"KITA putus."
Elena segera mengangkat kepala. Kedua biji mata bundarnya terbuntang. Wajah mendatar lelaki dihadapannya direnung lama. Tak percaya kalau kata-kata itu keluar dari mulut lelaki yang dia cintai sepenuh hati.
"Ke-kenapa?" Elena cuba berlagak tenang. Dia cuba yakinkan diri dia sendiri, bahawa semua ini cuma gurauan. Thaqif sengaja mahu mengenakannya!
Dia pasti. Walaupun hatinya mengatakan sebaliknya.
"Maaf El, sampai sini saja hubungan kita. Aku dah tak nak ada apa-apa kaitan lagi dengan kau." ujar Thaqif buat kali terakhir, sebelum berlalu pergi meninggalkan gadis itu seorang diri dihadapan pagar yang menjadi sempadan antara blok aspura dan blok aspuri.
Elena berjalan setempat secara tidak menentu. Jari-jemarinya digigit-gigit sambil anak matanya masih tertancap pada belakang Thaqif yang semakin jauh darinya. Dalam hati dia berharap Thaqif akan berhenti dan kembali kepadanya, tetapi langkah lelaki itu semakin laju, membuatkan Elena sedar yang Thaqif betul-betul serius.
"Thaqif! Awak bergurau je kan? This is not funny at all!" Elena melaung kuat. Pagar besi di hadapannya digegar-gegar, cuba mendapatkan perhatian Thaqif. Namun, hasilnya sia-sia.
Dari sisi lain, Syafa dan Afiqa yang setia memerhati dari celahan semak-samun mula berpandangan antara satu sama lain. Masing-masing terkejut dengan apa yang mereka baru sahaja saksikan.
Melihat Elena yang sudah menangis teresak-esak seorang diri, Syafa terus menepuk kuat lengan Afiqa, memberi isyarat supaya mendapatkan Elena.
"El!" Afiqa berbisik separa menjerit. "Jom balik dorm. Nanti kalau warden nampak kita, kita kena denda!"
Syafa mengangguk tanda setuju. Lengan Elena di papah, sambil anak matanya melilau di sekeliling kawasan itu.
"D-dia tipu aku je kan? Dia t-tak maksudkan pun semua tu, kan?" dengan mata yang berair-air Elena memandang Syafa dan Afiqa silih berganti. Dia masih tidak dapat menerima kenyataan yang Thaqif baru sahaja tinggalkan dia.
Syafa menggaru kepala. Diam-diam dia mengerling ke arah Afiqa.
Afiqa sekadar mengeluh perlahan. Belakang Elena ditepuk-tepuk lembut. "Kita balik dorm dulu. Nanti baru fikir semula, okay?"
Elena sekadar mengangguk. Tidak ada tenaga untuk bersuara. Air matanya masih mengalir, setitis demi setitis jatuh dari tibur mata. Seluruh hatinya hancur, disebabkan lelaki yang dia betul-betul cintai.
· 🧸 ·
ㅤ
ㅤㅤ
01.
OC (original character) as
Nur Hanania Batrishaㅤ
02.
Lee Hyunjae as
Thaqif Imranㅤ
03.Kim Younghoon as
Muhammad Harith Mikael
ㅤ
ㅤ
ㅤㅤ
· 🧸 ·
penyut's notes:
setiap nama, latar tempat dan alur cerita yang tertulis dalam fanfiction ini, adalah rekaan semata-mata dan bertujuan untuk suka-suka sahaja.
sebarang kesamaan yang terdapat dalam cerita ini dengan cerita author lain di luar sana adalah tidak disengajakan.
segala kekurangan dari segi tatabahasa dan jalan cerita harap dapat dimaafkan.
p.s: kalau nak perfect tulih sendiri ehe <3
© cobwithu 2023 + 24
YOU ARE READING
pemilik hati (re-write)
Fanficft. lee hyunjae Gadis itu, Cinta pertama, dan terakhir buatnya. "Nur Hanania Batrisha. Pemilik hati, Thaqif Imran." start: 24 october 2023 end: - warning: typos, cringe, cliche, slow update