BAB 3

134 17 0
                                    

Allanis

DUA insan yang baru ku kenali itu aku pandang sekilas. Aku jadi janggal mahu berinteraksi bagaimana. Suasana sunyi sepi seperti malaikat lalu.

Daddy bangun dari duduknya untuk membasuh tangan setelah menjamu makanan tengah harinya.

Aku menjeling sedikit pada pinggan 'tetamu' kami. Nampak seperti semua sudah habis makan.

Aku bangun lalu mengutip semua pinggan mangkuk untuk dicuci. Tiba-tiba wanita tadi berdiri.

"Eh, tak apalah. Biar aunty buat," wanita itu mempelawa diri.

Aku hanya tersenyum nipis dengan ikhlas lalu menggeleng.

"It's okay aunty. Allanis boleh buat. Mummy ajar supaya selalu ringan tulang. Aunty duduk lah. Biar Allanis buat, okey?" ujarku sopan. Aku agak gugup sebenarnya. Lama tak berinteraksi dengan orang luar.

Budak lelaki di hadapan aku ini pula membuat memek muka mengejek. Atau lebih tepat, Ayyaz.

Aku menjengil mata memandangnya.

Ish, geramnya aku!

"Ayyaz. Tak baik buat macam itu," tegur wanita tadi kepada Ayyaz apabila nampak perilaku anaknya itu.

Ayyaz menggulingkan bebola matanya lalu memeluk tubuh. Dia buat muka menyampah.

Dalam hati aku sudah menyumpah seranah budak tu. "Tak ada adab ke apa, huh? Sudahlah, lebih baik aku buat kerja daripada layan budak ni,"

Aku membawa pinggan mangkuk untuk ke dapur. Niat aku untuk ke depan semula terbatal apabila Ayyaz sudah mengangkatkan semua cawan.

"Lah, kenapa kau pula yang bawakan? Bukan ke aku dah kata aku boleh buat sendiri?" Aku membebel kecil sambil mencekak pinggang.

Ayyaz mengangkat keningnya sebelah. Bibirnya tersengih sinis memandang aku yang lebih rendah darinya. Kami jarak 10 cm. Ayyaz 175 cm manakala aku pula 165 cm.

Aku menjengil. "Seriously this guy?" Bisikku di dalam hati.

"Kau ingat aku nak sangat ke bawakan?" Jawab Ayyaz dengan pandangan menyampah. Aku ketap gigi geram.

"Whatever. You can berambus if you have nothing to do right here," bidasku mendatar. Perkataan 'berambus' ditekankan. Aura negatif dapat dirasakan antara satu sama lain.

Kalau hari-hari begini, boleh terbakar rumah ini rasanya.

Ayyaz angkat kaki untuk beredar. Mungkin malas mahu bergaduh mulut. Nanti tak tentu pasal dia pula yang dipersalahkan. Masakan tidak, girls always right, kan?

Aku pula sambung semula kerjanya yang terbantut tadi. Hampir sahaja sekeping pinggan pecah namun aku seorang yang cekap. Angkat bakul jap.

Author

Zayyan dan Amanda memandang satu sama lain setelah melihat pertelingkahan kecil antara dia beradik itu.

"Hmm.. macam mana ni, bang?" Puan Amanda mula gelisah. Hatinya gundah gulana melihat anak mereka tidak serasi.

"It's okay. Don't worry, hmm. They're will be fine one day. I will make sure that," balas Zayyan lembut untuk menenangkan hati sang isteri. Si isteri dipeluk.

"I hope soon.." ujar Amanda di dalam pelukan suaminya.


Allanis menukar siaran di televisyen berkali-kali. Tidak tahu hendak menonton cerita apa. Semua membosankan.

Tiba-tiba remotenya dirampas. Allanis memandang tajam gerangan tersebut.

"Kau nak apa?" Soal Allanis dengan suara yang ditahan-tahan. Geram.

"Nak tengok tv lah. Takkan nak tengok kau pula," perli Ayyaz selamba.

Allanis berdiri. Ayyaz pula duduk. Selamba badak dia aje.

"Ish! Geramnya aku!" Jerit Allanis dalam hati.

