Prolog

55 14 0
                                    

    Encik Mikael, saya nak tanya berapa lama cuti Karl ambil ye?",tanya Rasya, pelik dengan kawannya. Dia cuba menelefon Karl,tapi dail hubunginya tidak diangkat. Sudah seminggu lelaki itu tidak hadir bekerja membuatkan dia risau dengan keadaan lelaki itu. Dia bukan sahaja menelefon lelaki itu beberapa kali malah dia pernah juga datang mencari ke rumah Karl untuk berjumpa dengannya. Setiap kali dia datang ke rumah Karl, pintu rumahnya selalu dikunci dari luar.

"Rasya, sebenarnya Karl ada amanahkan kepada saya untuk bagi surat pada awak hari ni, ni suratnya, dan satu lagi Karl ada bagitau pada yang dia minta berhenti kerja di syarikat ini, Encik Ammar pun juga terpaksa melepaskan pekerja yang baik macam Karl Lewis,"terang Encik Mikael kepada Rasya. Tangan Rasya terus mengambil surat daripada Encik Mikael. Dia memandang surat yang dituliskan oleh Karl. Surat yang membuatkan dia berasa berdebar takut, tidak tahu apa isi kandungan dalam surat ini. Dia berharap isi kandungannya tidak menyakitkan hatinya namun apakan daya setelah dia membaca surat itu telah membuatkan hatinya sebak disebabkan lelaki itu, lelaki yang dia cintai. 

                                                                                                                                             To: Nur Rasya Emily

" Assalammualaikum Rasya, 

Setelah kau dah dapat surat ini, mungkin aku dah tiada di Malaysia lagi, aku berhijrah ke luar negara, di Korea, negara kesukaan kau. Aku mungkin tiada peluang untuk masuk dalam hati kau, mengenai umaiyah, aku dengan dia hanyalah sepupu sahaja. Aku ingat kalau aku dapat menimbulkan perasaan cemburu lepas kau lihat kemesraan aku dengan Umaiyah, tapi apa yang aku lihat kau hanya mampu tersenyum. Pandangan mata kau buat hati aku rasa sakit, aku tak sanggup untuk meneruskan hubungan mesra pura-pura dengan Umaiyah. Rasya, aku dah fikir banyak kali untuk berhijrah ke luar negara, dan aku dah tekad akan pergi juga untuk mengubati hati aku yang terluka. Aku nak minta maaf pada kau sebab aku terpaksa tinggalkan kau, kalau kita ditakdirkan in Sha Allah kita akan ditemukan semula 

Selamat tinggal, my bff aka my dear crush

                                                                                                                                                     From: Karl Lewis

                                                                                                                                                      

" Karl, kenapa kau pergi macam tu, aku tak sempat nak bagitahu pada kau yang aku pun cinta akan kau, aku rindu kau Karl, siapa yang nak jaga aku dekat sini, aku tiada kawan nak gaduh, nak bercerita, aku berdoa agar kita ditemukan semula dan aku akan pastikan kau tahu cinta kau bukan bertepuk sebelah tangan, aku akan tunggu kau Karl untuk kembali semula ke negara ini", ucap Rasya sambil memegang suratnya dengan erat. Air matanya jatuh mengalir di pipi, tangisan esakannya tiada siapa yang tahu, cukuplah dia seorang sahaja yang mendengarnya. 

Mujur tinggal Rasya berseorangan di dalam pejabat, dia tidak mahu sesiapa yang tahu yang dia sedang sakit, sakit apabila lelaki yang dia cintai telah meninggalkannya termasuklah Rania Qairaa, cukuplah dia sudah bahagia dengan keluarganya. Dia tidak mahu Rania tahu kesedihannya pula, cukup dia seorang sahaja yang cuba menahan kesakitan ini. 

Kau Milikku, Rasya EmilyWhere stories live. Discover now