Last Midnight: 32

186 14 2
                                    

TERKEJUT? ha setakat itu saja? Sangkaan gadis itu tentang perbuatan suaminya lebih dari itu..Apa yang mahu dihairankan lagi? Sudah berkali diberi amaran oleh "Isaac" si kembar palsunya itu, Illias seorang lelaki yang berbahaya..

Bodoh? Sememangnya aku bodoh! Alangkah naifnya kau Yara, hanya dengan beberapa kata-kata manis dan perbuatan romantiknya kau sudah termakan? Akhirnya gaung yang ditakuti selama ini tanpa sedar diberi makan oleh sang mangsa iaitu kau..

"Cik Yara?" Panggilan itu menyentak lamunannya

Gadis itu kelihatan sangat bercelaru,cawan yang ditekan pada punat air itu mengalir deras sehingga tumpah ke lantai..Manakala Inspektor Raden melakarkan wajah hairan melihat kelakuan wanita ini..

Ditolak tangan Yara sedikit bagi mengejutkan gadis itu..

"Are you okay miss? Im sorry if this news make u feel disturbed or something" Direndahkan sedikit tengkuknya untuk melihat reaksi Yara..

Yara menelan air liur kesat,kedua anak mata yang dari tadi melekat pada lantai akhirnya naik ke atas..Bibir yang kering dibasahkan sedikit menggunakan lidah,entah mengapa jantungnya berdebar hebat..Lengan tidak berhenti menggigil

"Ss-saya faham tugas tuan, takpe..." lantas Yara menjawab

Apa yang menambah kehairanan Inspektor Raden ialah tidak ada secalit air mata pun yang gugur pada wajah wanita ini? Malah gadis ini berdiri tegak seperti sudah sedia mendengar khabar berita ini..

Apa perasaanya apabila lelaki selama ini digelar suami dan tidur sekatil dengannya akhirnya dilabelkan sebagai pembunuh bersiri yang ditakuti penduduk?

Apa perasaanya apabila dia meminta tolong pada orang yang salah? Ihsan yang mengakibatkan manusia lain meraung kesakitan menjerit meminta tolong?

"Bb-boleh saya?" Yara berkata pendek

"Boleh apa?"

"Ss-saya nak tengok ke-keadaan mayat tu?" Tanya Yara gugup

"A-apa?"

Aku salah dengar ke ni? Bisik Raden di dalam hati..

"Sekejap je tolong lah.." Yara menarik hujung baju lelaki bergelar inspektor itu

Malangnya pujukan itu ditolak lembut..

"Tak boleh puan, ikut prosedur hanya ahli keluarganya saja yang boleh melihat keadaan mangsa.." jelas Raden

Yara melepaskan keluhan beratnya, bawah bibir digigit berkali kerana terlalu asyik memikirkan sesuatu..Jari dimainkan sesama sendiri kerana fikirannya dalam dilema

"Saya minta diri dulu puan,kalau ada apa-apa masalah puan boleh hubungi saya.." Pamit Raden

"Sekejap!" Teriak Yara

Lelaki itu menoleh..

Kelopak mata berkelip berkali menandakan dia berasa gementar

"Kalau tuan benarkan saya tengok mayat tu, saya janji akan beri satu maklumat tentang suami saya.." Ujar Yara perlahan

Lelaki bertubuh lampai itu dan berwajah maskulin itu tersenyum senget..benarkah apa yang dia dengar?

Jujurnya,sepanjang menyiasat kes tentang pembunuh sianida ini amat sukar baginya kerana tiada sebarang info dapat diserap dari orang awam..

Maka ini lah peluangnya bukan? Wanita yang dikatakan teman sehidup kepada pembunuh itu sudi membuka mulut?
















KEPULAN asap rokok memenuhi ruang tamu kediaman itu, tidak lain tidak bukan pastilah ayahnya mengamalkan lagi tabiat lamanya itu..

Entah sampai bila lelaki tua itu mahu meneruskan gaya hidup sebegitu..Tidak makan pada waktu hanya kerana kenyang menelan asap yang tidak bagus itu..

