Chapter 1.

219 9 0
                                    

(Freen A.K.A Floryn.)

Usia ku sekarang sudah menginjak 25 tahun. Belum kahwin, cari peneman hidup pun susah apa lagi masuk meminang kahwin,hahah. Biasa sekarang manusia lebih memilih atau dalam bahasa englishnya yang selalu dipakai manusia kini,Select.

Aku mengeluh berat, ini sudah hampir 2 tahun aku menggangur untuk mencari pekerjaan yang sesuai...

Bukan apa..aku tak mahu mengambil kesempatan untuk memegang syarikat papa...dahla banyak syarikat papa diseluruh pelosok negara yang harus diwariskan untuk kami saudara.

Namun aku berusaha keras untuk mencapai kejayaan aku dan keras kepala ingin ada syarikat atau kedai sendiri tanpa bantuan kedua dua orang tua ku.

"Ryn!." Tegur rakanku,kebetulan dia sedang melihat ku melepak di hadapan pantai yang airnya berubah biru pada waktu petang sampai kemalam.

" charlotte! " aku tersenyum simpul membalas tegurannya. Aku merasa tenang dengan menikmati angin sepoi-sepoi waktu petang.

" Healing nampak... Healing fasal apa tu? "

"Healing pasal kerja... Aku belum ada move lagi untuk usahakan cari kerja,fikir apa yang patut aku jual dan bina syarikat atau kedai sendiri... susah lah! " Beritahu aku dengan keluhan yang masih bersisa dan duduk bersilang kaki di kerusi awam itu.

Charlotte menepuk nepuk belakang ku.

" Tula kau! Degil sangat tak mahu dengar cakap ibu bapa awak.Sekarang apa dah jadi? Bagus awak ambil salah satu syarikat bapa awak tu memandangkan papa awak pun macam tak sanggup nak uruskan semua syarikat dia. "

" Aku mahu ada syarikat atau kedai aku sendiri, aku taknak jadi anak manja macam adik beradik aku tu! " Ujarku sambil memandang pantai yang biru seperti tanzanite.

"Makin berubahlah awak sekarang....tak macam dulu, penurut"

"Manusia kan boleh berubah mengikut masa,char." Aku membalas.

"Ni mesti masa lalu kau dulu kan? "

Aku senyum tipis. Masa lalu? Masa lalu adalah hal buruk...Orang itu engubah aku menjadi seseorang yang lain. Menjadi orang yang tidak lagi dikenal oleh family aku.. hanya charlotte lah yang masih melihat diriku yang dulu meski bercampur aduk.

"Takpa aku faham..." Charlotte sepertinya tahu apa yang isi hati aku katakan sampai sampai dapat ditekanya. Kami berdiam diri sebentar sebelum Charlotte bercakap dengan aku lagi.

" mungkin awak cari kerja dulu,cari pengalaman and kalau kau ada modal,ada perancangan and ada apa semua, baru boleh kau buka kedai atau syarikat kau sendiri.." ujarnya

"Amacam lah aku ni tak tahu dunia bisnes."

"Awak kena cari kerja dulu....titik. Aku rekomendasi kan pekerjaan yang bagus untuk kau ni." Charlotte memikirkan sesuatu,lantas mulut nya cepat menuturkan kata.

"Floryn, Aku ada dengar sebuah restoran lima bintang ni, dia ada offer pekerjaan.. Gajinya lumayan lah tinggi asalkan survivenya cukup cukup makan. "

Spontan telinga ku seperti rabbit menegak . Aku memandang rakanku.

"Restoran? Awak nak aku jadi cashier,jadi waiter,jadi koki atau jadi pencuci piring ke kat sana?? " membulat mataku memandang charlotte seperti ingin menerkam dirinya.

" aku belum habis cakap lagi,awak ni pun dah mencicit... Kat restoran tu diaorang ada offer kerja untuk mencari manager baru di restoran itu, katanya manager kat restauran itu dah tak tahan dengan karenah boss besar pemilik restauran.. Jadi mendengar khabar macam ni, ada yang tidak mahu, ada yang ambil offer ni tapi belum sampai sebulan diaorang dah letak jawatan. "

  THE KIND PRINCESS IS ACTUALLY THE VILLAINESS(FreenBecky) Where stories live. Discover now