Aku dikenali sebagai DragonForce. Seorang umat yang cuba menegakkan agamanya. Seorang hamba yang cuba mencari keredaan‐Nya.
Hari ini, pejuang‐pejuang bumi Palestin bangkit. Mereka memulakan perjuangan, perjuangan menuju kebebasan. Hari ini, Isra3l akan dilawan.
"Hey guys, korang tak takut ke kalau orang‐orang jahanam tu cari kita?," tanya rakan seperjuanganku, BlueDragon.
"Kenapa nak gentar, kalau kita berjuang demi kebenaran?," ujar seorang lagi rakan seperjuanganku, RedDragon.
"Kita takkan sesekali berundur. Kita dah berjanji," sambung WhiteDragon pula.
"DragonForce, harini apa plan kita?," tanya YellowDragon.
"Kita cuba ceroboh sistem diorang," jawabku.
"Hacking?," tanya RedDragon, meminta kepastian. Aku hanya mengangguk.
"Now The Warrior has risen." BlueDragon tersenyum sinis mendengar jawapanku.
"Kita berjuang lillahitaa'la, kita menang untuk agama kita, kita impikan syahid sama‐sama!," slogan kami lafazkan dengan semangat.
Ya, kami impikan untuk syahid. Kami tak gentar untuk menegakkan agama kami. The Warrior, akan mempertahankan yang hak dan menolak yang batil.
"Ikut plan biasa. Bila waktu solat kita bergilir‐gilir cover satu sama lain. Waktu makan pun sama. Kita hack guna cara nombor 3. Semua faham?," terangku.
"Faham,"
"Tepat jam 1430, Operasi : Godam Sampai Padam bermula!,"
☆☆☆☆☆
*Waktu Solat Zuhur*
*jam 1330*Aku merenung sejadah, lama. Seketika kemudian, naskah suci Al‐Quran aku capai. Surah Yaa Siin ku baca. Aku niatkan untuk semua pejuang di Palestin dan orang‐orang yang telah 'pulang'.
"Mak, abah, adik, tunggu along ya? Along akan bela nasib kalian. Along minta maaf, dulu along gunakan ilmu menggodam yang along ada ni untuk benda tak baik. Sekarang, dengan ilmu ni...along akan membela orang‐orang yang senasib dengan kalian. Tunggu along," aku menggenggam gambar keluargaku. Ada arwah abah, arwah ibu, arwah adik(lelaki) dan aku. Ini gambar raya dua tahun lepas.
Mereka syahid ketika menjadi sukarelawan di Palestin. Jika arwah adik masih hidup sekarang, dia sudah berusia sembilan belas tahun sementara aku berusia dua puluh satu tahun. Ketika hari mereka syahid, tempat mereka diserang. Aku pula berada di Malaysia, sedang melanjutkan pelajaran. Tetapi itu kejadian setahun lepas.
Kini, aku akan lakukan apa sahaja demi menegakkan yang hak.
"DragonForce, masa dah hampir tiba," tegur RedDragon. Bahuku sedikit terhinjut. Jauh aku mengelamun.
"Kita boleh, DF. Kau hacker terbaik sejak zaman sekolah menengah lagi. BlueDragon pula perisik terbaik lulusan akademi. YellowDragon dan WhiteDragon, mereka masing‐masing pencari informasi yang sangat berkebolehan. Aku akan teruskan perjuangan memboikot zionis yahudi tu bersama netizen Malaysia. Jangan dibuat main bala tentera dalam talian kita." RedDragon tersenyum.
"Kami mungkin tak terlalu hebat dalam hacking, tapi kami akan buat selagi boleh," ujar BlueDragon yang datang entah dari mana.
"BlueDragon, kau tahu kan...kalau misi ni berjaya kita akan ke sana. Tahap terakhir...,"
"Aku tahu, DF. Tahap terakhir, aku perlu menyusup ke tempat mereka. Aku perlu pasang pendrive yang ada virus pada pusat kawalan mereka. Sementara korang akan terus cuba untuk godam kereta kebal dan sabotaj alatan mereka. Rancangan kebudak‐budakan yang mungkin boleh bantu Palestin," potong BlueDragon. Aku tersenyum.
YOU ARE READING
Mi Memoria : 1F-Mi Amore
Teen FictionBukan sambungan mana-mana kisah, Bukan kisah bersambung ii yang selalu update Tetapi kisah cerpen yang dibuat atas permintaan sahabat-sahabat AuthorNeylysa Nama yang digunakan adalah nama sebenar/50% sebenar, tetapi kisah yang didendangkan hanyalah...