|| 01

23 1 0
                                    

Gamat suasana di bilik latihan ketika itu. Ahli kelab yang lain seakan sudah masak dengan tingkah dua sekawan yang sedang berperang mulut itu.

Elvis masih belum berputus asa mengasak Nayna dengan soalan yang sama berulang kali.

"Siapa crush kau?"

"Rahsia. Asal kau nak tahu?"

"Berialah kau ni nak berahsia bagai. Aku je pun... cakap ajelah siapa crush kau tu!"

Elvis membidik sebatang pen sebelum melempar pen tersebut ke arah Nayna.

Tup!

Tepat mengena sasaran.

"Eh, kau pergi balik! Sibuk aje nak tahu pasal crush orang," kata Nayna seraya menghalau Elvis keluar.

Elvis menghentak-hentak kaki tanda protes.

"Kedekutlah kau ni, aku elok aje cerita dekat kau pasal crush aku!"

Elvis dijeling sekilas.

"Masalah kau ke masalah aku?" Nayna menjawab sambil menyusun segala kertas kerja di atas meja.

Elvis dengan kasar menyimpan barang-barangnya ke dalam beg sebelum berlalu keluar.

"Bye, aku nak balik dulu!"

"Baliklah kau!"

Mereka yang lain hanya menghantar dengan ekor mata.

Keadaan kembali tenang.

"Ni dah kali ke berapa dia tanya kau soalan yang sama?"

Ruby memecahkan sunyi.

"Entahlah, aku pun dah tak ingat. Jantan ni bijak tau... tapi bila bab-bab macam ni, dia macam auto jadi bodoh."

"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.



Setelah sekian lama, pertandingan debat yang terbuka kepada pelajar sekolah menengah dan universiti kembali diadakan secara bersemuka.

Syukur ke hadrat Ilahi kerana kumpulan debat mereka terpilih untuk melayakkan diri ke pusingan outround pertandingan tersebut.

Persediaan sudah dibuat seawal yang mungkin. Latihan performance dan research juga sudah dibuat sebaik yang mungkin.

Kini, empat pendebat daripada satu universiti yang sama sedang menikmati makan tengahari di kafeteria sementara menunggu rollcall untuk sidang seterusnya.

Nayna duduk berhadapan dengan Elvis manakala Rose di sebelah kanannya. Amethyst pula duduk bertentangan dengan Rose.

Nayna merenung kosong Elvis yang leka berbalas mesej dengan seseorang.

Kepalanya didekatkan dengan Rose. "Tengah chat girlfriend lah tu."

Elvis menjatuhkan telefon sebentar. Anak matanya merenung tepat iris hazel Nayna.

Kaulah Tu! Where stories live. Discover now