PROLOG

2.5K 420 65
                                    

Seorang jejaka tampan berkacuk Itali turun dari kereta sebaik tiba di depan sebuah rumah yang berdiri megah dan bercahaya. Jejaka itu menutup pintu sambil meliar pemandangan sekitar. Tubuh kekar si jejaka segak berbalut sut hitam. Sepatutnya dia harus memakai pakaian mengikut adat majlis ini tapi jejaka itu tidak mahu. Alasan, merimaskan.

Mata si jejaka menyipit melihat sekitar rumah yang cantik bercahaya. Di luar rumah penuh dengan tetamu yang hadir. Suara lagu dimainkan juga dapat didengar. Semeriah apa agaknya? Dia datang sebab dipaksa oleh si ayah. Jejaka itu alih pandangan ke arah si ayah saat nama dipanggil.

"Hadden."

Hadden mendekati Asterio yang nampak kemas berbalut sherwani. Pakaian lelaki dari India. Pakaian itu diberikan oleh keluarga yang melangsungkan majlis ini. Sepatutnya ada dua pasang. Satu untuk Asterio dan satu untuk Hadden tapi Hadden tak mahu kerana rasa sesak pakai lama-lama. Pada mulanya Hadden mahu tergelak melihat penampilan Asterio tapi tengok lama-lama, makin sesuai pula.

"Kau ingat daddy nak ikut sangat ke majlis ni? Atuk kau yang ajak tau? Ikutkan daddy tak nak pun datang." Bagai tahu isi hati puteranya, Asterio bersuara dengan nada pasrah. Asterio tunduk melihat pakain yang membalut tubuhnya. Nasiblah kena di mata. Kalau tidak, jadi macam Hadden. Pakai formal je.

"Dah tu, kenapa ajak along?" Hadden jeling. Dia pula yang terlibat.

"Teman daddy." Asterio sengih. Nak ajak Tasneem tapi Tasneem menolak kerana ingin bersama anak perempuan mereka yang baru pulang dari Itali.

"Dah. Jomlah masuk. Mesti atuk dah tunggu."

Asterio tarik tangan Hadden masuk ke dalam. Hadden hela nafas panjang. Tali leher yang rasa menjerut leher, dirungkai sedikit. Gerah tiba-tiba. Mata Hadden memandang sekitar. Banyak gadis-gadis cantik melihat ke arahnya. Semuanya India. Bahkan cantik di mata Hadden sehingga tak dapat kelip mata walau sekali. Tak tahu pula gadis Asia Selatan banyak rupawan. Kalau begini, tutup mata pun tak salah pilih!

Setelah masuk ruang rumah megah itu, Hadden terpaku melihat keadaan seisi rumah yang sangat cantik dan mewah. Baunya tidak seperti yang Hadden bau bila dekat dengan seorang India. Baunya...

Harum.

Walau suasana bingit, heboh, meriah dan kacau, sekurangnya rasa bosan Hadden sedikit hilang. Tak pernah-pernah dia pergi majlis orang India. Ini pertama kali. Hadden mendongak melihat lelangit rumah.

Rumah yang tercipta klasik dan bentuk rumah seperti sebuah masjid.

"Aster!"

Asterio berpaling. Kelibat Arshaka terpampang. Asterio angkat tangan tanda menyahut. Hadden terkejut bila tangan ditarik Asterio tiba-tiba. Hadden ikut saja langkah Asterio tapi mata tak lepas melihat beberapa orang gadis India yang anggun sedang menari mengikut rentak lagu. Tak tahu apa lagunya tapi Hadden tak dapat alihkan mata kerana tarian mereka yang menarik perhatian.

Namun, ada seseorang yang mencuri fokus Hadden di tengah-tengah persembahan itu.

"Khan, kenalkan. Ini anak aku, Han Asterio. Sebelah tu pula cucu aku, Hadden Andhika." Arshaka perkenalkan anak dan cucunya kepada rakannya, Mahammed Zafrul Khan.

Tuan Khan senyum senang. Dia berjabat tangan dengan Asterio. Tuan Khan beralih melihat Hadden yang sedang melihat ke satu arah. Tuan Khan ikut pandang. Seketika, Tuan Khan ketawa rendah. Mata Hadden tepat ke arah anak perempuannya yang sedang menari seronok dengan tetamu di sini. Tuan Khan akui jika kecantikan puterinya buat para lelaki tak dapat lepaskan pandangan.

"Cantik, ya?" soal Tuan Khan sengaja ganggu. Hadden tersedar. Mata dikelip berkali sebelum Tuan Khan dipandang. Tersengih segan, tangan Tuan Khan disalam sopan. Kantoi pula tengok awek bolly. Tak pernah pula dia sejakun ini jumpa perempuan cantik.

O Maahi MaheyaWhere stories live. Discover now