ENTAH sejauh mana kakinya melangkah, Dahlia masih gagahkan diri. Dia tiada hala tuju dan destinasi. Dia tak tahu, ke mana harus dia pergi. Telefonnya pula sudah habis bateri. Buntu. Kusut. Apa yang dia fikirkan sekarang adalah mahu berada di dalam dakapan arwah Tuan Dhamir.
"Papa..." rengek Dahlia.
Tiba-tiba Dahlia merasakan ada satu titisan demi titisan menyapa wajahnya. Bukan air mata dia tetapi sesuatu yang jatuh dari awan. Perlahan, Dahlia mendongak. Titisan yang perlahan turun tadi mula bertukar lebat seolah-olah mahu membanjiri bumi.
Tubuh Dahlia sudah basah kuyup akibat dimandikan hujan lebat. Namun, dia langsung tak berganjak dari situ. Kaki seolah-olah terpasak di bumi. Kini, hidupnya benar-benar hancur dan musnah. Dia tidak punya siapa-siapa tika ini. Puan Mazila pula nun jauh di kota London sana.
Beg yang dibawanya tadi dilepaskan. Dahlia mula mencangkung dan melepaskan tangisan sepuas hati. Raungan yang terpendam jauh di lubuk hati sejak tadi mula kedengaran agak kuat di bawah hujan. "Ke... kenapa? Kenapa aku, Ya Allah? Aku tak kuat. Aku tak mampu nak hadap semua ni."
"Cabutlah nyawa aku. Aku tak mampu untuk teruskan hidup dengan ujian yang bertimpa-timpa ini. Ambil la aku. Jika ini ujiannya, aku lebih rela untuk mati!" jerit Dahlia. Tangan naik mencengkam dadanya dengan kuat sebelum ditepuk dengan kepiluan.
"Aaarrrghhhh!" Jeritan itu tak cukup untuk meluahkan rasa sakit yang terperit di hati.
Mati.
Dengan sisa tenaga yang ada, Dahlia mula bangun. Dia sudah hilang pertimbangan. Jika Tuhan tak mahu cabut nyawanya, biarlah dia sendiri yang cabut nyawa dari jasad ini. Biarlah dia pergi kerana dia mahu lari dari ujian yang maha dahsyat ini. Dia tak betah lagi menanggung rindu dan kesakitan. Cukup, dia terlalu lelah.
Beg tadi diheret dengan muka yang sudah beriak kosong. Fikirannya hanya ada satu perkataan yang berlegar-legar sejak tadi. Mati.
Langkah berhenti di bahu jalan. Tidak kelihatan sebarang kereta yang lalu di jalan situ. Kawasan yang dia berada sekarang ni pun langsung tidak nampak kelibat orang lain, mungkin sebab sudah agak lewat malam dan hujan membasahi bumi membuatkan ramai orang sudah menarik selimut untuk mengekalkan haba dari kedinginan malam manakala dia sedang kesejukan sehingga tubuh menggigil kuat. Lampu isyarat berwarna merah bertukar hijau.
Kepala menoleh ke arah kanan apabila dia terdengar deruman sebuah enjin kereta.
"Jalan ini yang aku pilih. Lia minta maaf papa, tapi Lia tak tahan lagi. Lia dah tak nak hidup lagi. Lia nak ikut papa. Maafkan Lia sebab tak tepati janji untuk terus kuat. Lia ni... lemah kan?"
Beg dicampak ke tepi. Dia mula melangkah dan berhenti di tengah-tengah jalan untuk menamatkan riwayatnya sendiri.
"Pa... Lia datang ni," gumam Dahlia perlahan. Air mata dan titisan hujan bersatu mengalir di pipi.
Bunyi hon dari kereta tersebut langsung tidak dipedulikan. Mata sudah terpejam rapat menanti nafasnya yang terakhir direntap. Langsung dia tak rasa gentar atas keputusan ini.
Pinnnnnnn! Pinnnnnnnn!
Keluarkan la nyawa dan jasad ini dari kesengsaraan.
Selamat tinggal dunia.
GARA-GARA kerja yang bertimbun selepas dia pulang dari Singapore, Zill pulang lewat hampir seminggu berturut-turut. Perutnya pula masih belum dijamah sebarang makanan sejak tengah hari tadi.
Hujan lebat malam ini membuatkan dia berasa mahu makan makanan panas seperti sup. Dengan berbekalkan cahaya dari lampu jalan, dia menekan pedal minyak sedikit kuat kerana jalan yang dilaluinya sudah lenggang. Dan-dan pula lampu isyarat sudah bertukar hijau, lagi kuat pedal dipijak.
YOU ARE READING
Patah Yang Belum Sembuh
RomanceSAD ROMANCE BY AISYWA Hidup DAHLIA MALAIQA berubah sekelip mata setelah kematian papanya. Dibuang seperti sampah oleh ibu tiri tanpa sebarang simpati dan ihsan. Dia tiada hala tuju mahupun destinasi, fikirannya hanya penuh dengan negatif. "Kenapa...