BAB 3

10 1 0
                                    

Nota ditulis dengan kemas, sesekali menoleh ke arah kirinya. Melihat Ella yang sedang bermain dan berangan, buku dan pen tidak disentuh sama sekali. Ayreesh menggeleng kepalanya,

Ayreesh berbisik di dalam hati 'haih.. apalah'
pen yang jatuh di atas lantai diambil semula..

Wajah Ayreesh berkerut saat semua pelajar melihat ke arahnya.

"Kenapa?" katanya.

"Tengku Ayreesh Mikayla?" tegur seorang lelaki yang berada di tepi pintu kelas.

Ayreesh mendongak melihat ke arah seseorang yang memanggilnya. Aih.. apa pula ni

"Ya?" dibalas singkat.

Terbangun dari duduk, berjalan menghampiri si penyeru namanya dengan segera. Tangan diselip ke poket seluar saat berjalan menghampirinya.

"er, c-cikgu panggil.. bilik guru." katanya, tergagap-gagap saat memandang wajah Ayreesh.

Ayreesh langsung terangguk-angguk sambil kakinya berjalan masuk ke dalam bilik guru dengan segera. Apalah yang dia tu gagap sangat? kenapa? aku cantik sangat ke? hek eleh..

Letih juga kakinya berjalan, sampai je dekat meja guru tersebut.. langsung kena sergah! ye tak ye je!

Ayreesh terkejut juga, tapi demi imejnya. Dirinya hanya menunduk tanda hormat.

"Ya cikgu?" katanya spotan, tak berani melihat ke arah anak mata cikgu yang seram itu!
Kertas dimeja ditarik lalu dipegang menghadap ke arah Ayreesh.

"Saya nak tanya.."

"Tanya apa tu cikgu?" Kata Ayressh selamba.
Guru yang sudah bengang, tiba-tiba bangun dari duduknya dan pergi begitu saja. Meninggalkan Ayreesh yg sedang membeku, masih memproses apa yang berlaku.

"Apa siot.." Kepalanya digaru sebentar

Anak matanya melihat-lihat ke arah lain. Mana tahu ada yang nampak ke? Malu lah.

"Ah lantak lah!" Ayreesh serta merta meninggalkan bilik guru.

Saat Ayreesh masih lagi di dalam dunianya, yang pastinya bukan mengutuk cikgu. Tanpa dia sedari, Ayreesh hampir terlanggar dengan seseorang.

"aish..."

Kedengaran ada yang mendesis, langsung mata Ayreesh melihat ke arah sosok di tepinya. Kerana ketinggian yang tak sama, jadi Ayreesh mendongak sedikit untuk melihat wajah tersebut.

Wajah yang cemberut itu dipandang. Eh?! lelaki rupanya. Sangat jelas di wajah lelaki itu bahwa dia sebenarnya mungkin sedang mengutuk Ayreesh di dalam hati.

Dengan pantas Ayreesh menunduk sedikit dan meminta maaf, namun apakah daya.. lelaki tersebut hanya pergi begitu saja.
Baik tak payah minta maaf! Aku pulak yang salah?

Sekali lagi, Ayreesh hampir mengeluarkan kata-kata emasnya. Nasiblah tidak disebut semua nama haiwan yang ada di zoo.

__________________

"He tell's me im pretty, with rejection for years and years. But now he in love with me"


Kerusi ditarik lalu langsung duduk di atasnya. Ayreesh masih lagi mengingat scenario yang terjadi beberapa minit tadi. Aduh! bodoh betul rasanya. Malu la pulak.

Tangan yang menutupi wajahnya, aduh! malu malu malu. Elfiona melirik ke arah Ayreesh sambil ketawa halus. Pasti si Ayreesh ni 'ter'jumpa dengan pujaan hati.

Elfiona Merissa, atau dikenal sebagai Elfi, Salah satu teman terbaik untuk Ayreesh. Sama seperti Izzatul Arryianna. Salah satu pelajar terbaik. Dipanggil dengan nama panggilannya iaitu Izzatul.

mereka bertiga sering bersama-sama setiap waktu. Bahkan ada yang menganggap mereka sebagai 'The Trio'.

"Eh.. Esh!!" panggil Elfi sambil menepuk bahu Ayreesh.

"Ya?"

"Blushing lagi la tu.. Eleh.." Elfi menjeling manja sambil wink beberapa kali ke arah Ayreesh.

Aish dia ni, Bukanlah! monster adala yang aku jumpa tadi. Kata Ayreesh dalam hati.

"Mana ada! raksasa gergasi adalah yang aku jumpa" wajah masam itu ditunjukkan kepafa Elfi sebelum menyelamkan kembali wajahnya ke dalam kertas buku teks, emm! wanginya bau buku baru.

"Raksasa gergasi? siapa pula kalini.." Elfi menepuk dahi perlahan. Haih macam-macam betul nama panggilan pelik yang kawannya itu suka sebut!

"Adalah tadi tu.. ish taknak lah ingat. semak" Muka masam milik Ayreesh membuat Elfi terkekeh perlahan. Aduh

"Takpe, lain kali cerita okay?" Ayreesh mengangguk, tangan lentik miliknya memainkan pen.

"Ha!"

"Astaghfirullahalazim.." Dadanya dielus perlahan, aku rasa.. ni dah kali keberapa dikejutkan. Aish cari mati betul, kenapa dengan orang-orang harini ek?

Laju sahaja tangan Ayreesh menampar bahu si Izzatul. Izzatul mendesis, sakit nak mampus!

"Ei sakitlah!" rungut Izzatul lalu ditarik kerusi di depan meja Elfi.

"Padanlah muka kau! nasib member tak ada sakit jantung. Suka betul sorang ni teasing orang.. haihh" Elfi bersuara, dijelingnya si Izzatul. Marah sangat nampaknya.

Eksperi cemberut di wajah Izzatul, dah la! nak melawak pun kena bebel. Hiks!

"Eh btw kan"

"Apa?!" Elfi dan Ayreesh bersuara serentak, uish kalau datang Tea laju je dorang jawab eh.

Dan sesi menumpahkan teh pun berlaku. Spill punya spill, jam sudah menunjukkan 1:40 pm.
Waktunya balik!

Huru-hara keadaan di dalam kelas 3/4 EMP. Semua pelajar sibuk mengemas barang dan bergegas untuk pulang. Ayreesh mengeluh.

"Kenapa la tak lama sikit? kan best"

Izzatul dan Elfi memandang Ayreesh, pelik. Dah kenapa minah ni? selalunya dia yang nak balik awal.

"Kau kena rasuk setan mana pula
kalini hah Reesh?" lantas bahu Ayreesh digoyang-goyangkan, rasa pening.

"Hesh.. Mana ada lah!" Beg digalas. Hanya beberapa langkah, kini mereka sudah keluar dari kelas. Berjalan di sepanjang koridor. Seperti biasa, semua mata memandang ke arah mereka. Kadangkala, perhatian yang tak mereka minta diberikan. Namun, Ayreesh merasa ada yang pelik disini tapi langsung dia membuang fikiran negatif itu.

Kepala digeleng perlahan, membuatkan Elfi tertanya.
"Kenapa reesh?"

"Takde pape la, pening sikit"

Mendengar pengakuan Ayreesh, Elfi hanya mendiamkan diri setelahnya, tak mahu untuk bersoal banyak.




Tbc.

______

Mes Tulipes | OGWhere stories live. Discover now