3 tahun kemudian..........
Iman menolak troli bagasi keluar daripada balai ketibaan antarabangsa klia dan dia keluarkan telefon bimbit dia dari poket. Aplikasi whatsap dia buka.
Sarah: Uncle, Sarah dah otw jemput uncle ni. Nanti jumpa dekat kepci tahu, Sarah teringin nak makan kepci. Uncle belanja okay! sayangggggggg uncle.
Iman: Kalau belanja sayang lah, kalau aku tak belanja apa?
Sarah: Kalau tak belanja Sarah benci uncle.
Iman: Dah lah kau. Cepat lah datang, aku penat ni.
Sarah: Okiesss.
"Encik Iman nak balik terus ke?" soal pembantu Iman iaitu Amar yang ikut sekali dengan dia pergi outstation di Jepun.
"Tak lah, nak tunggu orang jemput. Ingat nak tunggu dekat kfc depan tu." balas Iman.
"Kalau macam tu saya balik dulu lah ya."
"Okay."
Sekarang ni Iman sedang menunggu anak saudara dia di kfc klia seperti yang di janjikan. Dia sedang menunggu sambil scroll ig, tiktok dan twitter. Ya lah, bila dah bekerja ni waktu-waktu lapang macam ni je yang ada kesempatan untuk buka media sosial kalau tak busy hadap kerja je lah. Tengah ralit mata Iman di skrin telefon dia tiba-tiba....
"Uncle, sorry lambat tadi jam gila masa otw ke sini. Uncle dah lama tunggu?" soal Sarah tercungap-cungap macam baru lepas berlari.
Iman angkat jam tangan dia nak tunjuk berapa minit dia tunggu dekat Sarah. Elehhhh, Iman kau acah je tu, boleh je tengok masa kat telefon bimbit tu saja nak buat macam boss tunggu pekerja dia. Menyampah!
"Aku tunggu 30 minit dekat sini tahu!"
"Alaa, uncle biasa lah tu janji melayu. Kata otw padahal dekat rumah lagi. Sorry lambat. hehe."balas Sarah bersama dengan gelak kecil.
"So tadi kau dekat rumah lagi lah masa kau kata otw tu?" soal Iman dengan nada serious.
"Opss, terkantoi pulak. Tapi Sarah dah berlari untuk datang dekat uncle ni tahu."
"Siapa suruh kau berlari?"
"Kene lah uncle sebab Sarah dah lama gila tak jumpa uncle. Rinduuuuu sangat. Uncle tak rindu dekat Sarah ke?" soal Sarah kepada Iman sambil mata dia buka tutup tunggu balasan daripada Iman.
"Tak, aku rindu dekat cucu aku. Mana cucu aku?"
"Alaaaa, ada nanti sampai lah tu." balas Sarah dengan nada kecewa.
"Kau tinggalkan anak dan suami kau Sarah?"
"Anas yang suruh pergi dulu so Sarah pergi je lah dulu. Semangat nak jumpa uncle. hehe."
Tengah ralit mereka berdua berbual Anas muncul dengan dukung baby lelaki di tangan kanan dan tangan kiri tolak stroller baby. Setelah dua tahun Sarah dan Anas berkahwin baru mereka dikurniakan cahaya mata anak lelaki. Jadi anak mereka sekarang baru berusia 7 bulan dan nama yang di berikan ialah Ahmad Soleh.
"Lama dah kau tunggu?" soal Anas kepada Iman dan dia duduk di sebelah Sarah.
"Boleh lah."
Anas mengangguk-anggukkan kepala dia dan dia pass kan Soleh kepada Sarah. Sarah sambut anak dia tu dengan muka tersenyum dan main agah agah dengan baby Soleh tu.
"Awak jaga Soleh kejap ya, saya nak pergi beli makanan kejap." Anas berkata kepada Sarah.
"Okiess, Soleh duduk dengan ibu ya. Baby siapa yang paling comel dekat dunia ni? Solehhhhhhhh yeayyyyy." Sarah berkata sambil mengangkat satu tangan anak nya tu tanda macam mengiyakan kenyataan daripada dia tu. Anak dia tu pun ketawa terhibur tengok gelagat ibu dia. Anas pun ikut tersenyum tengok gelagat dua orang yang dia sayang dekat depan dia tu.
YOU ARE READING
AWAN PUTIH
Teen FictionKisah kehidupan harian Sarah dan Uncle Iman. Sorang banyak cakap dan sorang lagi banyak akal. Dapat ke dorang serasi hidup bersama? Selamat menyelami kehidupan Sarah dan Iman. Story ni cute cute manja je.