"Tak habis lagi merokok? Maya ni buat penat masak tahu tak? Ayah bukannya nak jamah pun" rungut gadis berambut separuh pendek itu

"Ey kau dah kenapa nak bebel kat aku tiba-tiba? Sebelum ni elok je kau hidangkan lauk tu kat meja, takde pulak nak soal aku makan ke tidak" balas lelaki tua itu

"Hmm sebab tu lah akak lari, tengok perangai ayah macam ni? Buat anak jadi macam mesin duit, sikit pun tak kisah pasal anak kan?" Bidas Maya, mana tidaknya biul? Kakak sulungnya sendiri menghilangkan diri entah ke mana..tanpa khabar berita pun

"Engkau ni biul ke? Akak kau tu bukan saja-saja lari rumah, dia ada tanggungjawab kat suam- aip!" Ditepuk bibir hitamnya itu berkali-kali akibat terlepas kata

"Hah? Suami? Siapa suami dia?" Maya membulat mata akibat terkejut

"Haishh! Takde siapalah, yang penting dia bahagia..kau budak lagi, tak payah nak sibuk hal rumah tangga orang"

Maya mendengus tidak berpuas hati, mahu bicara tentang hal orang dewasa? Sedangkan selama ni manusia yang dipanggil budak ini lah mennggalas peranan seperti orang dewasa iaitu mencari rezeki..

"Ayah jangan nak berdalih! Maya dah penat kena tipu hidup-hidup dengan ayah ni..ayah buat Maya ni macam tunggul je kan? Semua perkembangan tentang keluarga ni sikit pun ayah tak bagitahu? Dan sekarang Kak Yara sendiri kahwin, Maya tak tahu pun?" Luahnya

Bukan mahu simpati malah ditunjalnya bahu gadis itu berkali-kali menyuruhnya agar naik ke bilik

PAKK!!

Maya menepis tangan itu..Jelingan tajam diberi,tangan digenggam berbentuk penumbuk..tiada segaris senyuman pun dilakarkan pada wajah

"Sekarang ni ayah bagitahu semua benda yang Maya tak tahu selama ni,kalau tidak...."

"Maya akan keluar dari rumah ni dan tak akan bagi duit sesen pun kat ayah.." Katanya keras,sengaja ditekan perkataan duit bagi menakutkan lagi lelaki tua itu..

Berkerut dahi lelaki itu dibuatnya, mana tidaknya..selama ni Yara lah yang tanggung segala kos dan bil rumah dan sekarang tinggal Maya saja harapannya untuk lari dari belenggu ah long..

"Okay! Okay! Ayah bagitahu" Ditarik tangan gadis itu bagi menghalangnya pergi

Maya meletakkan tangan di pinggang dengan pandangan sinis pada ayahnya itu..Bila sebut tentang duit baru nak takut ye?

"A-apa yang kau nak tau?"

"Siapa suami akak? Kenapa dia tak balik-balik sejak dia kahwin?" Soal Maya

Janggut nipis itu disapu sedikit..Cemas juga ya nak menjawab soalan semudah ini, mana tidaknya? Suami Yara itu bukan kaleng-kaleng..

"Tuan Illias Theodore, kau ingat?"

Maya menutup mulutnya yang terbungkang luas..

"Hah!? Boss psycho dia tu?"

"Boss? Macam mana lak kau kenal dia" kali ini giliran ayahnya pula menggaru kepala

"Tu tak penting,ayah tak yah sibuk hal orang" ceh dia ingat dia sorang je ke boleh berahsia? Apa dia ingat Maya ni lurus sangat ke?

Sejujurnya 3 hari selepas dia tidak dapat menghubungi kakaknya itu,Maya terus menjejak nombor kawannya Yara iaitu Aileen..Dari mana? Pastilah tidak lain tidak bukan dari akaun instagram kakaknya itu..Tengok saja bilangan following tup! Dapat info

Aneh. Sememangnya aneh apabila diceritakan oleh Aileen dimana kakaknya itu mengalami masalah halusinasi..Tidak dinafikan semenjak kemalangan yang menimpa arwah ibu dan Yara..gadis itu tidak dapat mengingati memori lampaunya dengan baik..bahkan sering sekali bayangan lelaki samar-samar yang diceritakan sebelum ini menganggu mimpi kakaknya itu..

Tetapi dia tidak sangka halusinasi Yara seteruk ini?

Siapa yang benar?

Mungkin ini masanya bagi Maya untuk membuka semula masa silam kakaknya itu..Yang entah apa berlaku, dikuburkan begitu saja

Bersambung...

LAST MIDNIGHT: ILLIASWhere stories live. Discover now