CKM 9

20 4 0
                                    

Mia tersedar dari pengsannya sudah 2 hari dia pengsan tak sedarkan diri.

"Mia.. Mia dah bangun?"

Mia menoleh ke arah suara yang memanggilnya.

"Nenek... Mia rindu Nenek.."

Kata Mia sayu..

"Nenek pun rindu kamu.. kamu pergi mana minggu lepas? Nenek risau sangat sangat.."

"Mia-hiks hiks Mia kena culik Nenek dengan Abang.."

Mia menutup mulutnya dengan tangan. Terlanjur cakap la pula.

"Abang?? Siapa Mia??"

Mia mengeluh. Mahu bagitahu atau tidak?.. kalau nenek tahu jadi apa ya??

"Erm tak de apa apa la nenek."

"Em ye la tu tapi lambat laun nenek tahu jugak."

"Hehe."

Mia risau pasti Rafael carinya di hospital.

☾︎ ♫︎ ☽︎

"Imran. Mana dia kenapa di tak ada dekat dalam bilik!?"

"Maafkan aku, aku tak tahu macam mana dia boleh lari security pun tak boleh pakai sorry bro apa apa pun dia tenat aku takut di pengsan tepi jalan pulak.. tapi jangan sabitkan aku, aku ada dalam bilik emergency tadi tiba tiba nurse panggil."

"Arh!!" Rafael menumbuk dinding bilik Doktor Imran.

"Sabar Raf..aku tahu budak perempuan tu Mia Adriana kan budak yang kau nak cari 13 tahun lepas?"

"Diam!!"

Rafael menumbuk kuat dinding itu sampai buku limanya berdarah.

"Rafael!! Darah!!"

"Biar... biar!!! jangan sentuh aku, aku nak cari Mia kalau dapat siap dia aku seksa."

Pang! Satu tamparan melekat di pipi Rafael.

"Kau jangan nak buat kerja gila la bodoh!! Kau tahu kan kalau kau buat macam ni boleh mati Mia tu macam kau buat dekat mak kau!?"

"Arghhhhh!!! Jangan ungkit hal lama aku taknak dengar semua tu!!!!"

Pam!!

Pintu dihempas kuat semua orang terkejut dengan darah yang ada di buku lima Rafael muka yang merah menahan kermarahan.

"Dia mula dah.... Rafael.." Doktor Imran menghembus nafas risau akan pesakitnya itu nanti mati dikerjakan Rafael macam mana!?.

☾︎ ♫︎ ☽︎

"Doktor macam mana keadaan Mia?"

"Macam ni puan Mia ada mempunyai darah rendah yang teruk pesakit mungkin akan pengsan dan pening kalau puan kena redha ya.."

"YaAllah... sejak bila doktor?.."

"Saya check sejak fom 5 dia ada penyakit ni"

"Pesakit boleh keluar hari ni kalau pesakit pengsan pening jika dia tak tahan kami mengalu alukan hantar dia ke hospital segera.."

"Baik.. terima kasih.."

"Saya keluar dulu ya."

"Terima kasih doktor.."

"Sama sama."

"Mia.. Mia bangun Mia.."

"Ibu Abah!"

"Hey! hey Mia ni nenek Mia mengucap Mia.."

"Nenek... Mia teringat kejadian tu nenek.."

"Astarghfirullallahalazzim. Mia lupakan semua tu Mia dah boleh keluar."

Mia hanya senyum.

"Meh sini nenek ikat rambut kamu."

Neneknya mengikat rambut Mia dengan penuh kasih sayang..

"Kamu mandi lepastu kita keluar ya?"

"Along dah tunggu."

"Okey nek."

☾︎ ♫︎ ☽︎

Isyraf melihat neneknya dan Mia keluar dari pintu hospital itu.

"Eyyy amacam seronok duduk hospital?"

"Ish Along ni saja nak kacau Mia kan?"

"Eleh dia dah berapa kali tah masuk hospital??"

"Diam."

Mia mencubit lengan Isyraf.

"Aduhh sakitlah Mia!"

"Aaaaa tahu pun gatal kacau orang kan nah beg angkat larat lahh"

"Eleh takpe takpe.."

Mia tersenyum beruk dan pantas masuk dalam kereta.

"Ehhh kenapa Mia duduk belakang? nenek tak larat ni nenek nak duduk belakang boleh?"

"Iye nek apa apa je lahh"

Mia keluar dari kereta.. Mia bangun Mia terasa matanya kabur.. badannya seperti mahu melayang.

"Ehhhh Mia kenapa ni??" Isyraf melihat muka Mia pengsan.

"Mula dah la tu.."

"Apa nek?" Tanya Isyraf sambil meletakkan Mia di kerusi penumpang hadapan.

"Mia ada darah rendah.. sejak fom 5 sebelum ni tak teruk pun sekarang ni tiba tiba je mendatang.."

"Ouhh takpe ke dia pengsan ni ke nak Isyraf bawak dia masuk hospital balik?"

"Eh eh kamu ni kalau dia tak sihat lagi dia tak boleh la keluar ni dia sihat je doktor kata pengsan pening tu biasa cuma kalau berlaku kerap macam 15 kali sehari pengsan maunye duduk hospital terus dia nanti."

"Ouh ye eh ahaha lawak lah nek.."

"Dah dah cepat masuk bawak kereta nenek nak bagi makan lembu kejap lagi nanti mati pulak lembu nenek."

"ye ye"

Kereta proton saga laju meninggalkan hospital itu

sudah pukul 3:23ptg mereka sudah sampai di rumah neneknya.

"Nenek bangun dah sampai rumah ni."

"Hmmm ye ye ye kamu angkat Mia masuk dulu.."

"Hah?"

"Angkat Mia.. kamu pekak ke Isyraf ?"

"Ouh hehe tak dengar nek.."

Isyraf menelan air liurnya aduhh .dah la dia tak pernah mengangkat perempuan sebelum ni takut berat pulak..

"Okey try eh "

Isyraf mengangkat Mia.

"Lah ringannya budak ni"

Isyraf menangkat Mia memasuki rumah dan terus menuju ke bilik Mia. Mia diletakkan di atas katil diselimutkan sekali.

*aiii gatal kau Isyraf ??* tegur hati Isyraf.

Isyraf menggeleng kepala. gila.

Isyraf keluar dari rumah mahu menangkat beg tapi dia baru perasan neneknya belum bangun lagi.

"Nek... nek bangun nek.. tak baik tidur asar asar ni nek."

Isyraf melihat jam ditangannya belum asar lagi. Biarlah..

"Hmmm ye ye ye nek nak bangun la ni.."

"Ke nek nak Isyraf angkat nenek jugak??"

"Gatal kamu ni!"

Nenek pukul bahu Isyraf dengan beg galasnya.

"Adoii sakitlah nek."

"Dah balik kirim salam dekat Mak Ayah kamu terima kasih tolong nenek dengan Mia.."

"No hal la nek biasa je bye nek Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam."

☾︎ 🝮︎︎︎︎︎︎︎ ☽︎

𝗍𝖺𝗄 𝗂𝖽𝖾𝖺 𝗌𝗈𝗋𝗒
𝖪𝗂𝗍𝖺 𝗇𝖺𝗄 𝗉𝗂𝗄𝗂𝗋 𝗅𝖺𝗂𝗇 𝗉𝗎𝗅𝖺𝗄..















Cinta ku Mafia [OG] Where stories live. Discover now