MATA mencerlung tajam ke arah figura lelaki yang tak dikenali itu. Entah mengapa, perasaan marah membuak-buak apabila sedar dia masih bernafas di muka bumi ini. Namun, figura itu masih kekal tenang di kerusi sambil merenung ke arahnya.
"Kenapa... kenapa kau selamatkan aku?! Kau patut bunuh aku. Kau patut biar aku mati kena langgar!" jerit Dahlia.
Jarum IV yang dicucuk di tangan dicabut. Air mata Dahlia mencurah-curah dengan lebat seakan tiada pengakhirannya. Zill mula merapatkan tubuhnya ke katil.
"Habis tu, kau nak aku jadi pembunuh semata-mata untuk biarkan kau mati?" balas Zill senada.
Dahlia membalas renungan Zill.
"Aku patut mati. Kau patut biarkan aku kat atas jalan. Kenapa kau sibuk? Hah! Kalau kau tak bawa aku ke sini, aku pasti... aku dah mati. Kenapa... kenapa kau..." Dahlia mula mencampak selimut ke atas lantai dengan kasar.
Kedua tangan Dahlia naik memukul tilam berkali-kali.
Zill hela nafas berat. Jarinya terus menekan satu butang di atas kepala katil untuk memanggil bantuan daripada jururawat yang bertugas di luar.
Dahlia bangun dan mencengkam kolar Zill. "Kau tak faham... kau takkan faham..."
Zill merenung tepat ke arah sepasang mata Dahlia yang sudah kemerahan gara-gara menangis. Di sebalik mata Dahlia yang penuh dengan air mata... dia dapat merasakan ada sesuatu yang berlaku. Satu keperitan dan derita.
"Apa yang aku tak faham?" soal Zill.
"Aku... tak nak hidup dah. Aku patut mati. Aku kena jumpa..."
Pintu wad ditolak kasar sebelum seorang doktor bersama jururawat masuk ke dalam. Mereka mula menarik tubuh Dahlia ke atas katil.
"Cik perlu berehat. IV ni tak boleh dicabut selagi satu pek tu belum habis."
"Lepaskan aku!" Dahlia meronta-ronta sambil menyepak dan mencampak barangan yang berdekatan.
Jururawat itu sedaya upaya menenangkan Dahlia namun tidak berjaya
"Aku tak perlukan semua tu! Lepaskan aku. Biarkan aku mati!" Emosi Dahlia tak terkawal dan meracau.
Zill menolak tangan doktor dan jururawat yang cuba menolak tubuh Dahlia agar baring di atas katil. Kemudian, dengan perlahan dia menarik tubuh Dahlia ke dalam dakapannya. Hangat. Dahlia cuba menolak namun kudrat dan tenaga Zill lebih kuat berbanding dirinya.
Akhirnya, rontaan Dahlia semakin lemah dan longlai. Mulutnya masih terkumat-kamit mengatakan perkara yang sama secara berulang. Perlahan-lahan Zill membaringkan Dahlia apabila perempuan itu sudah berhenti dari mengamuk.
"Dengar cakap doktor."
Dahlia mengetap bibir yang menggeletar dengan juraian mata.
Jururawat tadi kembali memasukkan kanula di tangan Dahlia. Kemudian, doktor tadi kembali memeriksa keadaan Dahlia.
"Dia masih perlukan IV drip dan rehat. Kami akan periksa keadaannya pagi nanti untuk pastikan sama ada dia masih perlu ditahan atau boleh pulang."
Zill mengangguk perlahan.
"Cik Dahlia jangan cabut lagi, ya?"
Dahlia tak menjawab. Dia sekadar merenung siling yang kosong bersama linangan air mutiara jernih.
Kemudian, doktor dan jururawat itu beredar. Kini, hanya tinggal mereka berdua di dalam ruangan bilik itu sekali lagi.
Zill menarik selimut hingga ke paras dada Dahlia.
YOU ARE READING
Patah Yang Belum Sembuh
RomanceSAD ROMANCE BY AISYWA Hidup DAHLIA MALAIQA berubah sekelip mata setelah kematian papanya. Dibuang seperti sampah oleh ibu tiri tanpa sebarang simpati dan ihsan. Dia tiada hala tuju mahupun destinasi, fikirannya hanya penuh dengan negatif. "Kenapa...