Bab 23

9 2 0
                                    


​Hulk hanya berganjak sedikit saja walaupun Kayra tidak pernah berhenti melibas lelaki itu dengan ekornya. Ya, hanya itu yang dia boleh buat di dunia Zara. Tak lebih, tak kurang. Kalau dia cuba buat sesuatu yang lebih dari tu, maut menanti. Bukan maut dia tapi Zara dan Rayyan. Mereka berdua boleh terbunuh kalau Hulk ni terlepas dan report pada boss mereka tentang dua orang tu. Jadi, nak tak nak, walaupun takut sedikit tapi demi Zara, dia sanggup buat apa saja.

​Hulk kini lindungi wajahnya dengan sebelah tangan sebelum yang sebelah lagi cuba mencari peluang untuk hapuskan Kayra, yang baginya membela saka binatang apa entah. Ekor sembilan, tak pernah ditengoknya. Dua ekor Kayra berjaya dipegangnya. Merah padam muka Kayra. Tapi matanya juga terbeliak. Bukan kerana malu tapi...

​"Matilah kau." Hulk tersenyum jahat lalu menarik ekor-ekor Kayra yang dipegangnya dan menghempaskan badan kecil Kaira ke dinding. Tapi agaknya Hulk terlupa yang Kaira boleh tembus. Jadi, Kayra tak cedera pun, sekadar tercampak entah ke mana selepas dia tembusi dinding tu. "Heh, cari pasal dengan aku. Kau tak kenal lagilah aku sape!" Tawa Hulk bergema di ruangan koridor yang sunyi tu.

Dia bangga bila dapat tewaskan lawannya yang pelik. Dia tak peduli samada lawannya itu seorang perempuan atau orang tua atau budak. Yang dia tahu, dia istimewa sejak kecil. Dia tak kisah dia pelik dan badannya warna hijau. Yang penting, dia kuat dan ditakuti.

"Kau pun tak kenal lagi aku sape." Kayra muncul dari dinding dan bergerak dengan sangat pantas. Dia panjat belakang lelaki tu, gunakan sihir hipnosisnya sebelum sempat lelaki tu sentuh dia dan mula bisikkan sesuatu pada lelaki tu. Hulk tunduk dan warna matanya berubah. Kayra masih di belakang lelaki tu. Lelaki tu diam tak terkutik. Kayra intai riak wajah Hulk. Tiada apa-apa reaksi – kosong. Dia tersenyum menang dan turun dari belakangnya. Dia berdiri di depan Hulk.

"How about if we start with a knife?" Hulk tarik pisau keluar dari seluarnya. "Bunuh diri kau. Tak kiralah kau nak buat macam mana – kerat nadi, kerat leher, tikam jantung, I don't care. Buat jelah apa-apa pun asalkan kau mati." Lelaki tu mula buat seperti yang Kaira arahkan. Tapi ada sesuatu yang menarik melintasi fikirannya. "Whoa, stop dulu!"

Lelaki tu berhenti daripada kerat nadinya betul-betul sebelum Kayra arahkannya untuk berhenti. Jaraknya tak banyak, tiga lipatan kertas je. Kalau lambat sedikit, dia mungkin akan mati. "Wow, that was so close. Fuhh~" Kayra pura-pura lap peluh. "So, now where are we going?"

-------

​"Kau girlfriend dia," sambil Rayyan sibuk menggeledah mayat lelaki mereka berdua baru tumpaskan. Susah memang susah sebab konon tak nak buat bising, Zara terpaksa jadi umpan dan Rayyan serang hendap lelaki tu. Kini, tinggal satu lagi sebelum mereka dapat turun ke bawah. Itupun belum tentu selamat.

​"Eh tak, aku pakwe dia, kenapa? Ada masalah ke?"

​"Aku cakap elok-elok ni."

​"Aku pun cakap elok-elok."

​"Dengar, apa yang berlaku antara aku dengan Kael takde kena mengena dengan kau. Aku tak nak persahabatan kita punah sebab pakwe kau."

​"Setahu aku, kau yang khianat dia dulu, kan?"

​"Apa yang kau dengar dari mulut dia, tak semuanya betul."

​"Sekarang ni kau nak ajar aku untuk tak percayakan dia, gitu?" Sudahlah menipu dalam ujian pemilihan member Kingsman, sekarang Rayyan mahu mengajar dia untuk belot pada seseorang yang selama ini banyak berkorban untuknya pula? Wah, lelaki ini memang sudah lebih. Diberi perak, mahunya emas pula.

​"Tak, bukan macam—"

​"Kalau kau nak tahu, Kael tak pernah langsung burukkan member kat tempat kerja dia. Dia cuma cakap yang baik-baik even ada antara korang yang tikam belakang dia. Aku dengar semua ni pun dari kawan-kawan korang. Kael? He told me nothing about you. Tapi macam mana aku tahu pasal kau? Thanks to Momo, I think." Opss, Zara tersasul tentang CI dia.

LUNAWhere stories live. Discover now