"Fiuh.....sampai juga kita dekat kampus", keluh Syaira.
"Nasib la kita sampai on-time", sahut Farah.
"Ehh..apa lagi korang sembang ni, kita tak masuk kelas lagi, jom la kita masuk cepat sebelum madam tak bagi kita masuk nanti", Sampuk si Raina.
Mereka bertiga yang baru sahaja sampai di depan pintu kampus mereka harus bergesa-gesa lagi kerana masa yang ditetapkan untuk masuk ke kelas mereka pada petang itu. Maklumlah, pensyarah yang akan mengajar mereka pada petang ini terkenal dengan keketatan masa yang diberikan untuk masuk ke kelas.
Sejurus sahaja mereka bertiga sampai di depan kelas, mereka bertiga menyadari bahawa pensyarah mereka masih belum mewujudkan diri lagi di dalam kelas.
"Weh!!! korang tengok siapa yang duduk kat situ", seru si Syaira.
"ZACK?!!" serentak Farah dan Raina menjerit kerana terkejut dengan kelibat Zack yang sudah sampai terlebih dahulu daripada mereka.
"Macam mana kau boleh sampai lagi awal dari kami bertiga?" tanya Raina secara kebingungan.
"Come-on la korang....ini Zack la, lambat mana pun aku bergerak, mesti sampai awal punya!"Seru si Zack dengan megahnya.
"Pelik-pelik la kau ni Zack?"
"Daripada kau pelikan aku Raina...baik kau pelikan boyfriend kau yang tiba-tiba datang lambat hari ini"
Raina dengan cepat menoleh ke belakang untuk melihat kekasih hatinya, Haikal.
Haikal merupakan seorang jejaka yang dikenal baik hati dengan sopan-santunnya, dia boleh dikategorikan sebagai softboy, ditambah lagi dengan mukanya yang tampan, dia juga merupakan seorang anak dari salah satu usahawan yang berjaya di-Malaysia. Sebelum mereka berdua telah menjadi official, lebih kurang satu kelas meminatinya, tetapi ada juga yang masih meminatinya hingga kini.
Tetapi sesuatu berbeza dihari itu......
"Haikal, kenapa U datang lambat hari ini?"
"Apahal kau U...U kan aku ni!, kau pergi lain la....serabut je aku dengar", jawab Haikal dengan muka bengis yang tak pernah dilihat sesiapa
Satu kelas tergumam mendengar perkataan yang kasar itu keluar dari mulut Haikal.
"U dah kenapa ni?..apa yang jadi dengan U Haikal?!!"
"EHH!!!AKU DAH CAKAP KAN JANGAN KA-"
"Sorry student, saya ada urgent tadi sebab tu saya terlambat. Ehh...kenapa semua diam ni, ada apa-apa terjadi ke?"
Semua pelajar terdiam apabila pensyarah yang ditunggu-tunggu akhirnya menampakkan diri, namun tidak ada seorang pun yang menjawab pertanyaan madam tersebut. Kelas berjalan seperti biasa tetapi dengan suasana yang agak sedikit kekok.
*hening~
"Okay class, that's all for today, thank you kepada yang dah hadir pada hari ini", tanda bahawa kelas yang ditunda itu telah pun tamat.
Seisi kelas masih terasa hening seketika, sehinggalah...
"U!!! kenapa U jadi macam ni?!!"
"Ok...aku ada soalan, kenapa kau panggil aku 'U'?
"sebab U tu boyfriend I"
"Boyfriend yee...ok, so start hari ni, aku bukan boyfriend kau dah, get out from my face", sentak Haikal dengan tegas.
Seluruh kelas terus dikejutkan dengan apa yang terjadi di depan mata mereka ini, disitulah keluar bisikan-bisikan yang seperti 'keluar dah perangai sebenar dia', 'macam tu rupanya pernagai dia,pakai buang', 'mentang-mentang muka hensem,laki semua sama,ingatkan dia baik,rupa-rupanya...hampeh'.
Apabila yang lain sebuk mengatakan si Haikal, hanya Raina seorang yang seperti diam terpaku pada ketika itu, pada ketika itu dia sudah mahu menangis, nasiblah ada dua orang sahabatnya yang menenangkannya.
"Kal...kau dah kenapa sebernanya?"
"Kau tak payah nak menyibuk la Zack..."
"APANYA YANG TAK PAYAH NAK MENYIBUK!!..AKU NI KENAL KAU DARI ZAMAN SEKOLAH LAH!!"
BUKK!!!
kuat bunyi meja yang ditumbuk Haikal
"APA BARANG TUMBUK MEJA!!!..NI HA DEKAT PIPI AKU NI KALO BERANI SANGAT!!!"
Semua orang menahan Haikal apabila dia mahu menerjah muka si Zack.
"Lepaskan aku!!!",
"Lepasni, aku anggap korang ni orang asing je...aku tak nak dah tengok muka korang depan aku"Haikal pun berlalu pergi dengan muka marahnya. Tetapi Raina menyadarinya bahawa ada sesuatu yang tidak kena, kerana sekilas dia melihat wajah sedih yang dikeluarkan oleh Haikal sejurus dia keluar dari kelas. Raina bergegas mengejarnya tetapi dalam sekelip mata Haikal hilang dari pandangan.
Semua tercengang dengan perkara yang terjadi pada kelas ganti itu.
![](https://img.wattpad.com/cover/351091855-288-k279736.jpg)
YOU ARE READING
APAKAH YANG TERJADI
AventurePada hari perkuliahan seperti biasa, raina seperti biasa pergi ke kelasnya pada waktu petang bersama temannya, iaitu Syaira dan Fara. Raina juga mempunyai seorang kekasih hati yang bernama Haikal. Haikal ini terkenal baik orangnya, selalu menolong o...