|| 02

8 1 0
                                    

Sedang Nayna berehat di atas katil, dia teringat kenangan ketika dia dan Elvis berada di tingkatan empat.

"Abah, senarai nama hicom dah finalise ke?"

Abah, panggilan untuk guru penasihat debat yang sudah Nayna dan Elvis anggap sebagai bapa sendiri.

"Oh, nasib baik kamu tanya! Petang tadi puan Farida ada suruh abah isi nama-nama hicom, katanya nak key in sebelum esok pagi."

Telefon dikeluarkan dari poket baju sebelum diserahkan kepada Nayna.

"Kamu tolonglah isikan, abah okay aje."

Terangkat kening Elvis. Amboi, main kabel nampak!

"Isi baik-baik Nayna, masa depan sekolah dalam tangan kau sekarang."

"Ish, hiperbola betul kau ni!"

"Elvis, kau ada tak waktu majlis esok?"

Nayna kerling Elvis sebentar sebelum menyambung tugasannya.

"Itulah... esok aku ada hal dekat luar, so maybe Jasmine akan wakilkan untuk aku aje kot..."

Elvis juga sedang ralit menghadap komputer riba.

Zafran dan Ruby yang turut berada di situ menjadi penonton setia.

"Alaa... so korang tak dapatlah nak tangkap gambar duo esok!"

Mereka baru sahaja berangan-angan nak photobomb gambar duo Elvis dan Nayna pada esok hari. Hancur sudah harapan...

"Apa susah... korang edit ajelah gambar aku, letak sebelah si Nayna ni."

"Tak sama bro, tak sama."

Lain tau gambar edit dengan gambar real. Suka hati dia je suruh edit gambar duo keramat...

"Brozo... takkanlah sebab kau tak dapat jawatan yang kau nak, terus kau taknak datang majlis watikah?"

"Bukan macam tulah..."

"Memang tak sempat ke kalau kau balik before majlis tu start?" Zafran bertanya sambil tangan menyuap potongan kek ke dalam mulut.

Mana entah dia dapat kek tu.

"Taktaulah... aku tak berani nak predict."

"So, penolong setiausahalah yang akan naik pentas nanti? Habislah... memang dia canang dekat satu sekolah yang dia dapat jawatan ketua setiausaha tu."

Masing-masing sudah boleh mengagak khabar angin yang akan Jasmine sebarkan selepas ini.

Sebelum ini pun, si Jasmine sibuk mencanang yang dia bakal naik sebagai ketua pengawas 2.

Tak seronoklah kalau Elvis tak ada, tapi nak buat macam mana kan... urusan dia lebih penting.

Bzzz! Bzzz!

"Hoi, Nayna! Pergi bersiap cepat, ajak budak dua ketul tu sekali. Kita pergi makan dekat luar malam ni."

Tanpa salam mahupun salutasi, Elvis mengeluarkan arahan dan terus meletakkan panggilan.

Tak semengah punya budak!

"Yang aneh-aneh ajelah jantan ni!"

Nayna mengomel sendirian sebelum berlalu ke bilik Amethyst dan Rose.

"Girls, bersiap cepat. Elvis nak belanja makan!"

"Yeay, ada orang nak belanja makan!"
"Yahoo, makan free!"

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 20 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Kaulah Tu! Where stories live. Discover now