedua-dua rekannya itu baru berjalan ingin ke kelas kerana baru selesai makan di cafe.
"Raina!", seru mereka berdua.
"Kitorang ingat kan kau demam ke? apa ke? sampai tak datang kelas", ujar Farah.
"Iya, sebab kami berdua telefon Raina, tapi Raina tak angkat-angkat", sambung Syaira.
"Maaf risaukan kau berdua, aku terlambat bangun tadi", jawab Raina.
Mereka berdua saling memandang sesama sendiri setelah melihat salah satu rakan mereka yang tercungap-cungap itu seperti memahami sesuatu.
"Jangan risau, tidak ada terjadi apa-apa Raina", ujar Farah sambil mengusap kepala Raina.
Raina yang seperti terkejut perlahan-lahan nafasnya yang tercungap itu berkurang. Pada ketika itulah seperti terdetik didalam hatinya berkata 'bersyukur la aku dapat sahabat macam mereka berdua ni'. Raina dengan senyuman terus mendekap mereka berdua dengan erat dan berbisik 'terima kasih'.
Setelah itu mereka bertiga terus menuju ke kelas dengan penuh semangatnya.
YOU ARE READING
APAKAH YANG TERJADI
AdventurePada hari perkuliahan seperti biasa, raina seperti biasa pergi ke kelasnya pada waktu petang bersama temannya, iaitu Syaira dan Fara. Raina juga mempunyai seorang kekasih hati yang bernama Haikal. Haikal ini terkenal baik orangnya, selalu menolong o...