Sat, 7 Oct 2023
20:36 p.mSaat pertama kali kita bertemu mata, berkata soal nama, dan saat aku mengajak kau supaya tidak bersendiri di sana. Kawan aku juga bersiul senda tanda suka aku dengan kau bersama.
Fikiran aku mula bertanya, "mungkin ke ada sesuatu yang akan tumbuh antara kita?". —tak, tak akan mungkin. Hati aku pakat buang sesiapa yang bertanya.
Kerana pada mulanya kau bukanlah lelaki idaman aku, lelaki yang tidak pernah aku doa untuk ada. Tapi aku tetap rasa sesuatu tentang kau, lelaki asing.
Hari berlari sepantas air mata, dalam cerita aku suka pada seseorang yang bukan kau. Hati suka pada dia, tapi aku masih rasa ingin kau tetap ada. Aku selesa, aku rasa.
Yang lain mula gurau tentang kita, kau senyum, tapi aku kekal biasa. Kerana aku nafi. Aku nafi yang aku tak suka pada kau. Aneh jika orang lihat hati aku, yang sebenarnya aku cukup tenang bila kau ada.
Pada malam aku rasa cukup. Setiap malam. Seindah yang aku tak mampu metafora-kan dia.
Dan pada malam kau biar manusia lain menilai kata-kata manis kau di dewan kolej. Aku di tepi bangga dengan keunikan kau yang mampu berkata di hadapan beribu manusia. Aku tunggu pada akhir masa, hanya untuk kata "you did it well, really well". Malang, yang keluar hanyalah senyuman bangga dan tanda bagus dari jari aku.
Malam penuh bangga, malam yang jadikan kau dikenali ramai. Aku cemburu, kerana orang mula tahu tentang keunikan kau. Kerana aku fikir, hanya aku yang layak lihat semua itu pada kau. Dan jika orang lihat, mereka akan suka. Aku benci. Benci di mana orang mula sukakan kau.
Aku mula suka? Ye, aku suka. Pada lelaki yang peramah, lawak, petah dalam kata, famous, dan tak terlalu mengikut kriteria yang aku nak.
Semua yang tiada dalam senarai jiwa aku.
Di situ, aku mula jujur pada jiwa sendiri. Yang aku telah jatuh pada jiwa yang aku rasa paling hidup dalam mimpi, ketika — jiwa aku sendiri yang mati.
Entah aku atau kau yang suka dulu. Mereka kata kau, tapi aku rasa aku. Atau, kita sama sama suka pada saat yang sama. Penat untuk fikir. Serah saja pada tuhan. Dia lebih tahu.
Episod kita tuhan teruskan. Pada malam yang bongkarkan semua cerita —truth or dare.
"Kalau kau pilih truth, kau suka dia ke tak?, dan kalau dare, kau confess kat dia yang kau suka dia".
Kerana sebenarnya, semua sedar, semua tahu, yang kau suka pada aku.
Nak kata aku gementar, muka dan tangan aku diam bagai bisu. Nak kata aku tenang, jiwa aku menggila inginkan satu jawapan dari kau.
*angguk
Fuck. Aku rasa jiwa aku jatuh dalam dalam, dalam jiwa kau, lelaki.
Kita jalan pulang dua dua. Waktu malam, dalam gelap, sunyi, hanya kita dua. Aku suka. Aku selesa.
"Kenapa kau suka aku?", "aku type kau eh?".
"Aah. Kau macam comel comel gitu." Sial, kau yang comel sekarang ni.
"Ouh type kau comel comel. Kau tak tau ke aku ni kasar?".
"Tau. Kau comel, kasar, tak macam perempuan sangat".
Kau kenal aku. Sial, aku makin jatuh cinta.
Situasi malu malu dalam menanam cinta antara kita dua tak kekal lama. Hanya bertahan beberapa hari selepas kita dua bersama bagai 'pasangan bercinta'. Padahal hanya kawan.
Kau mula jauh. Kau mula jarak. Kau mula palingkan muka. Kau mula pendekkan kata. Jiwa yang aku rasa selesa —hilang.
"Aku rasa benda ni salah. Aku nak belajar dulu. Stabilkan ekonomi dulu. Banggakan mak ayah aku".
Sebenarnya pada malam kau luahkan perasaan, kau lontarkan sebab sebab aku sebagai orang yang kau suka, sebenarnya kau menyesal.
Memang sial.
Kau ada rasa kesal beritahu aku. Kau rasa tak patut luah.
"Kita mula dari awal. Kawan macam biasa macam awal awal. Kita kawan je sekarang, okey?".
Sial. Sakit anjing. Aku kalau boleh mati, aku mati hari itu juga.
Definisi hidup aku — perempuan yang hilang sempurnanya dalam cinta.
Cinta aku, aku ikat rapat dengan jiwa. Bila cinta aku kena tikam dengan lelaki, jiwa aku ikut sama mati.
Bukan pertama kali aku hadap benda sama, dalam lima kali mungkin. Huh, sial. Lebih lima sebenarnya.
Benda biasa, buat tenang je.
Jiwa aku sekarang, pergi mampus dengan manusia.
Sekian,
Triss.
![](https://img.wattpad.com/cover/323864327-288-k287815.jpg)
YOU ARE READING
diary
Randomeveryday's stories. or maybe not everyday it's just , anyday that i would love to talk