Malam yang tenang memberi kenyamanan kepada Ayreesh. Sambil melihat ke arah cahaya bulan yang terpantul di tasik biru itu membuat dirinya berasa tenang seketika.
Mengingat kembali bagaimana nasibnya akan menghadapi kehidupan yang serba baharu di tempat yang akan dia duduki tak lama lagi.
Seketika Ayreesh menghirup udara segar, kakinya yang tak beralaskan apa-apa itu digoyang-goyangkan sehingga terkena air tasik.
Sejuk. itu sahaja perasaan yang Ayreesh boleh rasakan untuk sekarang.
Fikirannya serabut, lihai dengan keadaan. Gadis itu cepat-cepat bangun dan memakai kasut.
Jam di telefon bimbitnya sudah menunjukkan pukul 10 malam, agak lewat bagi perempuan sepertinya untuk pulang lewat.
Kawasaki Ninja h2r tersebut diangkat sebelum menyalakan pedal dan mula keluar dari kawasan tasik tersebut.
Kelihatan seperti gadis biasa, namun tidak. Aura dan sikap seorang Ayreesh Mikayla tidak ada siapa yang akan dapat teka.
Laju saja motor tersebut berlalu diatas jalan tar.
Ayreesh memberhentikan motornya dibawah pokok teduh. Sambil membetulkan tudungnya yang agak serabai lalu mulai berjalan memasuki sebuah cafe yang terletak dekat di depan mata sahaja.
Pintu tersebut dibuka secara perlahan dan membunyikan loceng khas tandanya ada pelanggan yang masuk.
"Abang Esh!"
Laju saja Ayreesh memeluk abang sulungnya itu.
"Eh? sejak bila datang ni?" Esh mengangkat keningnya, hairan sejak bila pula adik bongsu nya ini suka keluar malam?
"baru je tadi haa" kata Ayreesh sambil mencari kelibat seseorang.
Esh yang melihat kelakuan adiknya itu langsung membuka mulut lagi.
"Khyr takde, baru je keluar"
"Pergi mana?" Ayreesh bertanya. Dia agak pelik juga, mana pulak abang ngah nya nak pergi malam" begini kan?
Esh hanya menggeleng kepala.
Ayreesh berkerut dahi, pelik.
_&&&&&_
Ayreesh segera menaiki superbike miliknya itu sebelum memecut dengan laju. Kesan tayar melekat di jalan tar.
Otaknya hampir pecah saat berfikir dimana pula abang ngah nya menghilang, sudah 2 jam abang nya itu tidak balik ke rumah.
Tanpa banyak membuang masa, pedal ditekan laju. Beberapa motor mengekorinya dari belakang serta sebuah kereta, alamak apa pula ni..
Ayreesh terus membawa dirinya entah kemana, dia juga tak tahu apa motif orang-orang tu mengekori dia.
EILS. kod rahsia tersebut dipandang pelik, sementara menekan tombol merah pada skrin canggih itu.
__________
❤️🔥❤️🔥 berbeza sikit charac kalini okey? hope ualls enjoy it
YOU ARE READING
Mes Tulipes | OG
Romance"illness, it's you" - Tengku Ayreesh Mikayla "kalau aku penyebab kau sakit... kau benci aku?" - Asther Eil Enthereald Seketika wajah yang memerah itu dipandang, jantungnya berdegup dengan laju. Wajah yang bersinar dibawah cahaya bulan, menurutnya...