Bab 9

39 5 1
                                    

Terlihat pekerja semua keluar untuk makan tengah hari. Setiap mereka mempunyai pasangan untuk keluar bersama. Namun tidak dengan Alana Adriana dia hanya mampu melihat sahaja. Tatkala dia membawa mereka untuk makan bersama ada sahaja alasan mereka.

Alana memerhati sekeliling terlihat ada beberapa orang yang sedang duduk dihadapan meja meraka.

Sebelum matanya tertancap pada seorang wanita. Yang sedang duduk sambil membelakangi nya. Wanita itu sibuk bersolek.

Alana melangkah kearah wanita itu. Tangannya naik menyelak rambutnya kebelakangan.

"Jane jom keluar lunch dengan saya nak tak?" Ajak Alana Adriana.

Wanita yang bernama Jane Lee itu langsung mendongak memandang Alana Adriana yang sedang tersenyum padanya. Sebelum dia kembali menunduk dan bersolek.

"Tak nak lah saya dah janji nak lunch dengan Salmiah lain kali lah yer." Ujar Jane tanpa memandang kearah Alana.

Alana angguk kepala.

"Alright Jane hati-hati tau." Balas Alana sebelum dia mengorak langkah dari situ.

Jane menjengul kepalanya sebelum buat muka. "Eyy siapa nak lunch dengan kau. Silap-silap sial kau berjangkit dengan aku!"

Alana masuk ke dalam pantri itu.

Sunyi.

Alana menghela nafas.

Dia mengambil cawan lalu diisikan dengan air panas kemudian dia koyak sedikit pek coffee mocha itu setelah itu dia mengaul sedikit.

Punggung dilabuhkan di kerusi. Pandangan dilemparkan kearah tingkap. Tapi tangannya masih setia mengaul minuman panas itu.

Meera merenggangkan kedua tangannya. Sehingga menghasilkan bunyi kecil. Seketika dia mengadu sakit.

Dia pandang jam ditangan.

"Waktu lunch dah ni." Gumamnya.

Dia berdiri sebelum mengemas sedikit kertas yang berada diatas meja kerjanya itu. Selesai sahaja dia langsung keluar dari pejabat yang tersedia untuknya.

Matanya memerhati sekeliling tiada seorang pun yang berada di dalam pejabat itu.

"Lunch cepat. Kerja lembab."

Namun langkahnya terhenti dihadapan pantri itu.

Dia pergi mendekati Alana yang sedang duduk termenung didalam pantri itu.

Wanita itu hanya mendiamkan diri.

Meera mengeluh seketika.

"Kau okay tak?"

Alana tersentak mendengar itu. Kepalanya mencari suara itu. Sebelum dia tersenyum manis.

"Meera. Nak minum apa-apa tak? Saya buatkan." Soalan dibalas soalan.

"Aku tanya kau okay ke tak? Kau macam serabut. Cuba beritahu aku."

Meera mengecilkan matanya memandang Alana. Yang hanya tersenyum padanya.

Ni kalau dia tumbuk ada lagi tak senyuman tu.

"Alhamdulillah okay lah. Kenapa muka saya macam mati suami ke?" Balas Alana tangan naik menghirup air panasnya.

"Bukan mati suami jer. Mati anak pun ada. Apa orang kata hidup tak segan mati tak nak. Macam tu ke?" Meera angkat bahu. Kesah pula dia.

Alana tertawa. "Macam salah jer tu Meera?"

"Lantaklah kesah pula aku."

Mereka berdua diam seketika.

"Cawangan atasan akan datang nanti.  Nak cari PA untuk CEO of E.T. kau doa-doakan lah semoga terpilih. Jadi kau dah tak pandang muka-muka yang perasan bagus dalam bangunan ni."

Edward's Angel Where stories live. Discover now