Last Midnight: 11

197 18 0
                                    

KATIL diperkemaskan cadar,lalu aku menepuk nepuk bantal..Memang waktu ni la,aku mengantuk..Aku bukan jenis yang suka berjaga malam-malam ni..Selimut baldu itu ditarik sehingga ke paras dadaku..Sejuk pula malam ini ditambah lagi dengan rintikan hujan di luar..

"Huarghhhh!" Aku menguap lalu mengangkat kedua tangan ke atas untuk meregangkan badan sebelum tidur

Kepala sudah dilentokkan pada bantal tetapi mengapa aku masih tak boleh tidur lagi ni? Rasa macam sesuatu tak kena lah..Puas aku cuba berkali kali menukar posisi tidur kepada yang lebih selesa..Tapi tiada satu pun berhasil membuat aku memejam mata..Sehinggalah aku perasan

Eh!

"Tingkap tak tutup rupanya..habis air hujan masuk" rungut ku sendiri

Aku bangun dari katil kemudiannya pergi ke arah tingkap terbuka tersebut..Belum sempat nak menutupnya tiba-tiba aku tertangkap sesuatu..

"Eh..dia....." aku cuba membuka mata seluasnya untuk pastikan pandangan aku tak silap

"Dia.....tengah pandang aku ke?" Ujarku bermonolog sendiri

Hairan.melihat kelibat seseorang dari bangunan sebelah..Ya,aku menyewa rumah di kondo..Jadi sesiapa yang berdiri di blok sebelah kami tentulah aku boleh nampak..Aku mengecilkan mata untuk melihat wajahnya tetapi lama kelamaan mataku semakin kabur dan agak pedih..Mungkin sebab tak berkelip dari tadi..Susuk tu..macam aku kenal

"Tak-takkanlah...."

"I-itu Isaac ke?" Entah mengapa,sebut sahaja nama tu buat bulu roma aku naik..Macam ada aura jahat dalam karakter tu..

"Ish fikir bukan-bukanlah kau ni Yara,takkanlah dia orang betul..itu halusinasi aku je kot"

"kalau benar dia halusinasi,kau takde benda perlu dirisaukan..tapi kalau dia manusia betul,aku takut dia muncul depan kau..Kau tahu kan manusia ni lebih bahaya daripada segala jenis makhluk dalam dunia ni?"

Tiba-tiba sahaja pesanan dari Aileen tu terlintas dalam fikiran..Hish,Aileen ni pun satu bagi lah nasihat yang boleh tenangkan aku sikit..Ini tak,dia lagi buat aku trauma adalah..

Langsir itu ditarik untuk tutupkan pemandangan luar tingkap itu..Tak kiralah,orang tu pandang aku atau orang lain..Yang penting,privasi bilik kena jaga..Zaman sekarang ni dah lah bahaya,tak ke naya aku kalau dia perhatikan aku masa mandi?

"Tskk! kenapa u tutup langsir tu baby? I tak boleh tidur selagi tak nampak u terlena" ujar lelaki itu seorang diri..Sudah lama dia perhatikan Yara apabila malam tiba..Namun,gadis itu langsung tak menangkap tanda-tanda bahawa dia benar benar sukakan Yara..

Tangan dikepalkan berupa penumbuk..hela nafas ditarik "takpe baby,not today but maybe next time perhaps?" Senyuman sinis dilakarkan..

"I saw you opened me again" mata tertumpu pada seorang..Dia..Yara Aylana











Kringgggg...

Bunyi loceng jam berbunyi di sisi meja..Tanganku tergapai gapai untuk menutup jam tersebut,malas nak bangun..Rambut yang kusut masai itu dibaiki sedikit supaya kelihatan lebih senonoh..

"Haih lah..sekejap je hari berlalu Isnin,baru je ingat nak cuti" keluhku sendiri

Tingg..

Notifikasi dari whatsapp pula berbunyi..Aduh pagi-pagi dah ada yang kacau daun..Tak lain tak bukan Alexandra lah orangnya..Pasti ada kerja yang suruh aku siapkan..Apalag nasib,siapa suruh nak sangat jadi akauntan kan? Mesej dibuka

Yara Aylana wake up! Today is a big day! Kita semua ada perjumpaan dengan seseorang penting harini..

-Xandra

LAST MIDNIGHT: ILLIASWhere stories live. Discover now