3

12 2 0
                                    

Ashraf menyandarkan tubuhnya ke kerusi. Kepalanya diurut-urut. Sungguh letih untuknya membuat semua projek yang mesti diselesaikan sebelum bulan depan keseorangan. Mahu meminta tolong adiknya, memang taklah sebab baru sahaja tingkatan 5.

"Ahh" Ashraf mengeluh sambil menongkatkan kepalanya dengan tangan diatas meja. Lengan baju kemejanya dilipat hingga ke siku.

"Abang!"

Damia menolak pintu pejabat milik Ashraf. Kemudian dia berjalan menuju ke kerusi dihadapan Ashraf. Ashraf yang memandang adiknya, Damia mula mengusutkan rambut. Sumpah serabut ada adik yang suka mengacau masa dia buat kerja. Mesti ada je gosip yang dia nak cakap.

"Apa lagi yang kau nak?"

Ashraf memandang adiknya dengan mata sayu. Letih mungkin. Bila-bila masa sahaja boleh terlelap.

"Ha aku ada cerita ni. Kau kenal tak-"

Belum sempat Damia meneruskan percakapannya. Ashraf terlebih dahulu meletakkan jari telunjuknya dibibir adiknya sambil menggeleng kepala.

"Kau tak takut dosa ke asyik nak mengumpat orang ni? Bila nak insaf? Dahla tak bertudung. Kalau bertudung tu, sejuk sikit mata aku ni pandang. Ni tak, rambut dahla warna perang. Macam besi berkarat. Ha tu, makeup dah la over. Jijik aku tengok. Sekali simbah air, terus jadi macam dugong. Kalau nak makeup pun, sikit-sikit sudah la. Ni tak-"

Damia melempar pen yang diambil olehnya diatas meja kearah Ashraf. Pen tersebut terkena tepat di dahi Ashraf. Ashraf mengaduh kesakitan.

"Kau ni! Tak habis-habis nak maki aku! Ish! Aku just nak cakap yang si Mawar Qaisara tu dah balik Malaysia. Dia dan family dia ada datang rumah kita tadi. Katanya datang nak merisik kau." selamba Damia bercakap sambil bermain dengan kukunya.

"Apa?!" Ashraf terbangun daripada kerusinya. Rasa mengantuk dan penatnya tadi hilang dengan serta merta apabila terdengar nama Mawar. Memang sudah lama dia tak nampak batang hidung Mawar selepas kejadian haritu. Inikan pula terdengar khabar daripada adiknya sendiri yang Mawar mahu datang merisiknya. Tak malu ke perempuan tu? Ashraf berang.

"Apa sebenarnya yang betina murahan tu nak? Tak malu ke datang merisik lelaki? Ah kalau betina tu ada depan aku, dah lama aku pijak. Lepastu apa mummy dengan papa cakap? " Ashraf menumbuk-numbuk mejanya dengan kuat. Damia yang berada dihadapannya sudah rungsing.

"Mummy dengan papa okaykan je. Cuma diorang nak kepastian daripada orang punya badan." Damia bersuara. Jarang baginya melihat  abangnya seberang ini.

"Dah kau balik! Balik sana! Makin serabut aku tengok!" Ashraf menolak badan Damia keluar daripada pejabatnya.

"Hmph!" Damia berjalan keluar daripada bangunan itu sambil menghentakkan kakinya.

Ashraf mengambil telefonnya lalu didail nombor seseorang. Sambil menunggu panggilannya dijawab, tangannya ligat menyusun semua kertas diatas meja supaya tampak kemas. Kemudiannya, dia merebahkan badannya di sofa disebelah mejanya.

"Helo."

"Assalamualaikum." Alif membetulkan ayat yang diucap oleh orang yang memulakan bicara.

"Waalaikummussalam. Kau nak apa?"

"Aku nak jumpa kau. Dekat cafe biasa. Pukul 2 petang. Ada benda aku nak cakap."

"Insyaallah aku boleh pergi."

"Okay."

Selepas berbalas salam, Ashraf terlebih dahulu meletak gagang. Dia meraup mukanya. Terkenang akan kata-kata adiknya sebentar tadi. Adakah apa yang dikatakan adiknya benar? Entah. Hanya yang Esa sahaja yang tahu akan jantungnya saat itu. Betapa bencinya dia akan Mawar. Entah mengapa perasaan bencinya datang terhadap perempuan yang dia mainkan hati dan perasaan dahulu malahan dijemput tanpa diundang seperti angin dan ribut. Ashraf beristighfar.

Yours, Medina.Where stories live. Discover now