Prolog.

40 0 0
                                    



"KAU okay Emm?" Meen Alina mengusap pipi Emmaline yang basah dengan air mata. Terkejut bukan kepalang saat dia menerima panggilan daripada Emmaline setengah jam tadi menangis teresak-esak.

"Aku takut..." jawab Emmaline lembut.

"Bangsat betul D'Lieo ni. Aku tahu ini kerja orang-orang dia nak takut-takutkan kau..." Eiddin bercekak pinggang memang Emmaline yang memeluk lututnya di atas sofa.

"Macam mana dia boleh masuk?" tanya Meen laju. Dia hairan. Pintu tiada langsung tanda diumpil. Itu perkara pertama yang dia lihat seusai dia tiba dirumah Emmaline.

"Tak Sure, Meen. Aku yakin aku kunci pintu tadi." Emmaline seka air matanya untuk kesekian kali. Traumannya menyesakkan jiwa. Bukan sekadar kata-kata lelaki itu yang menakutkan, kesan yang bertanda pada lehernya ini membuatkan dia gelisah.

"Nak ke balai polis? Kita laporkan benda ni.."

"No... no... jangan. Lelaki tadi warning aku jangan laporkan pada polis. Aku takut Eid..." rayu Emmaline. Dia tidak mampu lagi untuk melawan. Kalau dia laporkan pada polis, entah-entah nyawanya akan melayang nanti.

"Takkan nak biarkan Emm,"

"Jangan laporkan pada polis. Jangan cari gaduh dengan D'Lieo. Biarkan dia menang." Balas Emmaline sayu.

Eiddin yang dengar saranan Emmaline tetap timbul rasa tak puas hati. Takkan dia nak biarkan benda ini berlaku begitu sahaja. Ini bukan salah Emmaline.

"Eid... please. Aku taknak sesiapa lagi jadi mangsa. Aku tak nak kau atau Meen pula jadi mangsa. So, Please... jangan laporkan pada polis..."

"Eid... i rasa apa yang Emm cakap tu betul. Kita jangan bertindak dulu. Kita tak tahu rancangan D'Leio. I takut kalau dia tengah perhatikan kita semua sekarang ni." Pujukan Meen Alina buat Eiddin meregangkan telefon bimbit dari telinganya. Ikutkan hati dia dah minta kenalannya untuk cari D'Lioe malam ini. Biar dia ajar D'Lieo sampai lunyai.

"Aku takut Meen..." Emmaline kembali teresak-esak mengenangkan apa yang berlaku. Dalam beberapa saat, dia terasa tubuhnya dipeluk lembut oleh Meen.

Suasana bertukar hening. Eiddin jadi tak tenang melihat adiknya itu menangis teresak-esak. Macam mana kalau Emmaline di ganggu lagi? Kalau bukan esok, mungkin tulat. Dan ancaman ini bukan boleh dibuat main. Ia melibatkan nyawa.
"Emm, aku rasa kau tak selamat kalau duduk dalam rumah ni. AKu yakin orang nak takut-takutkan kau. Aku akan minta tolong Kenneth."

Emmaline berkerut. Mulutnya hampir ringan untuk bertanya kepada Eiddin tetapi kata-katanya mati ketika melihat Iphone sudah tersorong pada telinga Eiddin.

Nafas dihembus perlahan. Dalam kepalanya kuat mengatakan dia mahu pergi dari sini. Dia mahu pergi tempat yang lebih selamat atau tempat yang tidak diketahui sesiapa. Dia mahu melarikan diri buat seketika waktu. Lari pada tempat yang lebih tenang.

"Ken, kau tahu tempat yang selamat untuk aku bawa Emm? Aku tak yakin dia selamat dalam rumah sendiri nanti..." suara Eiddin kedengaran gusar.

"Rumah dia kena pecah masuk." Ujar Eiddin lagi. Emmaline angkat muka, membalas renungan Eiddin dengan rasa tak senang, Kalau si abang sudah merasa bahang akan sesuatu, dia yakin hal ini bukan hal yang main-main.

"Aku tak tahu apa niat D'Lieo... yang aku boleh aku cakap... Emm tak selamat. Aku risaukan keselamatan Emm..."

Semua terdiam. Hanya menunggu kata putus dari Eiddin. Selepas Eiddin mematikan panggilan, Eiddin pandang Emmaline tajam.

"Ikut Ken." 






Remedi Buat Emmaline. (TERBIT DIBAWAH KASEH ARIES)Where stories live. Discover now