"Eh, bagi balik remote tu."

"Tak nak."

"Bagilah!" Allanis bergelut untuk merampas semula remote itu.

Ayyaz juga tidak mengalah. Remote digenggam kuat. Allanis menarik remote sekuat yang boleh. Namun tiada sebarang perubahan.

Pang!

Satu tamparan terkena di wajah Ayyaz. Terlepas remote itu dari genggamannya. Air liur ditelan oleh kedua mereka.

Mata Ayyaz mula berkaca. Sedar akan hal itu, Ayyaz terus bangun dan masuk ke dalam bilik.

Dum!

Pintu bilik dihempas kuat. Terhenjut bahu Allanis.

Allanis agak terdiam dengan apa yang baru sahaja terjadi tadi.

"Aku tampar dia? Wait. Dia nangis ke? Dasar lemah! Hahaha! Tapi.."

Allanis mula rasa bersalah. Memang diorang musuh bola tampar. Tapi tak semestinya kena jadi musuh dalam keluarga. Ayyaz itu keluarga dia juga. Haih!

Zayyan mendekati anak perempuannya itu.

"Kakak buat apa dekat adik?" Tanya Zayyan lembut.

"Err.. akak tertampar dia," balas Allanis dengan perkataan 'ter' itu ditekankan. Zayyan menggeleng perlahan.

"Then?"

"Then what?" Allanis pula menyoal.

"Pujuk lah. Buat apa lagi kat sini?" Arah Zayyan dengan agak tegas. Allanis memejam mata menyesal.

"Ish, tak nak lah!" tolak Allanis. Tak ada kerja lah nak memujuk orang.

"Do you have an ear or not, Allanis Delisha?" Soal Zayyan serius. Wajahnya tegang.

Allanis menelan air liur gerun. Zayyan kalau dah marah menyeramkan!

"Fine. I go!" Allanis melangkah ke bilik Ayyaz.

Ini pertama kali Allanis nampak Ayyaz menangis. Tak tahu pula yang Ayyaz ni seorang yang hati tisu. Aduh, apalah nasib!

"Ehem! Ayyaz, aku minta maaf," ujar Allanis dari luar pintu. Ayyaz hanya diam.

Ayyaz mengelap air matanya yang terus mengalir dari tadi. Tamparan Allanis terlalu kuat sehingga menyebabkan Ayyaz menangis sebegini.

"Woi, dengar tak? Aku malas nak ulang dah tau. Suka hati kau lah!" Jerit Allanis. Baru sahaja Allanis ingin mengangkat kaki beredar, Zayyan muncul di hadapannya.

"Siapa ajar cakap kasar macam tu, hmm? Allanis perempuan tau. Daddy tak suka Allanis cakap kasar macam itu. Bahasa pun kasar. No okay?" Bebel Zayyan. Allanis hanya menunduk apabila daddynya mula membebel.

"Okey. Kakak dengar. Tapi Ayyaz yang selalu cari pasal, dy. Kakak penat lah. Nak berbaik tapi.." Allanis mengetap gigi. Zayyan mengeluh kecil.

"Kakak kena mengalah. Kakak yang kena mulakan dulu. Layan aje dia baik-baik. Nanti terbukalah hati dia itu," pesan Tuan Zayyan.

"Ingat, manusia boleh berubah," Tuan Zayyan melangkah ke dapur di mana adanya isterinya.

Allanis terdiam. Ada benarnya juga apa yang daddynya katakan itu.

Tuk!Tuk!

"Ayyaz, petang nanti ikut ak- akak sekejap, boleh?" Berbelit lidah Allanis ingin membahasakan dirinya 'akak'.

Ayyaz terkedu. Apa yang baru dia dengar tadi? Akak? What the-

"Tak nak!" Akhirnya Ayyaz menyahut. Allanis tersenyum nipis tanpa sedar.

"Kena juga!" Setelah itu Allanis beredar begitu saja.

Ayyaz membuat muka. "Kenapa pula aku nak kena ikut dia? Dahlah dah tampar aku. Sakit tau!" Bebel Ayyaz di dalam bilik.

TILL THE ENDWhere stories live. Discover now